Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Kenapa Saya Menulis ?

Setiap sesuatu itu tentu ada permulaannya. Begitu juga dengan blog saya ini, tentu ada pencetus kenapa saya mula menulis di blog ini. Sebelum ini saya memang pernah ada blog dan website; boleh dilihat disebelah kanan anda...Perjalanan, Baitun Dakwah, Rehlah Tarbawiyyah dan banyak lagi. Kesemua blog dan website itu lebih kepada perkongsian artikel. Ya, artikel yang saya kumpulkan sekian lama yang ingin saya kongsikan bersama pembaca. Website perjalanan misalnya, saya kumpul dan susun artikel-artikel mengikut tema-tema dalam kehidupan. Hampir semuanya, bukan artikel tulisan saya sendiri. Sambutannya pun agak kurang, mungkin kerana bahan-bahannya yang agak serius.

Sehinggalah satu hari saya dijemput untuk menyampaikan ceramah di sebuah IPTA (tak perlu sebut nama IPTA). Setelah selesai ceramah dan jamuan saya terus pulang kerumah. Ketika dalam perjalanan itu, salah seorang dari ribuan pelajar tadi menghantar SMS kepada saya; "Encik! Boleh saya jumpa encik tetapi saya tak ada duit nak bayar!". Saya menjawab ringkas "Boleh dan memang tak perlu bayar apa-apapun". Dipendekkan cerita kamipun merancang masa untuk bertemu dan sayapun sekali lagi ke IPTA tersebut, kali ini bukan untuk ceramah tetapi untuk bertemu dengan penghantar SMS tadi.

Ketika mula saya berjumpa dengannya dia nampak agak curiga, seperti takut nak ceritakan segala-galanya. Saya pun memulakan perbualan untuk menghilangkan rasa kekok dan curiganya. Akhirnya terkeluarlah dari mulutnya "Ustaz, sebenarnya saya ni tak ada agama". Diapun mula menceritakan pengalamannya dan latarbelakang keluarganya yang menjadikan dia sebaga seorang Atheis. Ya, remaja melayu, ibubapanya 'Islam' kini seorang mulhid atau atheis, kenapa?

Ibu ayahnya seorang businessman, selalu sibuk dan jarang bertemu. Kekayaan menyelimuti kehidupannya, kebebasan tidak perlu di persoalkan lagi. Ia bersekolah disebuah sekolah swasta elit. Jiwanya kosong dan terbiar. Dunianya adalah dia dan teman-teman yang senasib; mereka satu kelas dan umpama satu keluarga dan lebih dari itu...mereka semuanya kristian. Bagaimana boleh kristian? Setiap hari ada seoranbg paderi yang sering melayani kesunyian kasih sayang mereka. Umpama 'bapa' ia menanti mereka keluar dari sekolah, memberikan sedikit masa untuk mereka bagi menggantikan masa yang tidak diberikan oleh ibubapa mereka sebenarnya hinggalah mereka dibawa ke gereja untuk dikristiankan.

Pernah satu ketika, majlis agama membuat gerakan dan mengeluarkan mereka dari agama kristian. Pelajar IPTA itu termasuklah senarai yang dikeluarkan dari kristian tetapi dibiarkan terkapar-kapar tanpa bimbingan dan terus hidup tanpa agama.

Setelah pertemuan itulah saya mula menulis, awalnya memang dikhususkan untuk remaja malang tadi. Lihatlah tajuk-tajuk awal blog saya ini "Bahagiakan hidup tanpa Iman?", "Iman sumber kehidupan", "Sakinah Imaniyyah (Ketenangan yang lahir dari keimanan)" dan sebagainya.

Pada awalnya memang tulisan saya ditujukan khas untuk remaja tadi tetapi apabila melihat report dari opera, rupa-rupanya blog saya ini ramai pengunjung setia. Bahkan kadang-kadang, hampir 300 orang pembaca yang sama yang membaca sekurang-kurang 2 hari sekali sepanjang bulan dan kini mencecah 10 000 orang sebulan dan pengunjungnya dari seluruh dunia. Inilah pula kelebihan Blog Opera, laporannya agak detail. Semenjak itulah saya mula menulis dan terus menulis hingga kehari ini. Gaya penulisan saya agak santai dan lebih terfokus kepada permasalahan jiwa; jiwa kosong, kurang kasih sayang, jiwa lemah, lemah keazaman dan sebagainya.

Semoga Allah sentiasa memberikan saya kekuatan untuk terus menulis.Untuk para pembaca, semoga dapat berkongsi pandangan dan pengalaman. Pandangan dan pengalaman kita walaupun nampak remeh tetapi bagi setengah insan ianya merupakan perkongsian berharga. jika ada persoalan yang dikemukaan, janganlah segan-segan untuk melontarkan pandangan anda, manusia ini berbeza cara berfikir dan daya penerimaannya. ..mungkin ada yang selesa menerima jawapan saya sebagai pemilik blog tetapi ada pula yang lebih tersentuh dengan pandangan-pandangan lain. Ada juga pengunjung yang meminta izin untuk copy...ya, memang saya benarkan bahkan saya sangat berharap agar artikel yang saya tulis ini dapat disebarkan seluas mungkin tanpa perlu dikreditkan pada saya. Kebenaran itu dari Allah SWT dan segala kelemahan dan kesilapan sama-samalah kita baiki bersama.

Dimana Dakwah Bermula?Ratapan Anak Yatim

Comments

Unregistered user Wednesday, May 12, 2010 2:06:40 PM

nasuha writes: Assalamualaikum wbth.. Jazakallah khair di atas perkongsian cikgu.. Semoga redha Allah sentiasa bersama.. salam sayang buat cikgu,cikgu Zaiton,adik2 nasuha, ( umar,umairah,usamah dan ummu aiman ) serta family di Matri..semoga Allah pertemukan kita lagi nanti,Insya-Allah..

Unregistered user Monday, May 17, 2010 11:30:23 PM

Nasihah writes: Assalamualaikum ckgu, Jazakallahukhair kathira ats sgl ilmu n nasihat ckgu dlm blog ni..sy doakn mg Allah berikn ckgu kesihatn yg baik utk menulis..krn dlm era globalisasi kini,kita bleh lihat remaja skrg tidk boleh lekang dgn intrnet,bknnya utk p'kara b'faedh..dgn adeny blog yg b'bntuk ilmiah ini sedikit sebnyk bleh m'bntu remja hr ini mengisi jiwa mrk yg kosong utk dkat kpd Rabb..I'Allah.. Salam mawaddah juga buat cikgu,ckgu zaiton,permata2 cikgu serta warga Matri=)

Unregistered user Wednesday, August 4, 2010 1:40:40 AM

orangkola writes: nasihat yang bermanfaat dari cikgu amat saya hargai. walaupun hanya satu cerita tetapi mesej yang tersirat dapat saya tangkap dan insya-ALLAH semua ini saya jadikan panduan dan telan. jazakallah....

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30