Bicara Tarbiyyah 2: Sekitar Pengertian Tarbiyyah
Saturday, January 22, 2011 2:29:04 AM
Tarbiyyah Islamiyyah pula ialah penjagaan, pengasuhan dan pendidikan berasaskan sumber al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Sumber-sumber ini adalah sumber-sumber Rabbani. Atau dalam pengertian yang lebih khusus Tarbiyyah Islamiyyah bererti proses mempersiapkan individu dengan persediaan yang menyentuh seluruh aspek kehidupannya, meliputi: ruhani, jasmani dan aqli (akal fikirannya). Ianya bersifat integral dan komprehensif. Tarbiyyah Islamiyah adalah proses penyediaan manusia yang soleh , yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, matlamat, ucapan dan tindakannya secara menyeluruh. Keseimbangan di sini bermaksud jangan sampai kemunculan suatu potensi menyebabkan lenyapnya potensi yang lain.
Dengan proses tarbiyyah inilah generasi sahabat dididik oleh Rasulullah s.a.w. sehingga berjaya melahirkan Generasi Rabbani yang mendapat jolokan dan pujian daripada Allah seperti yang disebutkan di dalam al-Quran al-Karim yang bermaksud:
“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh berbuat kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
(Ali ‘Imran: 110)
Dengan meneliti dan menghayati Generasi Rabbani ini pula, kita akan lebih memahami pengertian tarbiyyah secara mendalam dan praktikal. Oleh itu salah satu sarana utama didalam memahami dan menghayati serta melaksanakan tarbiyyah ini ialah sirah.
Tanpa penghayatan sirah, kita hanya mampu melihat tarbiyyah dan konsep dan pengertian yang kaku dan baku. Kita mungkin menganguminya tetapi tidak mampu menterjemahkannya dalam kehidupan seharian.















How to use Quote function: