Ratapan Anak Yatim: Respon
Friday, May 28, 2010 8:02:13 AM
Saya rasa, ada baiknya saya menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Saudara/ri Syumul dalam post yang khusus.Persoalannya, bagaimana kita dapat membahagikan masa yang seimbang atau baik hingga anak-anak kita tidak jadi yatim.
Dua perkara yang perlu kita ambilkira: Pertamanya, bagaimana kita membahagikan masa dengan baik, bijak dan adil. Yang keduanya, bagaimana kita menjadikan penggunaan masa itu berkualiti.
Sebenarnya saya sendiri termasuk golongan ayah yang terlalu sibuk. Tidak banyak masa yang saya ada untuk saya bersama dengan keluarga dan anak-anak. Pagi-pagi lagi saya dah ke sekolah (guru), begitu juga isteri dan anak-anak. Isteri saya, walaupun bekerja ditempat yang sama, kami jarang berjumpa, lebih banyak telefon atau berSMS.
Dari sudut pembahagian masa, saya tidak melihat pembahgaiannya 50% untuk keluarga dan 50% untuk lain-lain(Ini adalah pandangan peribadi saya, bukan mutlak). Kemungkinannya 30% kerjaya, 30% rehat, 30% untuk keluarga dan 10% untuk lain-lain> Kalu kita bijak boleh masukkkan dakwah kedalam kerjaya dan masa bersama keluarga kalau kita merasakan diri kita sebagai pendakwah. 30% untuk keluarga itupun hanya diatas kertas, mungkin kita kena outstation, kereta rosak dan tersadai dibengkel kereta, ada tetamu yang datang kerumah yang perlukan layanan atau mungkin kita jadi tetamu, mungkin juga 'kawan' ada masalah (kitapun ada masalah juga), jumpa kawan lama dan sebagainya yang menjadikan masa bersama keluarga semakin singkat. Takkan kita nak potong waktu bekerja? Sekali sekal bolehlah datang lambat atau ambil cuti. Masa tidur dan rehatpun ada minimumnya. Jadi masa yang 'paling flexible' adalah masa bersama keluarga. Dalam kata lain, adalah terlalu sukar untuk kita peruntukkan masa yang cukup untuk keluarga dalam suasana hari ini.
Persoalannya, bagaimana kita dapat manfaatkan masa yang singkat itu supaya berkualiti dan kita dapat menjadikan masa-masa yang lain itu juga bermanfaat untuk keluarga?
Kalau kita seorang yang bekerja, cuba kita imbas kembali...setiapkali kita pulang dari kerja dalam keadaan penat lalu anak kita datang menerkam dengan berbagai aduan dan cerita. BAGAIMANA RESPON KITA? Mungkin juga isteri kita mengadu berbagai masalah berkaitan anak-anak dengan nada tertekan atau leteran. BAGAIMANA RESPON KITA? Kadang-kadang kita nak berbaring, anak pula datang bertanya macam-macam. APA RESPON KITA? Kadang-kadang kita nak kekedai dan anak kitapun minta nak ikut sama. APA RESPON KITA? Kadang-kadang pula anak-anak 'acting' berlebihan kerana nak tarik perhatian kita hingga ada gelas yang pecah atau air tertumpah. APA RESPON KITA? Dan mungkin banyak lagi situasi yang boleh kita bayangkan dan APA RESPON KITA?
Sebenarnya, sedikit atau banyak masa kita bersama mereka bukan perkara penting tetapi bagaimana kita manfaatkan masa kita dengan mereka.
Saya memang melatih anak-anak supaya berdikari dan kurang pergantungan. Tadipun sebelum solat jumaat, saya pergi mengunjung kematian dan tinggalkan anak-anak dirumah, anak saya yang 10 tahun dibantu anak saya yang 9 tahun buatkan ice blended untuk adik-adik mereka. 'Tidak sama, bahkan terlalu berbeza apabila abang, walaupun baru berumur 10 tahun buatkan ice blended untuk adik-adik berbanding jika dirumah ada orang gaji dan orang gaji yang buatkan. Keterikatan hati, hormat dan sayang akan menghilangkan warna-warna suram ketika ibu ayah tiada dirumah. Memanglah bila balik, ada benda-benda yang tak settle; lantai basah dan sebagainya..takkan kita tidak boleh bersabar untuk hati dan perasan mereka.
Saya juga sering cari peluang untuk bawa nak ketempat kerja atau jika ada program-program yang saya kendalikan saya akan bawa mereka bersama. Kali pertama memang susah; bising, tak dengar cakap, hilang dan sebagainya. Lama kelamaan mereka akan biasa dan beradab.
Akhir sekali, kongsilah kehidupan bersama. Setiapkali anak-anak kita bercerita tentang kawan-kawannya disekolah kita dengarlah dengan minat, seolah-olah kawannya juga adalah kawan kita. Sekali sekala bawa anak kita ziarah kawannya. Cerita juga tentang kita dan kawan-kawan kita, juga kerja kita seoalah kawan-kawan kita adalah kawan-kawan anak-anak kita dan kerja kita juga adalah kerja mereka. Sekali-sekala bawa anak-anak kiat jumpa kawan kita yang juga 'kawan'nya. Memang susah tapi mulakan dari sekarang dan semenjak anak kita masih kecil, kita akan temui bahawa semua ini adalah mudah dan kita ada lebih 80% masa bersama keluarga kita. Dan kita akan dapati anak-anak kita begitu sayang dan mesra dengan kita kerana kita berkongsi kehidupan dengan mereka. bahkan sebahagian kawan-kawan anak saya memanggil saya abi (ayah) kerana saya juga kenal mereka bagaimana saya mengenal anak-anak saya. kadang-kadang ada juga kawan anak saya datang kerumah kerana ingin bertemu saya bukan anak-anak saya kerana saya juga kawannya.
Mungkin itulah sedikit respon untuk saudara/ri syumul. Semoga jadi dukun terbaik untuk masyarakat dan keluarga.















syumul # Friday, May 28, 2010 2:47:33 PM
terima kasih kerana respon
Unregistered user # Friday, December 10, 2010 4:41:25 AM