Lagu Indonesi Andalan Radio Malaysia
Tuesday, January 8, 2008 1:45:50 PM
Cerita yang menarik tentang bagaimana radio di Kuala Lumpur, Malaysia, menjadikan lagu-lagu Indonesia sebagai "jualannya".
Ini juga menggambarkan bagaimana Malaysia melihat Indonesia: kota Jakarta yang sumpek, orang kaya yang sedikit, orang miskin yang banyak, tapi kagum pada kreativitas musisi Indonesia.
Di Malaysia, negara dengan warga non-Melayu yang cukup besar, ada dilema: apakah musisi harus menciptakan lagu bahasa Inggris atau Melayu? Mereka mencoba Inggris, tapi tidak lagu. Sedangkan lagu Melayu tidak laris.
Bahkan ada ironi: Penjualan kaset Siti Nurhaliza (Anda kenal, kan?) dikalahkah oleh penjualan album penyanyi Indonesia, Sheila on 7, justru "di kandangnya sendiri".
Senang juga masih ada bangsa lain mengagumi salah satu sisi bangsa kita, dari sisi karya musiknya, yang justru pemainnya adalah anak-anak muda. Pencipta lagunya, sebutlah Melly, anak muda. Penyanyinya, Dewa atau KD, anak muda. Di tangan anak-anak muda itulah Indonesia punya kebanggaan.
Saya memang sudah sering mendengar, anak-anak muda bangsa kita, mereka yang lulusan luar negeri, sangat profesional, bisa bersaing dengan tenaga-tenaga terbaik dari bangsa lain.
Ada ahli IT kita yang merancang banyak program Nokia, termasuk Communicator. Ada astronot kita yang mengepalai satu tim ilmuwan di Jerman yang menemukan planet baru.
Senang rasanya mendengar kabar tentang mereka. Satu sisi, kendati kecil sekali: satu sisi yang cerah, satu sisi indah.
Ada banyak sisi lainnya yang buram, memang. TKI (membuat citra bangsa kita seperti produsen pembantu untuk bangsa-bangsa kaya di dunia). Korupsi para pejabat yang gila-gilaan. Polisi yang gampang disogok. Tentara yang jatuh dari atas pesawat Nomad yang terbang dalam kondisi barang rongsokan. Politisi yang kerjanya cuma dua: bertengkar dan meminta kenaikan gaji.
http://fairy.mahdzan.com/story/125.asp
KC Ismail: Muzik Indonesia lebih progresif dari muzik Malaysia
by fairy (25-Mar-2002) | Readers Say
DeeJay KC Ismail? Siapa tu? Pasti ramai pengunjung website ini yang tertanya-tanya identiti KC Ismail ini. Mungkin juga ada yang sudah tau! Ya, jikalau anda peminat muzik Indonesia di Malaysia, anda pasti kenal DJ KC dari salah satu rancangan radionya yang berjudul Carta Baik Banget. Show ini selalu berkumandangan di gelombang radio Rediffusion frekuensi 104.9Mhz di KL. Saya mula kenal rancangan ini dari Oktober 2001 dan cuba untuk mengikutinya setiap Sabtu dari jam 10 pagi-12 tengahari.
Konsep show CBB ini simple saja: DJ kelahiran Pulau Pinang ini akan putarkan 10 lagu-lagu terpopular dari Indonesia mengikut carta lagu-lagu ngetop di Indonesia. Dia juga menyelitkan beberapa segment menarik seperti Nostalgia iaitu putaran lagu Indonesia yang klasik dan popular dari beberapa tahun dahulu, dan satu lagu Indonesia baru ekslusif yang hanya boleh didengar di rancangannya. Buat penggemar muzik Indonesia di sini, rancangan CBB ini memang 120 minit yang sangat berharga setiap Sabtu pagi. Selain dari berita terbaru dunia muzik Indo, kadang-kadang KC akan adakan interviu dengan artis undangan dari sana. Yang menarik lagi tentang show ini adalah chatroomnya di mIRC server Dalnet, #cartabaekbanget. Jadi sambil KC mengendalikan shownya, dia juga tidak lupa melayan Indo music fansnya online.
