Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Tahun Yang Paling Sibuk

Alhamdulillah, dapat juga duduk mengadap komputer setelah hampir sebulan meninggalkan kampung halaman. Lebih kurang 2 minggu di UK dan Ireland, hanya sehari dirumah untuk tukar isi beg saya terus 'terbang' ke Sabah untuk program bersama pelajar-pelajar MRSM Kota Kinabalu. Baru petang semalam sampai dirumah dalam keadaan yang agak penat, itupun sepatutnya saya perlu sampaikan kuliah maghrib di Kuala Perlis tetapi terpaksa dibatalkan kerana agak lewat sampai ke rumah.

Sememangnya tahun ini adalah tahun yang paling menyibukkan. Biasanya bila masuk ke awal bulan Mac kesibukan saya hanya lebih tertumpu pada hujung minggu, hari biasa hanya sibuk membuat persediaan kalau adapun hanyalah beberapa usrah mingguan dan kuliah maghrib di masjid. Tetapi tahun ini agak berbeza, sudah masuk bulan April setiap masa terasa begitu 'tegang' dengan tanggunjawab yang terasa begitu banyak.

Ketika berdepan dengan kesibukan yang luarbiasa ini saya sering ingat-ingatkan diri saya dengan pesanan Imam Al Ghazali; "orang yang rugi itu ialah orang yang terlalu sibuk tetapi segala kesibukannya hanyalah untuk dunia yang sementara". Kesibukan adalah saham Akhirat tetapi juga kecelakaan yang akan mengorbankan kebahagiaan dunia dan akhirat. Kesibukan ini jika tidak diuruskan akan menjadikan kita hilang matlamat hidup bahkan sampai saatnya, kehidupan itu sendiri bukan lagi milik kita.

Ada yang 'cari makan' hingga tak sempat makan. Ada yang mengorbankan segalanya untuk memiliki dunia namun dihujung kehidupannya dia mendapati dirinya 'muflis' jiwa. Anak-anaknya tidak lagi menghormatinya bahkan kelurganya menerimanya sebagai orang asing lalu ia terpaksa menghabiskan saki baki umurnya bersendirian.

Kekalkan Apa Yang Masih Kita Miliki Merawat Kemarahan

Comments

Unregistered user Wednesday, April 21, 2010 8:06:19 AM

hilmi razak writes: moga ALLAH balas dgn syurga

Unregistered user Friday, April 23, 2010 2:50:47 AM

faizal teesside university writes: i've been waiting for quit a long time for your coretan cikgu.. do pray for ana and sahabat2.. insyaAllah our exam will be 10th may.. barakallahufiq..

Unregistered user Friday, April 23, 2010 8:54:54 AM

Anonymous writes: ana teringat satu kata2...kalo x silap ana kata2 syed khutub.. "kerehatan bg seorang dae adalah kepenatan berada dalam medan dakwah dan tarbiyah"

Unregistered user Saturday, April 24, 2010 5:20:31 PM

Fathiyah writes: Assalamualaikum cikgu..moga cikgu dan keluarga dalam rahmat Allah selalu... benar cikgu, ana sendiri pun ternanti2 post cikgu utk dibaca dan buat bekalan diri...moga Allah mudahkan urusan cikgu...

Abu Umarazmibhr Tuesday, April 27, 2010 2:26:05 AM

Jazakallahu Khairan Kathira diatas doa-doa dan kata-kata semangat. InsyaAllah hari ini cikgu mula menulis semula.

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30