A'isyah: Bahagian 3
Wednesday, July 14, 2010 2:31:07 PM
“Rasulullah SAW telah menikahiku ketika aku masih suka bermain dengan orang-orang disekitarku. Saya tidak tahu bahawa Rasulullah SAW telah menikahiku hinggalah ibuku membataskanku dirumah agar jangan keluar, sehingga timbullah kesedaran dalam diriku bahawa aku telah berkahwin dan saya sendiri tidak pernah bertanya kepada ibuku hingga ia sendiri yang memberitahuku” (Thabaqaat Al Kubra; Ibnu Sa’d)Perkahwinan tidak membunuh jiwa keanakannya. Seperti kanak-kanak lain Saidatina A’isyah suka bermain dengan teman-temannya yang sebaya. Asalkan ada saja kesempatan untuk keluar dari rumah ia tidak akan mensia-siakannya. Kejar mengejar, bergurau senda dan berseloroh semua itu adalah sebahagian dari warna kehidupan kanak-kanak.
Namun kini ia merasakan sedikit perbezaan. Ibunya sering menahannya untuk selalu berada di rumah hingga banyak kejadian berlalu tanpa kesedarannya. A’isyah RA juga mula merasakan perhatian yang begitu istimewa dari Rasulullah SAW; kepedulian, kebersamaan dan teguran hingga ia benar-benar merasakan dan memahami bahawa ia telah berkahwin. Saidatina A’isyah hanya mendiamkan segala yang ia rasa bahkan tidak pernah ia tanyakan kepada Ummu Rumman ibunya. Biarkan ia menjadi rahsia hingga ibunya benar-benar bersedia untuk memberitahunya sendiri.
Segala perhatian dan kepedulian Rasulullah SAW benar-benar menjadikan dirinya bersedia untuk menerima tanggungjawab yang besar. Ia tidak pernah mempersoalkan ibunya kenapa dia tidak boleh keluar seperti puteri-puteri lain. Segalanya diterima tanpa tentangan dan penuh pasrah. Pendidikan yang diberikan oleh Rasulullah SAW benar-benar menjadikannya layak untuk menerima tugas yang terkeluar dari lingkungan umurnya.
Semua ini menggambarkan proses pembinaan satu keperibadian yang kuat dan matang. Ternyata kunjungan Rasulullah SAW yang berlangsung setiap hari telah menyentuh jiwanya. Rasa diberikan perhatian dan kepercayaan bahkan ketika tahap umur yang begini Rasulullah SAW menjadikan kepercayaan, perhatian dan perkongsian sebagai asas pembinaan peribadi. Pernah satu ketika Rasulullah SAW datang ketika A'isyah sedang bersembunyi dibelakang pintu sambil menangis kerana hukuman ibunya. Teguran Rasulullah SAW kepada Ummu Rumman benar-benar menggambarkan tahap umur begini bukanlah tahap anak-anak menerima hukuman tetapi menerima perhatian,kemaafan dan kasih sayang yang akan menumbuhkan keyakinan diri dan rasa dihargai apatah lagi bagi kanak-kanak perempuan yang memiliki jiwa yang begitu lembut dan kompleks.
Ya, kita sering melupakan hakikat ini. Jiwa anak-anak begitu lembut dan kompleks. Jiwa anak-anak seperti anak pokok yang baru mengeluarkan daun; terlalu lemah, lembut dan peka. Kepekaan mereka bukan sekadar kata-kata yang keluar dari bibir kita tetapi juga pancaran air muka yang kita tunjukkan ketika kita berinteraksi dengan mereka. Mereka akan menjadi yakin diri jika kita mempercayai mereka dan mereka akan hilang kepercayaan bahkan liar menyembunyikan kebenaran setiapkali kita meragui mereka tanpa usul periksa.
Ketika ditahap umur yang begini mereka memiliki daya serap yang begitu tinggi; segala kemarahan, kebencian, keraguan dan segala tindak tanduk emosi yang kita pamerkan pada mereka akan begitu mudah untuk mereka terima dan terapkan ke dalam jiwa mereka. Seringkali saya menegur isteri saya supaya pastikan ada bukti setiapkali membuat tuduhan atau meragui kata-kata mereka bahkan lebih banyak memaafkan dari menghukum.
bersambung....















Unregistered user # Thursday, July 15, 2010 1:15:37 AM
Abu Umarazmibhr # Thursday, July 15, 2010 5:14:32 AM
Unregistered user # Thursday, July 15, 2010 1:48:40 PM
sitinuraisyahwardahalshauqah # Sunday, July 18, 2010 1:34:27 AM