Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Jiwa Resah

Jiwa saya resah! Ya, sekarang ini jiwa saya terasa resah dan saya tidak tahu darimana keresahan itu datang.

Pernahkah anda merasakan perkara yang sama. Mari kita hayati keresahan yang menguasai jiwa kita. Mari kita menyelami lubuk jiwa kita. Pejamkan mata dan bayangkan kita berada di satu dasar yang gelap. Cuba kita tanyakan pada diri kita, dari manakah datangnya keresahan itu? Bukankah keresahan itu menguasai diri kita setelah KEYAKINAN kita digugahkan oleh KERAGUAN yang tiba-tiba menerpa.

Ya, di dasar jiwa kita ada satu pohon yang tumbang. Akarnya sudah reput dimakan usia seolah-olah telah lama tidak dibajai. Tanah disekitarnya kering kontang seolah-olah telah lama tidak disirami. tidak hairanlah pohon itu yang biasanya menjadi teduhan jiwa kita tumbang dan tersungkur ke bumi. Kita memandang keatas, kita tidak temui sumber cahaya yang menjadi sumber kehidupan. Pohon KEYAKINAN itu telah lama tumbang tetapi kita baru saja menyedarinya setelah kesibukan menjadikan mata hati kita tertutup lena.

Ketika tanah-tanah mula gersang dan tandus, lalang-lalang keraguan mula tumbuh dan menyerap saki baki baja yang pernah kita taburi dulu. Kekeringan menjadikan pohon KEYAKINAN kita layu dan hilang kesegarannya. Dari mana datangnya KERAGUAN itu? Ya, KERAGUAN itu tumbuh kerana KEGERSANGAN hati kita.

Hati kita KEGERSANGAN ilmu yang sepatutnya menjadi hujah-hujah yang membekalkan baja kepada KEYAKINAN kita terhadap Allah SWT. Sehingga kita tidak lagi merasai pemerhatianNya, meyakini KekuasaanNya yang mengatasi segala-galanya Juga tidak meayakini hari pertemuan denganNya.

Hati kita menjadi GERSANG kerana ibadah kita telah kehilangan ruh sehingga tinggal amalan rutin yang kita lakukan sambil lewa bahkan kita rasakannya ia sering mengendalakan waktu kita. sebahagian masa terpaksa kita peruntukkan padanya sedangkan kita terlalu sibuk.

Ya, kita memang sibuk dan kini KESIBUKAN itu telah merantai jiwa kita hingga kita hilang kemerdekaan yang selama ini kita miliki.

UKHUWAH FILLAH: Antara Memahami Dan MerasaiDunia Tanpa Warna

Comments

Unregistered user Wednesday, November 3, 2010 12:53:19 PM

Anonymous writes: Ya, saya juga merasa begitu. Saya teringin untuk kembali hidup dengan ruh iman. Bagaimana untuk mengubati iman yang telah lumpuh ini? Saya mampu menghurai aqidah dalam ayat al-quran dengan panjang lebar dan berjela-jela. Tetapi tak mampu untuk menghayatinya. Saya boleh ceritakan tentang nikmat iman dan Islam tetapi hakikat nikmat itu telah lenyap dari hati. Saya bisa menyebutkan tawaran-tawaran Allah yang menanti orang beriman dan ancaman-ancaman Allah untuk orang yang ingkar dan kufur namun saya seolah-olah tidak dapat merasainya lansung. Saya tahu ini salah dan itu betul beserta akibat dan kesannya namun saya tak mampu menepis kesalahan diri dan selalu mengabaikan kebaikan. Saya tahu ada orang sebumbung dalam kesusahan atau kesakitan, tetapi tiada perasaan untuk menjenguk dan mengikhtiar solusi dan berdoa untuknya, sedang saya tahu nas-nas yang memberi amaran kepada sesiapa yang tidak mempedulikan urusan orang mukmin, sesiapa yang membiarkan jirannya lapar sedang dirinya kenyang, dan sebagainya, dan saya tahu juga tawaran-tawaran Allah untuk orang-orang yang mengasihi saudaranya, meringankan beban saudaranya dan sebagainya. Saya tidak mampu untuk mengasihi orang lain sekalipun dia adalah orang yang banyak membantu saya, ajak saya makan, ambil berat perihal saya, atau selalu menasihati saya. Hidup ini terasa bagaikan penjara walaupun tiada siapa yang memenjarakan saya. Saya cuba istiqamah dengan Al-Quran namun sedikit pun tidak mengusik jiwa. Saya cuba selak buku-buku fikrah pelbagai jenis untuk mendapatkan yang saya mampu serap isinya, namun tiada satu pun yang masuk dalam kepala lagi-lagi hati. majlis-majlis ilmu juga saya hadiri semuanya pelbagai bentuk, dari program umum hingga halaqah, namun seolah-olah saya tidak berada di dalam majlis. Ya Allah jangan lah Engkau haramkan hambaMu ini dari memperoleh hidayahMu kerana banyaknya dosaku...amin. Apa yang harus saya lakukan???

Abu Umarazmibhr Wednesday, November 10, 2010 1:37:30 AM

Kadang-kadang rawatan untuk hati ini berada di medan amal, bukan sekadar majlis ilmu dan zikir. Kesibukan di medan amal...walaupun mungkin mengurangkan masa kita dalam solat nawafil kadang2 mampu menghidupkan hati kita. Terjunlah ke medan dakwah, khidmat deeniyah hingga kita dapat merasakan betapa peritnya manusia bila jauh dari hadayah Allah SWT, InsyaAllah kita akan menemui hati kita semula.

Unregistered user Monday, April 25, 2011 2:29:10 AM

Anonymous writes: JazakALLAH

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30