Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

anis writes: saya mempunyai anak berusia 5 dan 4 tahun..bercadang hendak menghantar mereka ke sekolah aliran cina (sjkc).

Terima kasih kerana bertanya. Kerana jawapan saya agak panjang, jadi saya cuba jawab dalam post yang lebih khusus.

Pada pandangan saya secara peribadi; tempoh umur sekolah rendah merupakan tempoh pembinaan jiwa atau pembentukan acuan peribadi. Dimana pada tahap ini penekanan pendidikan anak-anak ialah menanamkan kecintaan pada Allah, rasul dan sebagainya juga merupakan tempoh untuk menserasikan dirinya dengan suasana atau budaya Islam. Tahap ini sebenarnya cukup penting bagi pembinaan peribadi muslim; ia umpama tahap penyediaan benih yang baik dan menyediakan tanah dan tempat yang baik hingga ia mengeluarkan tunas, membesar dan cukup kuat untuk menerima persekitaran yang sebenar/real.

Bagi saya dan apa yang saya lakukan pada anak-anak ialah membiasakan mereka dengan kehidupan Islam hinggakan antara saturday school atau kelas tambahan dan ziarah saudara mara, saya akan lebih utamakan ziarah saudara kerana pada tahap umur anak-anak ini, saya ingin anak-anak saya merasakan bahawa mereka adalah anak kepada seseorang, saudara pada seseorang, anggota masyarakat, jiran kepada seseorang dan mereka adalah seorang hamba Allah yang perlu bergaul dengan akhlaq yang baik. Saya sering membawa anak-anak saya kemana saja saya pergi kecuali majlis-majlis rasmi yang mungkin terganggu dengan kehadiran kanak-kanak.

Tahap umur sebegini adalah satu tahap dimana anak-anak belajar tentang kehidupan dengan melihat dan meniru. Mereka melihat apa saja dan cuba menirunya jika mereka menyukainya. Bahkan sebahagiaan besar yang mereka lihat itu akan mempengaruhi karakter yang terbina pada diri mereka.

Jadi, pandangan saya secara peribadi: Menghantar anak yang masih kecil kesekolah yang terbina diatas dasar budaya dan agama yang berbeza akan memberi kesan yang besar pada pertumbuhan jiwa anak-anak. Kesan-kesan pertembungan budaya dan agama ini akan menjadi sebahagian dari tabiat yang akan menjadi malakah (darah daging) yang sukar untuk diubah. Memang hidayah itu milik Allah SWT tetapi kita perlu merancang dan berusaha agar kesungguhan kita itu mendekatkan kita dengan RahmatNya.

Bagaimana Kita Membuat Penilaian Dan PertimbanganA'isyah: Bahagian 5

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30