Sejarah
Tuesday, 5. August 2008, 13:41:09
Sejarah merupakan istilah generik untuk maklumat masa yang lalu seperti "sejarah geologi bumi". Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah manusia, yang mana berkenaan yang direkodkan mengenai masyarakat yang lalu.
Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan, atau bahan bercetak, temuramah (sejarah lisan), dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih biasa digunakan bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusia dikenali sebagai pra-sejarah.contoh seejarah ialah haziq tak pandai main bola langsung.
Kaedah Pengkajian Sejarah
•kaedah lisan
•kaedah bertulis
•kaedah arkeologi
Kaedah lisan
Melalui cara ini , sejarawan mendapat maklumat sejarah melalui temu bual dengan sesorang tokoh. Selain itu, ucapan yang diucapkan oleh seseorang tokoh seperti Perdana Menteri atau tokoh budaya juga boleh dijadikan sebagai maklumat sejarah.
Kaedah lisan berkait rapat dengan tradisi sastera rakyat seperti mitos, lagenda, dan puisi. Sejarahwan yang mendapat atau menggunakan sumber ini lazimnya akan memilih, menafsir, dan membandingkan fakta bagi mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat yang diperolehi itu.
akaedah lisan ini terdapat kelemahan apabila wujudnya tokok tambah yang dicampurkan dengan unsur dongeng, mitos dan sebagainya.
Penulisan
Penulisan boleh merujuk kepada dua kegiatan:
menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukkan perkataan dan gagasan yang lain yang mewakili bahasa atau maklumat tercatat; dan
penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui bahasa tulisan.
Terdapatnya beberapa kekecualian; umpamanya, penggunakan mesin taip untuk mencatat bahasa secara amnya dipanggil penaipan, dan bukannya penulisan. Penulisan merujuk kepada kedua-dua kegiatan itu, dan kedua-dua kegiatan itu boleh berlaku dengan serentak.
Tulisan dapat membantu ahli-ahli sejarah untuk memperolehi maklumat mengenai zaman silam daripada sumber ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, logam, gading, dan kertas.
Cara untuk mencatat maklumat
Sistem penulisan
Sistem-sistem penulisan utama – kaedah-kaedah penulisan – secara amnya dibahagikan kepada empat kategori:
•tulisan logo
•suku kata
•abjad
•ciri.
Lagi satu kategori, ideografi (simbol untuk gagasan), tidak pernah diperkembangkan sehingga tahap yang mencukupi untuk mewakili bahasa. Yang keenam, iaith piktografi tidak mencukupi untuk mewakili bahasa pada dirinya, tetapi seringnya menjadi teras untuk tulisan logo.
Selain daripada ini, terdapat juga pelbagai bentuk yang tidak begitu terkenal, seperti penulisan Letris yang terdiri daripada metagrafi (selepas penulisan) dan hipergrafi (penulisan super).
Kaedah arkeologi
Kaedah arkeologi ialah cara mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik.Terdapat pelbagai cabang dalam bidang arkeologi, antaranya termasuk angkasa lepas, maritim, dan cari gali.
Ahli arkeologi mendapatkan maklumat melalui proses cari gali.Melalui kaedah ini ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah seperti fosil, binaan daripada batu, peralatan daripada logam, tembikar, seramik, dan kulit siput dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon,
Hasil daripada kaedah arkeologi ini , ahli arkeologi dapat membuat tafsiaran dan pentarikhan tentang budaya masyarakat melalui bahan tinggalan sejarah tersebut.