Skip navigation.

Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Bila Hati Dah Tak Takut Dosa

Saya masih ingat ketika saya masih kecil, antara kata-kata yang selalu saya dengar dari mulut ibu saya ialah "takut dosa". Jangan buat macam tu nanti berdosa, jangan cakap bohong nanti berdosa, orang banyak dosa akan dimasukkan ke neraka dan sebagainya. Ayat-ayat begini saya dengari hampir setiap hari. Perasaan takutkan dosa ini ditanamkan bertubi-tubi pada diri saya, tambahan pula dirumah saya ada sebuah buku yang menggambarkan seksa neraka dalam bentuk lukisan (Kalau tak salah, buku sebegitu telah diharamkan), rasa takutkan neraka begitu kuat tertanam dalam jiwa. cuma mungkin konsep kefahaman Islam yang ditanamkan oleh ibu saya tidak sesyumul yang sepatutnya, tapi dia telah melakukan yang terbaik untuk anak-anaknya mengikut kefahaman dan kemampuannya. Sekurang-kurangnya kenakalan saya semasa remaja tidak menghalang saya untuk bercakap benar walaupun terpaksa menerima hukuman, saya juga tidak berani meninggalkan solat dan puasa.

Namun saya merasakan kaedah pendidikan sebegini semakin kurang menjadi pilihan utama ibubapa sekarang ini. Ibubapa sekarang lebih suka menghubungkan pendidikan anak-anak dengan kebendaan, nama dan sebagainya yang bersifat duniawi. Jangan buat begitu nanti ibu malu, jangan begini nanti hidup susah, kerja jadi kuli dan sebagainya.

Jiwa anak-anak umpama tanah yang subur. Jika kita tanamkan nilai keimanan maka akan tumbuh pohon iman yang akan membuahkan keperibadian dan sikap hidup yang menjadikan Akhirat sebagai matlamat utama.Akan terbangunnya jiwa yang cintakan kebaikan, sukakan kebenaran dan peka serta yakin dengan janji-janji dan ancaman-ancaman Allah SWT.

Sekiranya benih keduniaan yang kita taburkan maka akan tumbuh pohon-pohon berduri yang akan menumbuhkan sikap penting diri sendiri, sibuk mencari nama, mengabaikan dosa dan larangan Allah SWT serta menjadikan dunia yang sementara ini sebagai tujuan besar dalam menentukan langkah dan arah tuju kehidupannya.

Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Negeri KuTanda-Tanda Kelemahan Jiwa

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

Download Opera, the fastest and most secure browser
December 2009
M T W T F S S
November 2009January 2010
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31