Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Dimana Dakwah Bermula?

Dari mana dakwah harus bermula?

"Dakwah itu bermula dari hati dan sasarannya juga adalah hati"



Rasulullah SAW bersendirian di gua Hira memikir nasib manusia yang semakin jauh dari kemanusiaan. Jiwanya dilimpahi dengan rasa kasih dan kasihan. Syed Qutb membayangkan umat ini umpama kanak-kanak kecil yang bermain pisau yang tentunya akan membahayakan diri mereka masing-masing. Abbas Asisi menangis melihat keruntuhan ummat dan ketika itulah Hassan Al Banna katakan padanya "Sekarang baru kamu kenal erti dakwah".

Itulah dakwah, gerakan yang muaranya adalah hati dan perasaan bersama seluruh kepekaannya. Kita perlu bayangkan keruntuhan jiwa manusia apabila hidup tanpa iman. Lihatlah sekeliling kita, manusia berduyun-duyun menuju neraka Allah SWT. Manusia sedang sibuk menimbunkan dosa yang akan mematikan hati mereka hingga terlalu mustahil untuk mereka meneguk erti kebahagiaan. Mereka kepenatan menentang harus kehidupan hingga akhirnya terkulai layu ditimbunan dosa dan kemaksiatan. Tidak ada lagi keredhaan dan keberkatan Allah dalam kehidupan.

Lihatlah manusia kaya dengan jiwanya yang miskin atau manusia miskin yang kaya dengan angan-angan apabila Iman tidak lagi menjadi penunjuk jalan kepada mereka. Cuba kita bayangkan luka-luka pada jiwa ummat yang disebabkan cara hidup yang tidak beriman; betapa jiwa mereka resah, gelisah, kesunyian dan kekosongan serta jauh dari kebahagiaan.

Saya pernah berbual dengan salah seorang jiran saya, seorang Polis yang bakal pencen. Dengan nada yang hampa dia mengeluh tentang kehidupan; "Dulu muda-muda dulu boleh main bola sepak, kemudian dah tak larat, main badminton pula. Bila umur dah bertambah, nak main badminton pun tak larat...pegi memancing pulak. Sekarang ni nak mancing sampai lewat malam pun dah tak mampu..jadi sekarang ni tiap-tiap petang pergi tahan burung itupun tak tahu sampai bila. Lagi beberapa tahun saya akan pencen, (dengan kerutan di dahinya yang semakin bertambah) tak tahulah ... pulak apa yang saya boleh buat". Saya merasa sebak dengan kekosongan jiwanya. Bayangkan ada manusia yang tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan saki baki umur mereka sedangkan disaat sakaratul maut, kita akan merayu agar dipanjangkan umur kita biarlah sehari pun, itu sudah mencukupi. Mereka menunggu saat kematian dengan penuh keresahan sedangkan kematian itu bukan penamat kehidupan.

Di sinilah gerakan dakwah itu bermula; dilorong-lorong hati yang penuh kasih sayang, di sudut-sudut jiwa yang dihiasi bunga keimanan dan cinta. Di sinilah akan munculnya gerakan dakwah yang bertenaga dan penuh keazaman serta muncul pelbagai daya kreativiti. Di sinilah akan mengalirnya dakwah tanpa mengenal halangan; setiap benteng akan ditembusinya dengan harapan dan pengorbanan. Disinilah akan terpancarnya dakwah yang akan merentasi segala medan dan ruang untuk menuju kepada hati-hati manusia yang dahagakan iman.

WestophobiaKenapa Saya Menulis ?

Comments

Unregistered user Tuesday, May 11, 2010 12:24:18 PM

Anonymous writes: salam.. abis 2 apa jawapan cikgu kpd jiran 2...sy nak thu jugak cz sy ada kes mcm ni jugak..kdg2 sy xde jawapan....

Abu Umarazmibhr Wednesday, May 12, 2010 12:14:03 AM

Kadang2 ada soalan yang tidak dijawab pada ketika itu. Dakwah itu perlukan masa....terus bina hubungan hingga kita rasa masanya sesuai untuk kita menjawab. Yang penting bukan jawapan tetapi penerimaannya. Kalau jawapan hebat tetapi penerimanya belum bersedia untuk mendengar dan mengambil iktibar jadi jawapan itu akan sia-sia saja bahkan mungkin akan jadi negatif.

Unregistered user Saturday, May 15, 2010 1:41:23 PM

syabab amal writes: ana setuju sangat ngan anta,penerimaan amat penting dalam diri,susah org nak boleh camtu sekarang nie

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30