Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Awan Diana

, , , , , ,

Ketika perjalanan pergi dan balik dari Kunak, Sabah baru-baru ini perhatian saya tertumpu kepada sekumpulan manusia dengan uniform merah yang bergerak aktif di kawasan lapangan terbang dan semasa penerbangan. Ya, pramugari dan pramugara Airasia yang sibuk menjalankan tugas harian mereka. Kalau nak dikatakan pramugarinya cantik, ya memang cantik tetapi bukan kecantikan itu yang menjadi tarikan perhatian saya.

Saya ini memang seorang yang suka meneliti tingkahlaku manusia. Semasa saya tingkatan enam dulu (1990-1991), saya berulang alik ke pekan Taiping dan kampung saya Batu Kurau(perjalanan sejam lebih)setiap hari. Saya sengaja mengambil bas yang agak lewat demi untuk hobi saya iaitu memperhatikan tingkahlaku manusia. Kadang-kadang saya duduk di stesyen bas dua hingga tiga jam hanya untuk melihat pergerakan dan tingkah laku manusia; air muka, cara ketawa, gaya percakapan dan sebagainya. Antara perkara yang menggembirakan saya baru-baru ini ialah setelah bertahun-tahun mencari akhirnya saya menemui filem yang mengkaji tentang air muka dan tingkah laku manusia (mikro expression). Filem selama lebih kurang 5 jam itu benar-benar menambah ilmu yang cukup saya minati.Tetapi kali ini saya tidak bermaksud untuk berbincang tentang micro expression walaupun satu hari nanti saya ingin membincangkan persoalan ini secara mendalam (mungkin dalam beberapa siri).

Dalam tempoh penerbangan dan transit saya yang agak lama (separuh hari) itu pandangan saya banyak tertumpu pada sibaju merah. Saya tidak melihat pekerjaan sebagai pramugari ini berdosa, biar ahli-ahli hukum yang menentukannya dan sayapun tidak membenci atau tidak senang dengan mereka. Dan apa yang saya lihat ini mungkin tidak menggambarkan kesemua pramugari seperti yang ingin saya bincangkan nanti. Saya cuma merasa agak sedih dan simpati apabila melihat perwatakan, cara pergaulan, interaksi dan sebagainya yang semuanya...pada pandangan saya 'artificial'. Ketika berbual dengan teman saya yang sama-sama musafir saya menyatakan kesedihan saya kerana seolah-olahnya mereka tidak lagi memiliki diri mereka sendiri. "Tidak ada lagi saki baki kemelayuan apatah lagi keIslamannya, segalanya 'artificial'. Tentu latihan yang mereka lalui bukan latihan yang sembarangan." begitulah keluhan saya pada teman saya.

Latihan untuk menjadi seperti apa yang mereka jadi sekarang memang luarbiasa; cara berpakaian, cara berjalan hingga cara berinteraksi memang standard dan seragam. Memang keseragaman itu sesuatu yang menggambarkan sistem yang kemas dan terancang tetapi apabila semuanya meninggalkan jauh ciri-ciri keIslam dan keIman maka sistem yang dibangunkan itu tidak lagi mendekatkan kita pada keberkatan.

Sayapun tidak pernah melihat bagaimana sistem latihan mereka melainkan sedikit yang saya lihat dalam drama 'Awan Diana' ketika bertamu di rumah saudara mara (rumah saya tidak ada TV) tetapi dari 'product'nya kita saya boleh bayangkan proses yang telah mereka lalui.

Semoga pandangan saya ini salah dan mereka tidaklah seperti apa yang saya rasakan. Semoga Allah sentiasa melimpahkan hidayahNya kepada kita.

Kenapa Marah ?Harap Maaf

Comments

Unregistered user Friday, November 13, 2009 2:18:06 AM

Anonymous writes: Salam, nanti cikgu Azmi jual lah sekali cd filem 5 jam yang mengkaji tentang air muka dan tingkah laku manusia (mikro expression)itu. Teringin juga nak tengok. Terima kasih. Salam

Unregistered user Saturday, November 14, 2009 6:18:07 AM

Anonymous writes: salam cikgu.. blh tahu apa tajuk filem ttg micro expression tu? jzklh..

Unregistered user Saturday, November 14, 2009 2:21:37 PM

hanif(SMKKPs) writes: salam cikgu.. cantik blog cikgu. visit lah blog kami.www.5ictnews.blogspot.com

Abu Umarazmibhr Thursday, November 19, 2009 5:26:03 AM

Maaf, lambat respon. Allah izin MATRI kena kilat luarbiasa, banyak alat komunikasi dan elektronik yang rosak termasuk telefon...jadi tak boleh online. Inipun tumpang wireless di Politeknik Arau,ada pameran HALUAN Palestin. Ada yang tanya tajuk filem berkaitan mikro expression tu, tajuknya 'lie to me' Kalau ada yang berminat boleh order juga tetapi bahasa inggeris, belum ada subtitled. 9 keping DVD

Unregistered user Wednesday, November 25, 2009 3:27:26 AM

nazihah writes: air asia tu bisnes rakyat malaysia...jaga budaya keTimuran sepatutnya menjadi keutamaan, at least menjadi lambang budaya dan adat 1 Malaysia. Apa lah penduduk Malaysia....semua nak copy paste dari bangsa luar.

Unregistered user Friday, November 27, 2009 9:30:30 AM

faris ktd writes: assalamualaikum.. hobi cg ni ada persamaan dgn minat ana.. ada satu cerita bersiri "Lie To Me" yg menggali tingkalh laku manusia dan micro expresion.. ana de jga minat buat observation tentang pergerakan manusia. bukan stakat ni jer.. ana buat reserch gak pasal electromagnetic dlm otak manusia, dlm kajian ni ana bleh tahu serba sedikit nada yg disenagi oleh semua org.. bukan sja2, tp utk kebaikan dakwah akn dtg.. faris zakaria: ktd ddc sem 3 julaibib@ymail.com

Abu Umarazmibhr Tuesday, December 1, 2009 1:10:44 AM

Harap2 ada peluang untuk kita kongsi ilmu dan pengalaman. Cikgu pun ada ceramah kat KTD 29 Disember ni

Unregistered user Thursday, December 31, 2009 3:44:28 AM

love9921 writes: hem.. itulah perkara pertama yg saya suka tentang cikgu sejak pertama kali saya kenal cikgu masa program JATI DIRI DAN KESUKARELAWANAN kat KTD 2009/2010. ini krn saya punya minat sama ngan cikgu(perhatikan org).tapi saya tak berpeluang nak berkongsi ngan sesiapa pun. kalau kat skolah kawan saya selalu perlekehkan saya kalau saya nasihatkan die berhati-hati berkawan ngan someone tu. yang sedihnya apabila perkara yang dijangka oleh saya akan berlaku terjadi, kawan saya nie akan cari saya jugak. tapi bila die dah ok dari sedih die tu, die kembali tak dengar nasihat saya dan tinggalkan saya. kadang-kadang saya rasa dah bosan berada dlm situasi mcm tu. tapi saya sayang kawan saya tu. tak sampai hati gak bila tengok die sedih. takkan nak biarkan die terus hanyut dalam kesedihan die,nanti masuk hantu pulak..emm saya dah tak tahu nak buat cam mane kat die cikgu... oh ya, saya minat sesangat cerita 'lie to me'. sesuai sangat ngan minat saya.

Unregistered user Sunday, January 3, 2010 8:05:44 AM

abu zharin writes: salam minta maaf silap.. ana silap hantar msj

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30