Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Ada Yang Bertanya: Bagaimana nak mengajak orang melakukan kebaikan?

InsyaAllah mulai hari ini saya mula menulis siri "Ada Yang Bertanya" yang merupakan koleksi soalan yang ditanyakan kepada saya dalam ceramah-ceramah atau program-program yang saya kendalikan. Dengan ini saya dapat pertingkatkan kekerapan entri blog saya untuk dikongsi bersama.

Ya, bagaimana nak ajak orang kepada kebaikan? Kata seorang hukamak "hiaskan diri anda dengan kebaikan". Kebaikan adalah sesuatu yang di senangi, mendamaikan, menenangkan dan sebagainya. Apabila kita banyak melakukan kebaikan dan kebaikan itupun nampak pada diri kita, orang lain pun akan suka bergaul dengan kita. Mereka tentunya merasa damai dan tenang dengan kebaikan yang ada pada diri kita. Sikap pemaaf, hemah dan berhikmah, mengutamakan orang lain, perihatin dan sebagainya adalah bunga-bunga akhlak yang akan menjadikan orang lain jatuh cinta pada kebaikan. Semakin mereka bergaul dengan kita semakin mereka tertarik dengan keindahan kebaikan. Tentunya apabila kita mula mengajak mereka kepada kebaikan maka jiwa mereka cepat menyambutnya "bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal".

Begitu juga, jika kita ingin orang lain meninggalkan keburukan, kata ahli hikmak "Tanggalkan keburukan dari diri kamu". Apa yang ada apabila keburukan ditanggalkan? Bukankah kebaikan berserta segala keindahannya? Bukankah itu yang ingin dimiliki oleh jiwa-jiwa yang waras dan sihat? Bukankah keburukan itu sifatnya menggelisahkan, mengharu birukan dan memporak perandakan jiwa masyarakat. Setiap hati kecil yang sihat bencikan keburukan cuma mungkin mereka 'tidak kenal' kebaikan. Jika kita boleh perkenalkan kebaikan pada mereka tentunya tidak ada lagi manusia yang inginkan keburukan melainkan jiwa-jiwa yang rosak dan sakit. Sebenarnya manusia yang memiliki jiwa yang sakit ini tidaklah begitu ramai. Tidak semua manusia yang melakukan keburukan itu jiwanya rosak; ada yang jahil dan tidak pernah mengenal kebaikan kerana latarbelakang keluarga dan masyarakat yang berbeza-beza jadi berilah mereka peluang untuk mengenal kebaikan. Bergaullah dengan mereka dengan 'wajah-wajah kebaikan'; jadilah seorang yang penyabar, pemaaf, penuh kasih sayang, tenang dan sebagainya.

Cerita Umur Ada Yang Bertanya: Bagaimana berdepan orang yang rasa dirinya perfect.

Comments

Unregistered user Friday, February 19, 2010 11:09:52 AM

motivasiinsan.blogspot.com writes: ana dapat sesuatu dari penulisan cikgu jzkk

Unregistered user Sunday, February 21, 2010 3:57:44 PM

ijlal writes: alhamdulillah..terima kasih cikgu atas perkongsiannya..teringat pesanan ckgu dalam mengajak seseorg ke arah kebaikan iaitu dgn mmbina jambatan hati..

Unregistered user Tuesday, July 20, 2010 6:57:47 AM

Anonymous writes: salam cikgu. Macam mana kita nak ajak orang buat baik sedangkan kita tidaklah begitu baik/sempurna. niat saya untuk ajak mereka sama-sama berbuat kebaikan. Bolehkah mereka nak mengikuti jejak langkah perubahan yang ingin saya lakukan?

Abu Umarazmibhr Wednesday, July 21, 2010 2:48:42 AM

Wa alaikum salam. Pertamanya, mengajak kepada kebaikan termasuk amal soleh yang dijanjikan pahala yang besar oleh Allah SWT. Samada ajakan kita itu berjaya atau tidak, pahalanya tetap ada. Jadi tidak timbul masalah manusia menerima atau tidak. Tetapi jika ada manusia yang berubah kepada kebaikan kerana usaha kita tadi maka bonusnya lebih daripada bumi dan seisinya. Kedua, Allahlah yang memelihara kehormatan kita atau mengaibkan kita. Walaupun kita banyak keaiaban tetapi janganlah kita berputus asa dan sentiasalah bermunajat kepada Allah agar Allah mengampunkan kita dan menutup keaiban kita serta yakinlah dengan Allah SWT

Unregistered user Monday, September 12, 2011 11:44:51 PM

Анонімний writes: Some time before, I really needed to buy a good car for my business but I did not earn enough cash and couldn't buy anything. Thank God my comrade proposed to get the personal loans from reliable creditors. Therefore, I did so and used to be satisfied with my term loan.

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30