Alhamdulillah, Hujan Dah Turun
Wednesday, February 17, 2010 3:30:34 AM
Walaupun sudah 9 tahun tinggal di Perlis saya masih terasa sukar untuk menyesuaikan diri dengan cuaca Malaysia + Thailand ini; panasnya kering dan terik. Ketika tahun pertama saya menjejak kaki di Perlis ketika belajar di ITM (sekarang UiTM) dulu pada muka saya terdapat garisan-garisan putih seperti peta kesan dari kepanasannya yang terlalu kontra dengan kampung halaman saya (Batu Kurau). Ini mungkin tidak seberapa kalau dibandingkan dengan kawan sekampong saya yang terpaksa ambil cuti sakit kerana hampir 80% bibirnya pecah-pecah, muka saya hanya terasa pedih dan sakit ketika berpeluh atau ketika kena air sahaja. Kalau dikampung saya, semasa sekolah menengah pagi-pagi kalau naik motosikal kami terpaksa pakai baju hujan untuk elakkan baju sekolah dari basah dengan air embun. Pukul 10 pagi dikampung saya pada masa itu masih sejuk, air kolah masih seperti ais...sampai sekarang, walaupun cuacanya tidak sesejuk dulu saya masih tak berapa sanggup mandi pagi bila sekali sekala balik kampung.
Kepanasan di Perlis ini bagi saya memang luar biasa tetapi apa ingin saya kongsikan di sini; inilah kelemahan kita sebagai makhluk. Kata hukamak "Manusia suka menghitung nikmat yang telah hilang". Ketika dikampung halaman saya dulu, kesejukan ini adalah satu bebanan tetapi apabila berada di Perlis dengan cuaca yang panas sekarang ini terasa ingin pula menikmati cuaca sejuk dikampung.
Inilah hakikat insan kita selalu menghargai nikmat yang telah hilang dan mengabaikan nikmat berada ditangan kita. Bagi kita yang setiap hari dapat melihat mungkin kita tidak merasakan besarnya nikmat ini hingga kita rasa begitu bersyukur bahkan terlalu malu untuk kufur kepada Allah SWT namun apabila nikmat penglihatan ini dicabut dari diri kita maka barulah kita akan menangisi harganya.
Cuba bayangkan kita berbaring di atas katil kita sambil kita melihat kipas yang berpusing-pusing, langsir tingkap dengan coraknya yang cantik dan berwarna-warni. Sebelum mata terlelap sempat pula kita menoleh potret ibu kita yang kita kasihi tanpa kita sedari itulah kati terakhir kita melihat segala-galanya. Lalu kita bangun dipagi hari, kitapun membuka mata seperti hari-hari biasa tetapi tidak ada apa-apa yang dapat kita lihat. Tidak ada lagi cahaya dan warna yang ada hanyalah kekelaman dan geliti, yang ada hanyalah warna hitam. Pada ketiak itulah air amata kita akan mengalir tanpa disedari...menangisi hilangnya nikmat penglihatan. Kita terbayangkan hidup teraba-raba, dunia tanpa cahaya dan warna. Ketika itulah kita merasakan kekerdilan diri kita dan kebesaran Allah SWT.
Benarlah kata-kata Ibnu Qayyim Al Jauziyah: "Allah menjadikan diri kita kerdil dan lemah supaya dengan kekerdilan ini kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah SWT"















How to use Quote function: