Tanggapan Kita Mungkin Salah
Thursday, March 25, 2010 3:01:54 AM
Antara penghalang kepada komunikasi yang berkesan ialah tanggapan kita yang kurang tepat. Salah seorang kenalan saya dari Indonesia, ketika untuk pertama kalinya datang ke Malaysia dia menyangka semua rakyat Malaysia ini pandai berbahasa inggeris. Mungkin itu gambaran yang dia dapat dari media massa atau mungkin drama-drama yang ditayangkan di sana. Jadi dengan siapa saja dia temui dia akan cuba bercakap dalam bahasa inggeris kerana ingin meningkatkan penguasaannya dalam bahasa tersebut. Hinggakan dengan makcik yang jual nasi lemak digerai-gerai tepi jalanpun dia 'speaking' juga. Ketika kami singgah untuk makan nasi lemak di Bukit Keteri, Perlis, makcik yang jual nasi lemak tu tanya "Nak minum apa encik?" Dengan penuh keyakinan teman saya tadi menjawab "A tea, please" dengan sleng britishnya. Makcik tu tercengang dan diam saja lalu bertanya sekali lagi. Untuk memudahkan urusan sayapun terus meyampuk "bagi teh satu makcik". "Oo..." respon makcik tu selamba. Sambil menunggu minuman sampai, saya tanya padanya kenapa dia cakap dalam bahasa inggeris. Katanya setakat yang dia tahu, di malaysia ni semua orang boleh berbahasa inggeris. "Kamu tersilap, tak semua orang di malaysia ni pandai berbahasa inggeris...." Saya terus berikan penjelasan yang sebenarnya.Mungkin ada yang menyangkakan semua orang negro tu pandai main bola keranjang atau semua orang asli pandai menyumpit. Tanggapan yang salah ini kadang-kadang memberi kesan yang besar dalam kehidupan seharian kita.
Sebahagian guru gagal menjadi guru terbaik apabila dia menyangka pelajarnya sudah faham apa yang ingin diajarkannya hingga dia selalu 'shortcut' dalam memberi penjelasan. Seorang ibu atau ayah sering gagal menasihati anak-anak mereka apabila dia menyangka anak-anak mereka mendengar dan memahami maksud yang ingin disampaikannya.
Sebahagian besar keruntuhan rumahtangga ialah kerana gagalnya suami isteri berkomunikasi dengan baik. Banyak tanggapan-tanggapan yang salah tidak dibetulkan. "dah berapa kali cakappun masih tak paham-paham" mungkin itulah antara ungkapan yang masyhur dalam pertengkaran suami isteri.
Sebenarnya ada beberapa perkara yang mempengaruhi tanggapan atau perception kita antaranya ialah background kita sendiri, Subjek atau perkara yang sedang kita nilai dan persekitaran.
Bagi seseorang yang membesar dalam keluarga yang 'simple', telus dan 'direct' kita sering melihat sesuatu itu mudah tetapi bagi yang membesar dala keluarga yang tertib dan teliti pandangannya cukup berbeza.
Saya sendiri contohnya; 9 orang adik beradik dan hanya 2 orang saja perempuan, kakak saya pula dah kahwin sejak umur muda (ketika saya baru lahir) dan hanya sekali sekala bertemu. Kehidupan kami agak lasak, komunikasi memang 'tak bertapis' dan telus. Tambahan saya dari keluarga miskin. Kebanyakan abang-abang saya bekerja sendiri untu bayar yuran sekolah atau beli keperluan sekolah. Kehidupan saya memang kasar dan 'survival'. Ketika kecil, saya boleh keluar rumah dan bermain di hutan di belakang rumah dari pagi sampai kepetang. Kadang-kadang kaki berdarah terpijak kaca, saya hanya balik untuk cari ubat luka dan kain buruk kemudian keluar bermain semula hingga kepetang. Kadang-kadang kesungai seharian untuk mandi, memancing dan kadang-kadang menjala ikan. Kadang-kadang keluar 'menyuluh ikan'bermula lepas isyak hinggalah ke 1 pagi atau 2 pagi, ibu saya memang tidak marah kerana itulah rezeki untuk makan dan menerus kehidupan, sedangkan pada ketika itu saya baru tahun 2. Kehidupan ini memang saya lihat dengan pandangan 'kelakian'. Hinggakan diawal tempoh perkahwinan saya sering menegur isteri saya dan meyangka dia tidak kisah dengan teguran tersebut, saya juga tidak rasa risau bila anak kelaur bermain hingga petang, bila hari cuti. (Saya tidak katakan tindakan saya betul, tetapi inilah sebahagian dari diri saya yang ada diantaranya perlu diubah).
