Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Bersama Murabbii: Tidak ada Ya atau Tidak

Dalam setiap kesempatan saya bersama UDMZ terlalu jarang ustaz menggunakan perkataan YA atau TIDAK melainkan beliau akan memberikan penjelasan yang detail beserta panduan-panduan serta kaedah-kaedah supaya jawapan YA atau TIDAK tadi lahir dari jiwa si penanya tadi. Seolah-olahnya dia ingin supaya anak-anak didiknya tidak terlalu bergantung padanya untuk memahami syarak. Kalaupun ada jawapan YA atau TIDAK selepas penjelasan panjang lebar.

Pernah dalam satu lawatan ke rumahnya yang pada asalnya ada satu agenda yang agak penting; melihatkan ahli korum belum cukup, saya mengambil kesempatan untuk bertanyakan mengenai hubungan dalam tempoh pertunangan memandangkan ramai remaja-remaja yang bertanyakan hal itu. Beliau memberi penjelasannya lebih dua jam hingga agenda asal kedatangan kami terpaksa di tangguh kemasa yang lain.

Kerana itulah saya, dalam banyak hal lebih suka berjumpa dan bertanya padanya kerana yang akan diberikannya nanti bukanlah ikan (jawapan YA atau TIDAK) tetapi 'pancing' atau kaedah yang membolehkan saya menyelesaikan permasalahan yang asasnya sama walaupun berbagai ragam. Dan inilah sifat Murabbi yang baik, ia sentiasa memandu jiwa kita untuk terikat dengan syarak bukan pada pandangan atau pendapatnya secara peribadi.

"Murabbi yang baik bukanlah murabbi yang boleh melahirkan ramai anak buah tetapi melahirkan anak buah yang lebih baik darinya" Inilah kata-kata seorang murabbi yang jelas hubungannya dengan Allah SWT. Murabbi yang ikhklas tidak mengharapkan sanjungan sehingga anak buahnya bersamanya kemana sahaja dia pergi; sehingga dirinya nampak hebat dan berwibawa, tidak juga seperti guru silat yang takut anak buahnya lawan 'tokey' hingga terpaksa sembunyikan sebahagian dari hikmah yang dimilikinya.... tetapi murabbi yang baik hanya mengharapkan keredhaan Allah tanpa mengharapkan balasan atau ucapan terima kasih serta mengharapkan terbinanya ummah yang benar-benar tunduk dan patuh kepada Allah SWT walaupun dia tidak lagi bersama mereka.

Sepetang Bersama MurabbiAnugerah Berharga

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30