Ada Yang Bertanya: Bagaimana berdepan orang yang rasa dirinya perfect.
Friday, February 19, 2010 6:21:57 AM
Soalannya begini: Kalau ada orang ni, dia rasa semua benda yang dia buat elok dan susah nak bagi orang lain buat sebab dia rasa dia buat sahaja yang baik...dia termasuk orang yang sombong tak? macamana nak mengubati penyakit macam ini?Ini adalah salah satu masalah jiwa manusia, kadang-kadang kita inginkan yang terbaik atau perfect. Ianya boleh datang dari kesombongan dan boleh juga datang dari keazaman untuk hasilkan yang terbaik. Bagi perkara yang bersifat personal mungkin tak ada masalah tetapi bagi kerja-kerja besar yang memerlukan amal secara jama'ie (kelompok) dan berterusan, permasalahan ini jika tidak dirawat akan menimbul masalah yang agak rumit.
Tidak semua perkara kita boleh lakukan sorang-sorang. Kerja-kerja dakwah misalnya, memerlukan komitmment satu to'ifah atau kelompok manusia yang benar-benar memahami serta boleh berkerja sama dan bersatu hati untuk melaksanakannya. Kerja-kerja dakwah ini tidak ada had dalam pelaksanaannya, mungkin 50 tahun, 100 tahun dan sebagainya. Kita tidak mungkin tahu bilakah masanya ummah ini akan terbina semula dengan memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki Allah SWT.
Mungkin kita boleh lakukan yang lebih baik dari orang lain tetapi apabila kita ada keuzuran atau berpindah ketempat lain maka siapa pula yang akan menyambung kerja-kerja yang kita mulakan. Adakah kita akan tinggalkan pada orang yang tidak pernah buat dan tidak ada pengalaman. Apa gunanya segala yang 'sempurna' yang telah kita mulakan tetapi tidak ada sesiapa yang mampu menyiapkannya.
Contohnya kita telah merancang untuk buat bangunan yang terbaik dengan design dan material yang terbaik serta memerlukan kepakaran yang memang kita telah kuasai. Kita memang seorang yang paling layak untuk menyiapkannya dan memang mampu menyiapkannya berdasarkan ilmu, pengalaman dan keazaman kita. Lalu kita bertungkus lumus untuk menyiapkannya, ada yang ingin membantu tetapi kita halanginya, bukan kerana dengki atau kerana takut orang lain yang mendapat nama tetapi hajat dan keinginan kita yang besar untuk menghasilkan bangunan yang sempurna dan terbaik. Kalau ada yang benar-benar ingin membantu, kita sekadar memberi arahan dan kerja-kerja yang mudah sahaja. Segala keputusan ditangan kita, hanya kita yang benar-benar memahami segala masalah yang berlaku dan bagaimana cara mengatasinya. Namun tanpa diduga kita jatuh sakit sedangkan hampir separuh kerja-kerja berjalan dengan baik. Rasa-rasanya siapa yang mampu menyiapkan 'harapan' kita itu? Siapakah yang bakal membina 'impian' kita? Siapakah yang akan layak untuk menyambung kerja-kerja membina 'cita menggunung kita tadi'?. Belanja yang besar telah dikeluarkan, tenaga yang banyak telah dicurahkan tetapi apakah kejayaan yang kita telah raih?.Oleh itu tidak salah kita ingin hasilkan sesuatu yang sempurna asalkan ianya bersifat peribadi tetapi bagi kerja-kerja yang memerlukan kerjasama dan pembina pewaris atau kader-kader untuk mewarisi dan menyambung kerja-kerja yang kita mulakan maka 'keinginan' mulia kita tadi adalah penyakit yang perlu dirawat. Kita perlu benar-benar memahami tujuan dan objektif kita dalam penglibatan kita dalam kerja-kerja tersebut. Kita perlu juga sedar akan keterbatasan dan perbezaan manusia disamping kita benar-benar memahami bagaimana kita dapat memanfaatkan segala potensi yang ada pada diri kita dan orang lain untuk mencapai hasil yang 'terbaik' yang 'mampu' kita capai bukan yang 'ingin' kita capai.
Masalah ini juga adalah masalah dalam komunikasi atau teamwork yang biasa di sebut sebagai 'transactional analysis'. Kalau kita rasa kita 'ok' tetapi orang lain 'tak ok' maka kita tak mungkin boleh menghargai orang lain bahkan komunikasi kitapun akan hadapi banyak masalah. Kita lebih suka bekerja sendirian dan tidak banyak perkongsian. Kalau kita rasa orang 'ok' tetapi kita 'tak ok' pun bermasalah juga, kita akan terlalu inferior/rendah diri...diberi tanggungjawabpun kita tak yakin dan penuh keraguan dan kita rasa orang lain lebih layak dan akhirnya kita sekadar 'menumpang' dan tidak banyak memberi sumbangan. Kalau kita 'tak ok' dan orang lainpun 'tak ok' memang nazaklah...tak ada apa-apa yang akan terhasil melainkan nafsu nafsi. Tetapi apabila kita rasa kita 'ok' orang lain pun 'ok' maka kerjasama akan terbina dengan baik. Kita rasa idea kita bagus dan idea orang lainpun bagus juga cuma kita perlu bincangkan idea mana yang lebih bagus. Kita rasa kita penting dan orang lainpun penting juga, jadi kita perlu susun tugasan supaya dapat menghasilkan kerja yang terbaik.
Jadi anda bagaimana? Kalau anda rasa anda diri anda 'ok' tetapi orang lain 'tak ok' tentu banyak masalah dalam komunikasi..orang lain selalu diam dan sekadar dengar pandangan anda tanpa komen atau mungkin selalu saja ada yang tidak bersetuju dengan pandangan anda. Tetapi kalau anda rasa anda 'tak ok' tetapi orang lain 'ok' tentu anda orang yang pendiam dalam perbincangan atau 'suka bincang' selepas perbincangan dan mungkin andapun rasa semakin kurang minat untuk hadir mesyuarat atau perjumpaan.















Unregistered user # Tuesday, February 23, 2010 2:56:01 AM
Abu Umarazmibhr # Wednesday, February 24, 2010 7:03:01 AM
Tetapi kalau kita nak pendamkan sendirian, cikgu rasa ini bukanlah riak. Cuma sebagai pesanan dalam menyelesaikan masalah kita perlu banyak mencari panduan dan nasihat kerana ujian adalah pintu untuk syaithan bisikkan keraguan pada hati kita hingga iman kita menjadi lemah. Mungkin merasai orang lain tak mungkin akan faham masalah kita juga adalah bisiskan syaithan supaya kita tenggelam dalam masalah yang kita hadapi hingga melumpuhkan ibadah dan amal kita.
Kalau cikgu sendiri, apabila rasa tertekan dengan masalah cikgu suka mencari penyelesaiannya melalui bahan-bahan bacaan seperti tafsir, sirah dan sebagainya.
Cuba baca artikel cikgu "menangislah untuk Rasulullah" http://my.opera.com/azmibhr/blog/2009/08/27/seruan-ramadhan-menangislah-untuk-rasulullah-saw
Unregistered user # Thursday, March 4, 2010 3:03:42 AM
Abu Umarazmibhr # Thursday, March 4, 2010 7:44:57 AM
http://www.itaa-net.org/ta/
http://edsa.unsoed.net/?p=65
Semoga Allah beri kekuatan pada anda.
Unregistered user # Friday, October 21, 2011 9:17:31 AM
Unregistered user # Friday, April 6, 2012 5:00:11 PM