Baru-baru ini saya dapat bertemu dengan KC untuk sekadar ngobrol-ngobrol (borak) dan bertukar pengalaman dan pendapat tentang muzik Indonesia. Saya tidak pernah mengenalinya sebelum ini; ini adalah pertemuan kami yang pertama. Banyak yang kami perbincangkan, dari bagaimana KC mula membina show CBB ini, diskusi tentang perbandingan industri muzik Malay dan muzik Indo (topik ini paling hangat!), sampailah ke cerita-cerita peribadi KC bersama teman-teman dekatnya dari Indonesia yang kebetulan juga artis popular seperti Krisdayanti, Dhani Ahmad dari Dewa dan Melly Goeslaw.
How did CBB started?
CBB sebenarnya sudah berada di radio selama dua tahun. Sebelum kelahiran show ini, KC memang sering memainkan lagu-lagu yang digemarinya dari Indonesia di slot airtimenya. Oleh kerana muzik Indonesia yang terbaru sulit untuk dicari di Malaysia, beliau mendapat stock lagu-lagunya menerusi seorang kawan yang kebetulan selalu ke Jakarta untuk menguruskan businessnya di sana. Lama kelamaan setelah semakin ramai orang menyedari akan keunikan lagu-lagu dari Indonesia, boss KC pula mencadangkan KC membuat show CBB ini.
Saya tanyalah KC, "Macam mana boleh namakan show ni Carta Baik Banget?" Menurut KC, judul show ini diinspirasi oleh Krisdayanti yang sering sekali berkata "banget" (sangat) di setiap ayat(kalimat)nya apabila memuji sesuatu (contoh: keren banget! - cool gile). So, jadilah show Carta Baik Banget. Apparently KC dan Krisdayanti ni memang kamceng (akrab) semenjak Krisdayanti datang ke Malaysia kira-kira dua tahun lalu untuk mempromosi albumnya yang mengandungi lagu Menghitung Hari. KC pula was proud to tell me that he was the first DJ yang membawa masuk dan memutarkan lagu Menghitung Hari di tanahair kita, meskipun sebenarnya kita sudah terlambat satu tahun di belakang Indonesia di mana lagu itu sudah lama popular.
Setelah bertahun menempuh cabaran dan dengan suksesnya CBB ini, KC sekarang terkenal di kalangan artis dan label company Indo as the mad-about-Indo-music DJ dari Malaysia. Jadi sekarang KC tidak bersusah payah harus membeli album-album baru Indonesia, malah dia dikasi gratis (percuma) oleh pihak label untuk dipromosikan di sini; setiap kali KC ke Indonesia, tangan dan begnya pasti tidak kosong! Yang best lagi tu, semua album-album itu menjadi koleksi personal KC, tidak satupun menjadi sebahagian dari library muzik stesyen radionya dan untuk menjaga exclusivity CBB, dia tidak berkongsi lagu-lagunya dengan mana-mana pihak lain yang ingin menyiarkannya. Ya, bener-bener ekslusif deh!
Kenapa muzik Indonesia? What about muzik Malaysia?
"Lagu-lagu dari Indonesia best, fresh, tidak seperti majoriti lagu-lagu kita di sini, lembik, kurang variasi!" Begitulah pandangan KC yang kebetulan juga seorang Baladewa (fans Dewa) setia. Untuk berlaku tidak prejudice terhadap artis-artis kita yang ingin menampilkan sesuatu yang baru, KC juga memainkan lagu-lagu lokal yang boleh dikatakan bagus dan progresif juga dalam rancangan radionya yang lain, khususnya RedZone yang ke udara setiap hari Ahad jam 9 pagi - 12 tengahari. Keistimewaan KC sebagai DJ radio adalah pemutaran lagu-lagu yang tidak mainstream tapi masih cool dan susah dicari. Tapi KC memang tetap pengkagum dan pecinta muzik Indonesia.
