Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Berdiri Di Bumi

Tidak salah untuk bercita-cita tinggi, bahkan cita-cita itulah yang menghidupkan jiwa. Namun jangan kita jadikan cita-cita itu sebagai alasan untuk mencemuh kehidupan yang sedang kita lalui sehingga kita ingin meninggalkannya dengan ketergesaan. Lihatlah hidup dengan keazaman, hayatilah segalanya dengan rasa kesyukuran kerana kita sedang berdiri di bumi yang diwarnai kepayahan dan halangan.

Tidak ada salahnya memiliki impian yang menggunung kerana impian itu membangunkan harapan. Ya, harapan itulah nadi kehidupan hingga kita mampu memiliki diri. Namun janganlah kerana impian itu kita rasa terhina dengan segala yang kita miliki. Lihatlah hidup ini dengan kepasrahan, hayatilah segalanya dengan lapang dada kerana kita sedang berdiri di bumi dimana kekurangan dan kelemahan adalah corak yang menghiasinya.

Tidak mengapa untuk kita berangan-angan sekali sekala kerana angan-angan itu penawar ketika hati ditemani kekecewaan. Namun janganlah kerana angan-angan itu kita terlupa dimana dan siapa kita. Hadapilah kehidupan ini dengan doa dan tawakal kerana kita sedang berdiri dibumi yang ada Pemiliknya.

Ya, berdirilah di bumi
agar jiwa kita cepat tumbuh dan mengerti
lalu kita mampu memiliki diri
untuk terus melangkah dan adakalanya berhenti

Berdirilah di bumi ini
tempat bercampurnya dosa pahala
tempat jiwa, jatuh bangun
tempat suka, tempat duka


Berdirilah dibumi ini
agar kita memiliki diri
lalu bangun menongkah pagi
dengan cita dan keazaman
dan dengan iman yang memagari diri


Kita boleh menangis
tapi bukan dengan rasa kehinaan
tangisan itu bukan lambang kelemahan
tapi milik hamba yang sedar diri

Kita boleh ketawa
tapi sekadar menghilang duka
kita juga insan hina
selalu tersungkur dan lupa kita siapa

Kita juga kan mampu tersenyum
ketika Iman menghiasi jiwa
ketika zikir dan fikir menemani diri
lalu kita sentiasa sedar
bahawa dimanapun kita berada
kita sedang berdiri di bumi

Solat Luarbiasa Vs Biasa BersolatSerabut

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30