Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Sketsa Hidup: Kata-Kata Tiada Batasan

Saya masih ingat ketika saya dan 2 orang sahabat (Cikgu Fekkary dan Us Muhtad) pergi ke Penang (dari Perlis). Semasa pergi, tak ada masalah tetapi semasa perjalanan pulang, van yang kami naiki ada sedikit masalah. Tali kipasnya putus, jadi tempreture naik mendadak. Ketika itu kami sempat berhenti di Tol Gurun. Lebih kurang pukul 11 malam dan jauh pula dari kawasan penempatan.

Bila malam semakin lewat, perutpun semakin lapar. Sahabat saya Us Muhtad mula melontarkan angan-angannya; "Kalau van yang kita naik ni Caravan...siap ada dapur, boleh juga kita masak maggi. Mesti best punya." Saya dan cikgu Fekkary ketawa kecil. Giliran cikgu Fekkary pula melontarkan angan-angan dan impiannya: " Kalau kita ada basikal yang jenis lipat2 tu bagus juga. Boleh kita kayuh ke pekan Gurun, pekena mee bandung ka, roti canai ka." Giliran saya dan Us Muhtad pula ketawa kecil. Sekurang-kurangnya dapat lupakan tentang perut lapar seketika.

Giliran saya pula bercakap, tetapi saya tidak melontarkan angan-angan tetapi saya ingin bercerita: "Kisahnya, kisah 3 orang banduan yang berada dalam penjara. Kata banduan pertama "Di kampung aku, sungainya cukup banyak ikannya, asalkan campak saja mata kail dan terus tarik...tentu ada ikan yang tersangkut" Banduan yang kedua mencelah "Huh! Itu tak banyak. Kampung aku lagi banyak. kalau rasa nak makan ikan ambik bakul cedok saja ...tentu bakul tu penuh dengan ikan." Kini banduan ketiga pula mencelah "Hisys... sikit tu. Kampung aku lagi banyak, kalau nak mandi sungai bukan boleh terus terjun ja...kena kuihkan(kuak dengan tangan) ikan, kalau tidak alamatnya terjatuh atas ikan."

"Apa pengajarannya?" Tanya saya sambil tersenyum. Kedua sahabat saya tersenyum diam. "Mereka bertiga tu terkurung dalam penjara...jadi yang boleh dibuat ialah bersembang la. kitapun sama juga. Perut dah lapar dalam van tak ada dapur, maggi pun tak ada, mee bandung pulak kat pekan Gurun jadi kita pun macam banduan tadi, dah tak boleh buat apa-apa kita bersembang je la"

Sambil ketawa kamipun mula cari posisi terbaik untuk melelapkan mata menunggu pagi.

Hembusan KebahagiaanBagaimana Kita Membuat Penilaian Dan Pertimbangan

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30