Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Qona'ah: Yang Lebih Berharga Dari Selonggok Harta

Apa gunanya rumah yang tersergam indah dan mahal bagi jiwa yang begitu sempit dan sentiasa merasai kekurangan? Apa gunanya kedinginan penyaman udara yang serba moden dan canggih bagi jiwa yang sentiasa kepanasan? Apa gunanya selonggok harta bagi jiwa yang serba miskin dan tidak merasai nikmat kecukupan? Apa yang lebih membebankan kehidupan jika jiwa ini dimiliki oeh manusia yang miskin merempat?

Sungguh, kekayaan jiwa itu terletak pada sifat qona'ah hamba terhadap pemberian Robbnya. Sungguh, rasa kecukupan itu adalah anugerahNya untuk jiwa-jiwa yang kaya dengan iman.

Ya, tidak ada yang lebih berharga dari iman. Iman yang membuahkan rasa qona'ah setelah pemilik jiwa itu berjaya mendaki puncak keyakinan tertinggi terhadap kebesaran dan keagungan Allah SWT. Setelah pemilik jiwa itu berjaya menundukkan dirinya kepada kehendak dan takdir Allah SWT.

Ya, QONA'AH itu adalah buah atau natijah dari keimanan dan bukanlah keimanan itu angan-angan, bukan juga perhiasan atau sekadar rasa kagum kepada Pemilik semesta alam tetapi pohon keyakinan yang tumbuh dari benih yang terpilih lalu dipupuk dan dibajai dengan ilmu serta di gembur-gemburkan tanahnya dengan amalan ketaatan.

Adakah kita mampu meyakini tanpa ilmu atau mampu merasai tanpa diuji. Adakah sama orang yang melihat dan buta (terhadap kebesaran dan keagungan Allah SWT), yang alim dan jahil atau orang meyakini dan orang yang hanya sekadar mengikut. Adakah sama seorang yang bekerja keras memabangunkan perniagaan dan kekayaan dengan seseorang yang hanya mewarisinya tanpa usaha dan keinginan.

Ramadhan masih lagi membentangkan keberkatannya untuk kita. Pupuklah iman kita supaya membuahkan qona'ah. Berbukalah dengan sederhana dan berinfaqlah jika kita berpeluang. Sekaranglah masanya untuk belajar menghargai. Bayangkan jika ada insan yang terpaksa kelaparan ketika suapan makanan menyentuh bibir kita. Bayangkan ada insan yang menempuhi hari-hari yang berat dengan tuhuh yang lemah tanpa zat sedangkan dibahunya adalah tanggungjawab. Bayangkan, ada insan yang melangkah lemah sedang jiwanya teringatkan keluarga tersayang. Semua ini akan mampu kita bayangkan jika juadah berbuka kita sederhana serta tidak diwarnai oleh kerakusan nafsu. Ingatlah bahawa kita hanya ada beberapa hari lagi untuk kita membina taqwa.

Syurga Itu Ada Harganya.Keinginan

Comments

Unregistered user Saturday, August 21, 2010 10:54:07 AM

Anonymous writes: cg, kdg2 org lain yang hidangkan kita dengan makanan yg byk n mewah2 plak tue..... terpikir la drpd nak membazir atau nak mewahkan perut dgn makanan... nak buat mcmana? perut saya nie byk makanan pun tak pe, mampu2... =)

Abu Umarazmibhr Sunday, August 22, 2010 10:06:09 AM

Insyaallah, tu dah kira rezeki. Makan saja tetapi jangan sampai mudharat diri pulak. Yang cikgu maksudkan, ada orang yang setiapkali nak berbuka mesti nak yang special.

Unregistered user Monday, August 23, 2010 1:40:45 AM

BroHamzah writes: Alhamdulillah, pengisian yang sangat tepat dan segar untuk mempertingkatkan diri di Bulan yang penuh keberkatan ini. Benar apa yang cikgu nukilkan, Qana'ah itu buah natijah keimanan yang benar dan merupakan hasil daripada proses pendidikan islamiyah dan imaniyah. Semoga Qana'ah menjadi salah satu keperibadian kita.

Unregistered user Tuesday, August 24, 2010 12:42:33 AM

Salina writes: Jazakallah dengan peringatan ini....

Unregistered user Monday, August 30, 2010 3:46:43 AM

Anonymous writes: salam... bleh ckgu terangkan sejauh mana kehidupan manusia?

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30