Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Peluang Untuk Sedeqah Jariah

,



Untuk Maklumat Khusus berkaitan Infaq untuk Kompleks Pendidikan MATRI sila Click di sini

Setakat ini sudah beberapa kali MATRI melahirkan pelajar yang terpilih sebagai pelajar terbaik Malaysia bagi peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia.

Berikutan kegawatan ekonomi dan kenaikan harga barang, MATRI memerlukan perhatian dan bantuan supaya tidak perlu menaikkan kadar yuran dan dapat melahirkan lebih ramai pelajar-pelajar yang memahami Islam.




Untuk Maklumat Khusus berkaitan Infaq untuk Kompleks Pendidikan MATRI sila Click di sini

Setakat ini sudah beberapa kali MATRI melahirkan pelajar yang terpilih sebagai pelajar terbaik Malaysia bagi peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia.

Berikutan kegawatan ekonomi dan kenaikan harga barang, MATRI memerlukan perhatian dan bantuan supaya tidak perlu menaikkan kadar yuran dan dapat melahirkan lebih ramai pelajar-pelajar yang memahami Islam.



Berilah sumbangan walau RM1 kerana kita tidak tahu nilai ganjaran yang akan diberikan oleh Allah SWT.
“Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Pada hal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir). Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan dan kurniaanNya. Allah maha luas kurniaan lagi maha mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barang siapa yang diberikan hikmah, sungguh telah diberikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa saja yang kamu nafkahkan atau apa saja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekahmu, itu adalah baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan adalah lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan kamu sebahagian kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”.(QS Al-Baqarah:267-271)



Kehidupan kita ini entah sampai bila namun hakikatnya terlalu seketika. Setiap hari ada yang lahir dan ada yang dipanggil pulang mengadap Allah SWT. "Diallah yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji diantara kamu siapakah yang paling baik amalannya" (Al Mulk:2).

Siapakah yang paling baik amalannya? kata Yusuf Qardhawi (Mafhumnya: Sila rujuk Fiqh Awlawiyat) orang yang benar-benar menjiwai syarak akan merasa bahagia dan lapang dadanya atau merasai kemanisan ibadah apabila melakukan ibadah yang diutamakan oleh syarak bukan mengikut apa yang dirasai oleh hatinya secara emosional. Katanya lagi hampir 70% jemaah yang mengerjakan haji adalah mereka yang telah melaksanakan haji untuk kali yang kedua, ketiga dan seterusnya. "Kami mendengar panggilan Ka'bah" kata mereka. Tetapi tahukah mereka bahawa wajib haji itu hanyalah sekali sahaja, yang kedua itu hanyalah sunat sedangkan sunatnya ialah sunat yang bersifat fardi (individu). Baukankah masih banyak amalan-amalan yang ganjarannya berlipat kali ganda bahkan tidak boleh dibuat perbandingan. Bukankah menyelamatkan aqidah umat Islam di Indonesia lebih utama (Ketika itu Prof Yusuf Qardawi baru saja pulang dari Indonesia), bukankah menyumbang untuk anak-anak yatim, sekolah-sekolah agama jauh lebih diperlukan dan diutamakan oleh syarak.

Untuk itu saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru pencari-pencari kebaikan dan pemburu-pemburu janji Allah hulurkanlah bantuan anda kepada sebuah pusat tarbiyah Islamiyah yang yang memerlukan bantuan kewangan untuk terus melahirkan generasi mukmin yang soleh dan musleh.

Ma'had Attarbiyah Al Islamiyah (MATRI) yang kini jumlah pelajarnya hampir-hampir mencecah 800 orang hanya bergantung kepada yuran pelajar dan sumbangan orang ramai yang perihatin (setelah bantuan kerajaan dihentikan beberapa tahun lalu). Sekolah ini walaupun hanya sederhana namun telah melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.

Sekolah ini juga dengan keadaan yang serba kekurangan cuba untuk menanggung kos pengajian beberapa orang pelajar dari negara-negara miskin seperti Kemboja, vietnam, Acheh dan beberapa negara lain yang memerlukan ustaz-ustaz atau pendakwah-pendakwah yang akan membimbing masyarakat tempatan untuk menuju kejalan Allah SWT. Setakat ini sudah ada beberapa orang dari Kemboja yang telah pulang dengan ijazah dari universiti tempatan dan kini berkhidmat sepenuh masa di Kemboja untuk mendidik masyarakat kepada Islam. InsyaAllah setahun dua lagi akan pulang beberapa orang lagi dari Mesir dan Madinah.

Semoga segala sumbangan anda menjadi saham jariah untuk hari pulang kepada Allah SWT. Segala sumbangan boleh disalurkan kepada:

Bagi yang ingin menyumbang untuk pembinaan kompleks pendidikan. Maklumat akaun adalah seperti berikut:

http://www.ajrun.webs.com/
Sumbangan/Infaq disalurkan cek atas nama “AJRUN”

Bank Islam (M) Bhd no.akaun:9010010051460.
[/URL]
Disamping itu anda juga boleh meyumbang untuk tabung-tabung yang lain.

[/ALIGN]

Tabung Penyelenggaraan MATRI BMBB (Bank Muamalat) 090 1000 000 5713 atau
Akaun Jawatankuasa Pembangunan & Pembaikan MATRI BIMB (Bank Islam) 090 100 100 22110.
Yayasan MATRI (Maybank) 559012000384 (Untuk potongan cukai pendapatan sila faxkan slip bank untuk pengeluaran resit. bagaimanapun sumbangan terus kepada 2 akaun diatas lebih diharapkan kerana prosedur penggunaan dana lebih mudah berbanding Yayasan.



Bagi yang ingin mendapat potongan cukai pendapatan boleh menyumbang melalui YAYASAN MATRI (Untuk maklumat lanjut CLICK DI SINI)



Untuk urusan mendapat resit sila hantarkan atau faxkan bank slip ke

Unit Kewangan
Ma'had Attarbiyah Al Islamiyah [MATRI]
Perkampungan Tunjung
02400 Beseri Perlis.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya sendiri Cikgu Azmi (019 4744 343) atau Cikgu Nasir Soleh (0192806183)

Warna Warni KehidupanSeruan Ramadhan: Biarkan al Quran Menyentuh Jiwa Mu

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30