Namun tidak dapat dinafikan bahawa industri muzik di Malaysia ini sedikit ketinggalan dan berlainan fokus dan aliran jika dibandingkan dengan progress muzik di negara jiran kita. KC dan saya bersependapat bahawa muzik lokal yang mainstream di Malaysia adalah monoton, tidak banyak perubahan dalam formula, kurang eksperimental, kebanyakannya jenis muzik cengeng dan sangat dipengaruhi oleh kuasa market dan pihak-pihak label yang terlalu memilih dalam menerbitkan album artis.
Banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi ketidakmajuan muzik di negara kita, tapi yang jelas semua pihak yang terlibat mempunyai contribution masing-masing kepada fenomena ini.
Label companies tiada faith?
Syarikat label tidak suka mengambil risiko, mereka jarang mau menerbitkan artis-artis yang menampilkan konsep yang lain daripada apa yang market demands. Mereka terlalu fokus kepada keuntungan sesebuah album itu daripada benar-benar ingin menyajikan variety muzik. Ya, kita boleh faham, kerana companies ini dalam arena business dan ingin break and exceed cost dan segala macam, tetapi kalau formula sukses itu dipakai berulang-ulang kali dan setiap artis baru yang ditampilkan itu adalah klon-klon artis yang sudah popular dan meledak di pasaran, tidakkah bosan kita sebagai pendengar muzik tanahair mendengarnya?
Lihatlah berapa ramai artis perempuan yang meniru gaya Siti Nurhaliza dan tidak ada seorang pun yang berani membawa konsep yang eccentric, original dan berbeza. Siti Nurhaliza telah berduet dengan Dato' SM Salim, tetapi orang lain juga terburu-buru untuk mengikuti konsep tersebut, contohnya Syura dan Dato' M. Daud Kilau dengan lagu Tenung-tenung, Renung-renung. Kenapa? Sebab Siti telah berjaya dahuluan dengan formula itu, jadi artis lain ingin "menumpang" dalam meraih ke'glamer'an itu sebab itu telah terbukti sukses. Wow, "original"nya.
And what is up with those Malay compilation albums?? Balik-balik compilations. Nampak sangat kita lacking material baru!
Yang menyedihkan lagi, saya dengar dari KC, department lagu-lagu Melayu di label-label company tanahair semakin berkurangan kerana kurang sambutan dari public sehingga akhirnya pihak label juga kehilangan faith dengan industri muzik kita sendiri. Penjualan album kita juga mediocre. Bayangkan, penjualan album kumpulan popular Indonesia Sheila on 7 di Malaysia itu saja berjaya mengatasi jualan album Siti Nurhaliza! Artis kita sendiri kalah di gelanggang kampung. Is it time for change? You betcha! Orang kita sudah bosan dengan sajian muzik lokal sehingga berpaling muka ke artis seberang.
CD kita mahal sangat!
Harga-harga kaset dan CD local kita juga tidak berpatutan sebenarnya. Kalau di Indonesia, album-album para artis mereka sendiri sudah tentu lebih murah daripada harga album dari luar Indonesia. Contohnya, di Indonesia, CD local yang paling mahal adalah Rp.50.000 (sekitar RM20) dan itu adalah CD artis yang paling popular dan hangat pada masa itu. Harga buat CD internasional selalunya lebih jauh dari pada harga Rp.50.000 itu dan justru ini menjadi product differentiation in price, jadi orang boleh terima dengan baik harga CD local. It only makes sense that home-grown products should be cheaper, ye tak?
Tetapi harga CD artis kita di Malaysia adalah sekitar RM40-45 ringgit sekeping, padahal dengan harga yang sama saya boleh saja membeli artis internasional yang lebih jauh bagus dari segi kualiti muzik. Bingung gak sih?
