Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Kenapa Mereka Tertunduk?

Setelah selesai solat zohor saya berpaling pada peserta-peserta program pemantapan solah dan sahsiah. Suasana agak bising dan pesertanya yang terdiri dari pelajar tingkatan satu nampak begitu liar dan tidak terkawal. Inilah kali pertama saya akan sampaikan kuliah zohor. Tak pernah lagi saya buat kuliah zohor dalam program-program saya. Bayangkan keadaan suraunya yang agak padat dan panas. Peserta-peserta pula macam-macam fesyen rambutnya yang menggambarkan idola yang mereka contohi, sebahagian besarnya berambut seperti David Beckam. Ada juga yang botak lincin macam kojak. Saya masih ingat ketika PK HEM sekolah tersebut menyindir pelajar-pelajarnya "Pelajar yang ada didepan saya ni semuanya 'baik-baik' terutamanya..." Belum sempat guru tersebut menunding jarinya, pelajar botak tersebut terus angkat tangan sambil tersenyum kerang "Saya la tu". Pelajar-pelajar lain semuanya tertawa dia hanya tersenyum macam Shariff Dol dalam filem seniman bujang lapok. Saya juga terbayangkan bagaimana sebahagian besar pelajar ketawa dan mempermainkan setiap perkataan yang keluar dari guru mereka itu sambil mengajuk-ajuk dan mempersenda.

Saya terdiam seketika sambil berdoa memohon petunjuk kepada Allah SWT agar dapat berikan sesuatu yang akn menyentuh hati-hati mereka dan menjadikan mereka tenang. Sayapun bangun dan memulakan dengan ta'awwuz dan berselawat keatas Rasulullah SAW. Setelah melafazkan hamdalah saya memandang wajah-wajah mereka.. "Saya tahu kamu semua ingin jadi anak-anak yang mulia hatinya, kamu ingin jadi anak-anak yang soleh yang suka melakukan kebaikan. Kamu ingin memilih jalan yang akan membahagiakan kamu dunia dan akhirat tetapi dalam masa yang sama kamu merasakan jiwa kamu terlalu kosong. Kamu merasakan ibu dan ayah kamu terlalu sibuk untuk mencurahkan kasih sayang kepada kamu atau mendengar keluhan hati kamu. Kamu merasakan hati-hati kamu terbiar kosong tanpa sentuhan kasih sayang. Kamu ingin dikasihi dan kamu sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan perhatian ....." Saya terus menyampaikan tazkirah saya tentang malapetaka yang melanda kehidupan apabila jiwa manusia kosong dan lemah iman.

Mereka semua tertunduk diam dan mendengar, tidak ada lagi yang bercakap atau bermain. Mereka tertunduk seolah-olah apa yang saya katakan itu benar-benar mereka rasai dan alami. Inilah gamabaran sebahagian remaja yang dianggap 'berisiko' oleh masyarakat. Jiwa mereka kosong dan sunyi dari kasih sayang. Saya pernah ulangkan perkara ini dibeberapa ceramah untuk remaja berisiko dan responnya hampir sama, mereka terdiam membisu sambil menundukkan kepala, ada juga yang mendongak seolah-olah mengharapkan sesuatu.

Saya tidak menyalahkan ibubapa bahkan ini semua adalah natijah dari sistem hidup yang tidak dibangunkan diatas dasar Iman. Sistem kapitalis telah berjaya mencetuskan satu perlumbaan hidup yang tidak berpenghujung. Ibubapa terpaksa bekerja keras siang dan malam untuk menyara 'keperluan hidup' yang sebahagian besarnya sengaja dicetuskan oleh sistem yang dirancang untuk mematikan hati ini. Kebendaan benar-benar menjadi Ilah (tuhan) baru yang perlu ditaati segala perintah dan larangannya. Manusia sanggup berhutang asalkan nampak bergaya dan moden. Bahkan hutang itu bukan lagi kerana keperluan tetapi bagi menyahut seruan kapitalis "Loan is a fashion". Bank-bank menyediakan berbagai bentuk sintem pinjaman yang menarik dan menggoda. Rumah-rumah telah bertukar rupa kepada hotel-hotel 5 bintang. ibu bapa pulang untuk melelapkan mata lalu bangun meneruskan survival namun begitu ada juga anak-anak yang merasa 'tidak mampu' untuk hotel mewah ini lalu memilih untuk hidup dijalanan.

Sudah masanya kita kembali kepada sistem hidup yang murni yang menjadikan keluarga sebagai asas masyarakat serta menjadikan kasih sayang dan penghargaan sebagai keperluan yang paling asasi.

Doakan MerekaInside Story: A Look Into The Aid Flotilla Attacked By Israel

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30