My Opera is closing 3rd of March

MY QALAM ©2012

9 MIMPI YANG MENDATANGI RASULULLAH S.A.W


1. Aku telah melihat seorang dari
umatku telah di datang oleh
malaikatul maut dengan keadaan
yg amat mengerunkan untuk
mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang
perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA
KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari
umatku telah disediakan azab
kubur yang amat menyeksakan,
diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari
umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis
lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG
TULUS IKHLAS
kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku
diseret dengan rantai yang
diperbuat daripada api neraka
jahanam yang dimasukkan dari
mulut dan dikeluarkan rantai
tersebut ke duburnya oleh
malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA
YANG KHUSUK DAN TIDAK
MENUNJUK-NUNJUK
telah
melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa
dahaga yang amat berat, setiap
kali dia mendatangi satu telaga di
halang dari meminumnya, ketika
itu datanglah pahala PUASANYA
YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT

memberi minum hingga ia merasa
puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk
mendekati kumpulan para nabi
yang sedang duduk berkumpulan-
kumpulan, setiap kali dia datang
dia akan diusir, maka menjelmalah
MANDI JUNUB DENGAN RUKUN
YANG SEMPURNANYA
sambil
kekumpulanku seraya duduk
disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari
umatku berada di dalam keadan
gelap gelita di sekelilingnya,
sedangkan dia sendiri di dalam
keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN
UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH SWT
lalu mengeluarkannya
dari kegelapan kepada tempat
yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba
berbicara dengan golongan orang
mukmin tetapi mereka tidakpun
membalas bicaranya, maka
menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA
BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA
UMATKU
lalu menyeru kepada
mereka agar menyambut
bicaranya, lalu berbicara mereka
dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang
menepis-nepis percikan api ke
mukanya,maka segeralah
menjelma pahala SEDEKAHNYA
YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT

lalu menabir muka dan kepalanya
dari bahaya api tersebut.



makam nabi syuibTangisan Rasulullah S.A.W Menggoncangkan Arasy

Write a comment

New comments have been disabled for this post.