Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Membina Keperibadian Anak

Mendidik anak bukan sekadar memberi ilmu dengan menghantar mereka kesekolah yang terbaik tetapi juga membangunkan satu keperibadian pada diri anak. Keperibadian yang terbina inilah yang akan menjadi asas bagi terbina masa depannya dunia dan akhirat. berapa ramai anak-anak yang cemerlang akdemiknya tetapi rosak akhlaq dan keperibadiannya.

Dalam pembinaan keperibadian anak ini ibubapa adalah 'madrasah pertama' yang paling besar pengaruhnya pada jiwa anak-anak. Tidak seharusnya kita pernah memikirkan bahawa tanggungjawab ini dapat kita bebankan kepada orang lain walaupun anak kita berada disekolah terbaik dengan guru yang terbaik. Ibubapa adalah contoh utama pada jiwa anak-anak. segala sikap dan pandangan hidup kita akan lebih mudah mereka serap dan terima hingga kita akan sentiasa melihat sebahagian dari sikap kita akan terbina pada diri mereka. Saya teringatkan gurauan beberapa orang sahabat ketika seorang sahabat saya mengadu anaknya cepat marah (panas baran). Dengan nada sindiran seorang sahabat berkata "Ya la, macamana anak anta ni boleh jadi macam tu. Ayah dia bagus sangat ...tak ada sifat panas-panas baran ni." Sahabat yang mengeluh tadi tersenyum dan diam saja. Kisah ini diceritakan pada saya oleh sahabat yang mengeluh tentang sikap anaknya.

Benarlah kata pepatah melayu "kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi".

Saya tidak berhajat berbincang keseluruhan topik besar ini tetapi sekadar ingin berkongsi bagaimana kelalaian kita dalam beberapa perkara yang kita pandang remeh sebenarnya memberi kesan yang terlalu negatif pada jiwa anak-anak. Saya sering melihat sendiri bagaimana anak seorang ibu merosakkan imej atau pandangan anak pada ayahnya begitu juga sebaliknya. Saya terasa begitu terkilan dan kesal setiapkali saya melihat perkara ini.

Sering saya dengar seorang ibu berkata kepada anak-anaknya "Ayah kamu memang macam tu, kalau dah keluar bukan tahu balik rumah" atau mungkin seorang ayah berkata pada anak-anaknya "Mak kamu memang macam tu sikit-sikit bising, buat kerja apapun semua kelam kabut dan nak cepat". Cuba kita bayangkan apa yang tumbuh pada jiwa anak-anak setiapkali mereka mendengar kecaman terhadap ibu atau ayah mereka, sedangkan kata-kata itu terkeluar dari orang yang paling rapat dalam kehidupan mereka.

Berbagai kekeliruan dan keraguan akan timbul hingga mereka keliru dalam memilih identiti diri bahkan ada yang memberontak. Saya juga pernah melihat bagaimana seorang ibu seolah berpakat dengan anak-anak serta sentiasa menceritakan keburukan ayah pada anak-anak. Saya juga melihat sendiri bagaimana anak-anak mereka membesar dengan berbagai keburukan dan kerosakan akhlaq.

Saya tidak menafikan sebagai seorang suami atau isteri, banyak keburukan yang ada pada diri kita tetapi takkan kita tidak dapat bersabar sedikit supaya keburukan itu tidak menjangkiti anak-anak. Tidakkah kita sanggup bersabar untuk masa depan anak kita, untuk keperibadian yang akan tumbuh pada jiwa anak-anak kita.

Saya sendiri memiliki isteri dan saya mengakui kadang-kadang isteri saya suka marah-marah tetapi demi untuk anak-anak saya tidak pernah gambarkan semua itu sebagai leteran atau kemarahan. Ketika isteri saya tidak ada dirumah selalu saya sebutkan pada anak-anak "Ummi bukan marah tetapi ummi anak anak-anak dia jadi baik. Ummi pula tak sihat, penat kerja pula tentulah ummi cepat marah..." Begitu juga diri saya sebagai ayah dan suami tentunya ada banyak kelemahan dan perkara yang sama sering saya tuntut pada isteri saya; kalau ada tingkahlaku saya yang tidak disenangi janganlah sebutkan depan anak-anak demi untuk keperibadian yang bakal terbina pada diri mereka. Bahkan saya pula yang selalu meninggalkan rumah, sering saya pesan pada isteri, kalaupun jiwanya terasa berat janganlah sampai mengeluh "Abi tu memang macam tu, adaje program... tetapi katakan pada mereka abi keluar untuk kerja Islam, nak cari pahala supaya diakhirat nanti kita boleh masuk syurga." Bukan sekadar itu, saya juga sentiasa mencari peluang supaya saya dapat bawa anak-anak saya bersama agar apa yang diperkatakan oleh ummi mereka nampak kebenarannya. Jadi saya dalam program-program yang saya hadiri, sekiranya berkemungkinan saya akan bawa salah seorang anak dan pernah juga saya bawa semuanya. Saya benar-benar ingin menggambarkan pada anak-anak saya bahawa buat kerja-kerja Islam ini sesuatu yang menggembirakan dan mulia disisi Allah SWT.