Isteri saya pula 9 beradik dengan seorang sahaja lelaki, seorang meninggal dunia sejak kecil dan 7 lagi semuanya perempuan. Isteri saya benar-benar melihat kehidupan ini dengan pandangan 'kewanitaannya'. Kehidupan perlu teliti, tertib, teguran berlapik dan beralas bahkan mungkin banyak komunikasi berlaku dengan air muka dan sebagainya.
Perbualan, interaksi dan pengalaman hidup yang kita lalui akan mencorakkan bentuk pemikiran atau tanggapan yang berbeza. Cuba bayangkan 'dunia' dimana jiwa dan pemikiran saya tumbuh dan membesar berbanding dunia isteri saya. Sebab itulah saya 'set'kan di fikiran saya bahawa isteri saya tidak akan memahami diri saya hinggalah saya berikannya penjelasan atau penerangan. Begitu juga saya tidak mungkin memahami isteri saya melainkan dia sendiri menjelaskan dengan mendalam pandangannya, tanggapan dan pemikirannya terhadap sesuatu peristiwa. Jika tidak ada perbincangan maka saya hanya berbaik sangka dan berlapang dada sahaja walaupun tindakannya saya rasakan salah. Saya hanya akan menegurnya kalau sekiranya dia bersedia untuk berbincang secara terbuka dan lapang dada. Kalau ada tindakannya yang saya rasakan silap saya akan selitkan dalam penyampaian atau tazkirah ketika 'halaqah' di rumah tanpa mengharapkan pandangan itu diterima sepenuhnya. Begitu juga dengan setiap tindakbalas dari tindakan saya yang mungkin dia rasa saya bersalah, saya hanya diam dan menanti jika dia ingin bertanya kenapa dan bagaimana. Jika tidak saya hanya diam tanpa sebarang respon.Ini bukan bermaksud tidak ada komunikasi dan kebersamaan sebagai suami isteri atau tanggungjawab sebagai ibu dan ayah tetapi yang saya maksudkan, apabila berlaku perselisihan dan perbezaan pendapat saya lebih suka diam kecuali kami benar-benar bersedia untuk berbincang dengan baik sangka, lapang dada dan tidak emosional.
Perbezaan pendapat memang lumrah kehidupan berumahtangga tetapi yang penting ialah berbaik sangka dan memaafkan. Apabila saya tidak nampak ruang untuk berbincang secara terbuka saya mengambil sikap berbaik sangka dan memaafkan..itulah juga pesanan saya pada isteri saya. Selalu saya sebutkan; berbaik sangka itu bukan 'free' tetapi ada pahala yang Allah sediakan kerana berbaik sangka dan memaafkan itu adalah natijah dari keimanan. Jika kita menyakini janji-janji Allah, keadilan dan kebijaksanaan Allah baru kita mampu untuk berbaik sangka dan memaafkan.
Pandangan saya ini bukan lahir ketika saya baru-baru mendirikan rumahtangga tetapi setelah 10 tahun. Sebagaimana yang saya sebutkan dulu, mulanya saya tidak percaya apabila murabbi saya mengatakan bahawa taaruf antara suami isteri hanya akan terbina sekurang-kurangnya 10 tahun. Sekarang ini saya benar-benar percaya dan itulah yang saya jadikan modal untuk berbaik sangka dan memaafkan. Katanya lagi "anggaplah isteri kita sebagai 'Alien' dan kita juga Alien pada pandangan isteri kita". Semua pesanan ini saya dengar belasan tahun dulu dan hampir lupa tetapi sekarang semuanya kembali segar.
Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah pentingnya kita betulkan tanggapan kita terhadap kehidupan supaya komunikasi kita lebih difahamai dan memberi kesan.















Unregistered user # Thursday, March 25, 2010 8:11:43 AM
Unregistered user # Friday, March 26, 2010 11:09:37 AM
Abu Umarazmibhr # Sunday, March 28, 2010 8:11:47 AM
Abu Umarazmibhr # Sunday, March 28, 2010 8:13:31 AM
Unregistered user # Sunday, March 28, 2010 3:47:26 PM
Abu Umarazmibhr # Monday, March 29, 2010 3:32:10 AM
Tetapi hubungan dengan keluarga sebenar adalah berdasarkan ketentuan Allah; walaupun mereka tidak bersusah payah untuk membesarkan kita dan tiada interaksi antara kita dan mereka, kita masih terikat dengan tanggungjawab sebagai anak...kita perlu cari dan hargai mereka sebagai ibu dan ayah.
Kalau keluarga angkat kita risau..itu adalah tindakbalas biasa jiwa manusia...asalkan kita boleh buktikan kesetiaan dan kasih sayang kita pada mereka...semua itu akan selesai cuma mungkin memerlukan sedikit masa.