Skip navigation.

Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Negeri Ku

Ketika menghadiri Nadwah Kepimpinan Islam pada awal tahun 1996, saya rasa cukup tersentuh apabila penceramah (Us Darus Senawi) Membacakan sebuah syair arab yang antara maksudnya ialah:

Aku ada sebuah negeri
Orang tuanya seperti kanak-kanak
Kanak-kanaknya seperti orang tua



Ya, inilah negeri dimana saya berada sekarang. Orang tuanya bersifat kebudak-budakan; seperti kanak-kanak, hilang kewibawaannya. Saya pernah duduk di sebuah kedai yang menjual kereta control (Tak belipun). Hampir sejam saya disitu, terpaku dengan gelagat pelanggannya yang terdiri dari bapak-bapak budak (orang tua)yang begitu asyik dengan hobi dan minat mereka. Ada yang datang untuk beli kereta baru, ada yang nak tukar speed geer, tukar sport rim dan bermacam-macam lagi. Jumlah perbelanjaannya kadang-kadang menjangkau lebih RM 1000. Sekian banyak wang dibelanjakan untuk permainan kanak-kanak. Sayapun yakin mereka tidak membeli semua itu untuk anak-anak mereka kerana saya pernah melihat sekumpulan 'kanak-kanak' sebaya mereka sedang berlumba kereta control di kawasan stadium di sebuah negeri.

Dari perbualan dengan seorang sahabat saya (kawan saya, anak sulungnya sudah berumur 27 tahun jadi umurnya tentu bukan dibawah 40 tahun), dia pernah bertembung dengan kawan-kawan sebayanya sedang bermain kereta control. Sambil berlalu perlahan dengan keretanya diapun bertanya berapa harganya. Lalu kawannya angkat 5 jari. "RM 50 kata kawan saya" Kawannya itu menggeleng sambil melaungkan "RM 500". Itu baru satu bentuk permainan yang diceburi oleh "kanak-kanak" zaman moden ini.

Apa pula yang kita dengar tentang kanak-kanaknya; ragut, pukul guru, samseng sekolah, kongsi gelap, zina, pelacuran dan sebagainya. Tidak ada lagi kelembutan dan kejernihan pada wajah mereka. Bahasa dan tingkah laku mereka terlalu kasar jika dibandingkan kanak-kanak atau remaja sebaya mereka 20 atau 30 tahun dahulu. Kemanakah perginya kehalusan jiwa serta kelembutan tingkah laku mereka. Kemanakah perginya budaya dan bahasa meraka yang menghiburkan hati ibu ayah.

Apakah didikan yang mereka perolehi dari ayah-ayah mereka yang masih sibuk dalam perkara-perkara yang tidak serius dan tidak boleh dijadikan sebagai qudwah (contoh). Apakah akan lahirnya generasi harapan dalam negeri yang begini? Kepada siapakah kita ingin sandarkan harapan saudara-saudara seaqidah kita di Palestin, Iraq dan sebagainya?

Hilangnya Kepekaan JiwaBila Hati Dah Tak Takut Dosa

Comments

Anonymous 28. October 2009, 04:13

Syihab writes:

kematangan semakin hilang dalam jiwa para pemuda yang akan memangku tugas para nabi dan rasul...lantaran terpedaya dengan manisnya kehidupan dan jauhnya dari Akhirat..

sinar_islami 28. October 2009, 11:49

realiti yg menjadi kebimbangan diri ini...
remaja kbykn hilang khudwah...

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

Download Opera, the fastest and most secure browser
January 2010
M T W T F S S
December 2009February 2010
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31