Saya pernah bertanya pada anak lelaki saya, dah besar nanti nak jadi apa? Katanya ringkas "nak jadi macam abi". Begitu juga anak perempuan saya katanya nak jadi macam umminya. Cita-cita mereka mungkin akan berubah dan saya pun berharap mereka akan jadi lebih baik dari abi dan ummi mereka tetapi yang paling penting ialah mereka melihat abi dan umi mereka sebagai contoh yang mereka kagumi.

Begitu juga bagi isteri yang lebih berkebolehan daripada suaminya, janganlah kelebihan yang ada padanya menghilangkan rasa hormat pada jiwa anak-anak terhadap ayah mereka. Mungkin pada jiwa anak-anak perempuan kesannya agak kurang tetapi tetap ada, namun bagi anak lelaki yang melihat ayahnya yang hilang 'qawwamah' atau kdedudukan sebagai ketua keluarga maka biasanya kita akan melihat dua kemungkinan; samada ia menjadi terlalu lemah kayakinan dan keperibadian atau memberontak dan aggresif.

Mungkin perkongsian ini berdasarkan pemerhatian dan pandangan saya namun sebagai guru dan motivator yang selalu berinteraksi dengan remaja saya melihat inilah masalah yang menyumbang kepada hilangnya identiti remaja hari ini. Budaya barat, kuning atau kelabu...tidak lebih dari kuman-kuman yang menanti saat-saat ketahanan diri menjadi lemah atau ada luka-luka yang membuka ruang untuk jangkitan.

Bila Kita Ingin BermulaA'isyah: Bahagian 3

Comments

Unregistered user Saturday, July 24, 2010 5:31:06 AM

Anonymous writes: salam....saya mempunyai keluarga spt saudara ceritakan tadi,iaitu mak saya selalu memburukkan ayah depan kitaorg adik beradik...begitu jugak dgn ayah saya...sbgai seorang anak mcm mana sy nk menghadapi semua ni???...mcm mana sy nak jelaskn pd adk beradik yg lain,terutamany adik2 saya..

Abu Umarazmibhr Wednesday, July 28, 2010 7:05:43 AM

Sememangnya hari ini perkara begini memang banyak berlaku. Namun sebenarnya ibu ayah kita juga kadang2 jadi mangsa suasana atau sistem yang tidak tumbuh diatas dasar2 iman. Perlumbaan hidup hari ini hampir-hampir mematikan jiwa dan melupakan kita apada hakikat kemanusiaan apatah lagi rasa tanggungjawab sebagai ibu dan ayah atau anak-anak.

Oleh itu dalam hal ini, yang dapat kita lakukan ialah mengurangkan kemudharatan. Kalau kita sebagai anak, melihat ibu kita merosakkan imej ayah kita didepan adik-adik maka apabila kita berpeluang kita perlu baiki imej ayah kita. Begitu juga sebaliknya. Tentu banyak kelebihan ibu atau ayah kita yang boleh kita highlightkan depan adik-adik kita supaya timbul rasa hormat mereka kepada ibu ayah. Cuma mungkin kalau kita berkesempatan atau ada ruang yang sesuai untuk kita berbincang dan berikan pandangan kepada ibu atau ayah kita maka kita manfaatkan sebaik-baiknya.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan berikan kekuatan pada saudara/ri untuk memperbaiki keadaan dan jalan hidup saudara/ri sekeluarga.

Unregistered user Tuesday, May 3, 2011 3:19:02 PM

nurhusna writes: salam.. saya juga mengalami situasi diatas dalam keluarga.. selalunya saya diam bila mak saya bercerita keburukan ayah saya. ada masanya saya menjawab jugak dengan point2 yg bernas dan kadangkala dimarahi mak kerana dikatakan sebelahkan ayah.. Saya banyak kali jugak terdengar mak saya bercerita tentang keburukan saya didepan adik2 sy. hinggakan adik2 memang tak respect langsung dengan saya. Sampaikan satu tahap saya tak terasa nak amik tahu hal adik2 saya. saya bkn tak sayangkan mereka tapi saya tak sanggup nak dengar kata2 yg keluar dari mulut mereka tentang saya. kalo ada masalah selaluny saya akan lebih byk diam. Sebab dari kecik sy dengar mcm2 tntg ayah yg mak cakapa kat kami adik beradik dan saya selalu dengar perbualan telefon antr mak and adik tntg saya yg kdg2 tak betul jadi saya lebih suka mendiamkan diri. saya jadi takut nak bertegur sapa dengan mak sendiri. terus terang saya memang ada perasaan takut nak bercakap dengan mak saya n adik2.saya dikira derhaka ker kalo saya duduk dalam umah yg sama tapi tak bertegur sapa. nak pergi mana2 saya salam tangan mak jer.

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30