Macam mana aktiviti pembelian album cetak rompak tidak mendominasi penjualan album artis-artis kita, sebab harganya (terutamanya CD) itu tidak menggalakkan para peminat lagu-lagu Malaysia untuk membeli yang original. Tapi ye lah, in the first place album-album kita juga kurang menarik dan orang semua tak sanggup untuk mengeluarkan wang untuk membeli yang asli. Album-album kita selalu punya sindrom one-hit wonder: satu lagu je yang sedap, yang lain semua bangang.
However, we have a mind-boggling situation to think about jugak. Usually whatever is in the market is because of what people demand for. Jadi kalau muzik mainstream tanahair masih cengeng dan meleleh, itu bermakna majoriti pendengar muzik Malaysia are actually wanting this type of music, betul tak. How sad is that?
Band-band Malaysia nyanyi in English
Kemunculan band-band underground kita juga sangat impressive dan progressive, tapi mereka kebanyakannya bernyanyi dalam bahasa Inggris jadi susah sikit untuk meraih pendengar yang banyak di kalangan penggemar muzik tertentu. Itu juga menjadi perdebatan isu, kenapa band-band underground lebih gemar bernyanyi dalam Bahasa Inggeris dan bukan Bahasa Malaysia? Band-band di Indonesia banyak yang bernyanyi dalam Bahasa Indonesia dan boleh saja ngetop tuh.
Namun sebenarnya hal itu adalah isu sosio-budaya. Bahasa utama di Indonesia adalah Bahasa Indonesia di mana 90% penduduknya adalah berkulit sawo matang (alias pribumi) manakala di Malaysia status Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris itu sebenarnya sedikit seiring selangkah, memandangkan separuh dari 22 juta penduduk kita adalah dari berbagai kaum yang non-Malay. Jadi sebenarnya band-band kita sangat mengharap untuk capitalize dari peminat muzik yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu tapi tidak selalunya berjaya.
Artis Malaysia tiru Indon
Walaupun kita sangat kritik dengan perkembangan dunia muzik Malaysia, kita masih boleh bangga dengan artis yang benar-benar mengkagumkan seperti Sheila Majid. Artis kita juga menyedari selera segelintir besar pendengar muzik kita semakin progressive, mereka sekarang sibuk untuk menukar image dan mengikuti konsep muzik Indonesia. Sudah ramai artis kita yang approach KC untuk meminta lagu karya penulis muzik Indonesia seperti Melly Goeslaw dan Dhani Ahmad (disebabkan KC ini adalah pengantara terkenal between industry muzik kita dan muzik mereka).
Ramai artis kita yang terkejar nak nyanyi lagu ciptaan Melly, lihat saja di album Fauziah Latiff ada satu lagu ciptaan Melly yang saya tak ingat namanya. KC juga telah berjaya mendapatkan Nora lagu ciptaan Melly yang berjudul Terhitung Hari serta untuk satu lagu Umie Aida berjudul Kasih. Kumpulan Exist sekarang mengakui bahawa mereka sangat suka muzik Dewa dan berusaha untuk menyajikan lagu-lagu baru dengan lirik ala Dewa. Basically kita sekarang tergila-gila dengan muzik Indonesia kerana kita sudah kehabisan kreativiti dan Indonesia lah rujukan kita untuk berkembang, memandangkan kita ini serumpun. Indonesia itu big brother kita lah, lebih kurang.
Menurut KC bagus lah kalau artist kita ingin move forward, dan sebagai permulaan Indonesia dijadikan reference for change. Indonesia ini pula pandai mengambil inspirasi untuk membuat lagu-lagu berdasarkan lagu-lagu di luar negara mereka, sekarang saja muzik mereka banyak dipengaruhi dan diwarnai irama Brit pop yang memang menyenangkan dan menarik.
Kegiatan KC di Indonesia
KC ini juga penggemar budaya Indonesia, seperti saya. "Jika saya masih bujang, mungkin saja saya tinggal di sana," ujar KC. Tahun lalu KC sering ke Jakarta untuk mengambil bahan baru untuk CBB, sehingga dalam satu bulan itu dia boleh ke sana sampai dua kali. Selalunya dia ke sana di atas biayaan sponsor, tetapi kalau sponsor tidak ada, dia akan mengeluarkan wangnya sendiri untuk ke sana. "(Airline) Merpati sampai dah kenal sangat dengan saya, kadang-kadang dapat diskaun!" kata KC sambil tertawa.
