Masyarakat Melayu Islam Di Thailand
Tuesday, March 23, 2010 4:27:17 AM
Hari Sabtu lepas (20 Mac 2010), saya diminta menyampaikan ceramah di pejabat Majlis Agama Islam Satun, Thailand. Tentunya yang pertama sekali bermain dibenak fikiran saya...bolehkah mereka memahami ceramah saya?. Kebanyakan peserta terdiri dari guru-guru sekolah-sekolah agama di Satun atau Setoi. Inilah kali pertama kaki saya menjejak bumi Satun atau Setoi. Sebelum ini memang saya sudah biasa ke Thailand tetapi dikawasan Hadyai, Pattani, Yala dan Narathiwat.Musafir saya ke Satun atau Setoi ini benar-benar membuka minda saya. Rupa-rupanya, kebanyakan masyarakat Satun adalah orang melayu yang berbahasa melayu dengan loghat Perlis/Kedah. Setoi asalnya dari kerajaan Kedah tua yang terdiri dari beberapa jajahan iaitu Kedah, Perlis, Kubang Pasu dan Setoi. Setoi jatuh ketangan Thailand atau kerajaan Siam pada tahun 1909 tanpa kerelaan orang melayu. Kebanyakan masyarakat melayu di setoi masih mempunyai saudara mara dekat di Perlis dan Kedah. Mungkin kita pernah dengar nama Phuket, tempat pelancongan terkenal di Thailand. Perkataan Phuket itu sendiri berasal bari perkataan bukit dan banya lagi nama-nama tempat yang 'disiamkan'.
Satu lagi kerajaan melayu di Thailand ialah kerajaan melayu Pattani yang terdiri dari Pattani, Yala dan Narathiwat.















Unregistered user # Thursday, May 6, 2010 6:15:18 AM
Abu Umarazmibhr # Thursday, May 6, 2010 7:05:44 AM
Unregistered user # Thursday, September 30, 2010 7:11:19 AM
Abu Umarazmibhr # Monday, October 4, 2010 4:45:32 AM
Unregistered user # Wednesday, August 24, 2011 11:19:37 AM