Setiap kali dia ke sana, pasti KC akan cuba untuk mendapatkan interviu untuk siaran di CBB. Sampaikan dalam satu trip itu dia boleh mendapatkan berbelas rakaman interviu artis-artis Indonesia, jadi dia simpan semuanya dan memainkannya satu per satu untuk beberapa minggu. CBB siaran 23 Mac 2002 lalu menampilkan Melly Goeslaw dan Anto Hoed selaku pencipta album original soundtrack buat filem Indonesia baru, Ada Apa Dengan Cinta (A2DC) tapi rakamannya berlaku di Jakarta dan bukan di studio kita seperti yang saya sangka.
Sekarang KC sudah jarang ke Jakarta berbanding tahun lalu disebabkan dia sibuk dengan urusan lain di sini. Jika KC tidak sibuk berjalan-jalan di Jakarta melawat setiap label company di sana untuk kutip album baru, dia akan terlibat dalam pengurusan artist Indo yang datang ke sini (kalau kebetulan ada yang ingin datang buat promosi album baru) serta menyibukkan diri dengan kerja produksi rancangan TV, penulisan skrip, voice over iklan dan penciptaan lirik lagu untuk artis-artis kita.
Gile teh botol!
Apa lagi yang KC selalu bawa pulang dari Indonesia, selain album-album baru? "Ye lah, selain album, majalah, buku… berkotak-kotak TEH BOTOL! Sampai berat gile bag!" Kita berdua ketawa sambil terkenang rasa manisnya teh botol Sosro. "Minum dari kotak tak sedap sangat, yang memang layan tu kalau minum dari botol straight, di hari panas dan teh itu sejuk baru keluar dari peti ais, wus….", KC berkata, mengelamun. Hmm… my kind of friend ni! Semua yang saya suka di Indo, dia pun suka.
"Kalau untuk bab muzik, memang Indonesia is a happening place lah, tapi saya rasa kehidupan di Malaysia lebih selesa dan bersih. Di Jakarta sangat polluted, ramai sangat manusia, tak tahan kadang-kadang. Gaji pekerja juga sangat kecil. Jurang ekonomi antara orang miskin dan orang kaya sangat prominent di sana., tidak seperti di Malaysia di mana orang middle-class adalah majority," KC berucap semi-serius. Saya mengangguk setuju.
Makasih Mas KC!
Yang jelas KC adalah seorang yang asik buat ngobrol-ngobrol kerana dia juga appreciate budaya keren (gempak alias cool) kawan-kawan kita di negeri seberang yang berpopulasi 200-lebih juta umat itu. Trait ini sangat terserlah apabila kita meneliti ketekunan KC dalam pembikinan show Carta Baik Banget yang disiarkan setiap pagi Sabtu di Red104.9: sangat penuh dedikasi dalam menyajikan berita hiburan dan lagu-lagu terbaru dari sana.
Terima kasih KC di atas keluangan waktu untuk bertemu dan berkongsi cerita dengan Fairy
Apa masa hadapan industri muzik Malaysia?
Ya, jika kita masih terus dengan mentaliti muzik cengeng dan kampungan, pendengar muzik kita akan lari ke muzik dari Indonesia, kerana itu lah yang ternyata lebih keren dan progressive. Mari kita belajar dari para seniman yang benar-benar mendalami hasil seninya, dan tidak hanya memikir markat, market, market!
Jangan sampai boleh provoke DJ KC membuat Carta Basi Banget untuk lagu-lagu Malaysia, sudah...
DJ KC Ismail would love to hear from you about Carta Baik Banget. Send all questions and suggestions to kcismail@yahoo.com.
Favorite site: tribun-timur.com













How to use Quote function: