My Opera is closing 3rd of March

MY QALAM ©2012

Tangisan Rasulullah S.A.W Menggoncangkan Arasy

Dikisahkan, bahawasanya di waktu
Rasulullah s.a.w. sedang asyik
bertawaf di Ka'bah,
beliau
mendengar seseorang di
hadapannya bertawaf, sambil
berzikir:

Ya Karim! Ya Karim!


Rasulullah s.a.w. menirunya
membaca

Ya Karim! Ya Karim!


Orang itu lalu berhenti di salah
satu sudut Ka'bah, dan berzikir
lagi:

Ya Karim! Ya Karim!


Rasulullah s.a.w. yang berada di
belakangnya mengikut zikirnya

Ya
Karim! Ya Karim!


Merasa seperti diolok-olokkan,
orang itu menoleh ke belakang
dan terlihat olehnya seorang laki-
laki yang gagah, lagi tampan yang
belum pernah dikenalinya. Orang
itu lalu berkata:

Wahai orang tampan! Apakah
engkau memang sengaja
memperolok-olokkanku, kerana
aku ini adalah orang Arab badwi?
Kalaulah bukan kerana
ketampananmu dan
kegagahanmu, pasti engkau akan
aku laporkan kepada kekasihku,
Muhammad Rasulullah.


Mendengar kata-kata orang badwi
itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu
bertanya:

Tidakkah engkau
mengenali Nabimu, wahai orang
Arab?.

jawab orang itu

belum



Jadi bagaimana kau beriman
kepadanya?



Saya percaya dengan mantap atas
kenabiannya, sekalipun saya belum
pernah melihatnya, dan
membenarkan perutusannya,
sekalipun saya belum pernah
bertemu dengannya,

kata orang
Arab badwi itu pula.
Rasulullah s.a.w. pun berkata
kepadanya:

Wahai orang Arab!
Ketahuilah aku inilah Nabimu di
dunia dan penolongmu nanti di
akhirat!

Melihat Nabi di
hadapannya, dia tercengang,
seperti tidak percaya kepada
dirinya.


Tuan ini Nabi Muhammad?!


Ya


jawab Nabi s.a.w. Dia segera
tunduk untuk mencium kedua kaki
Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu,
Rasulullah s.a.w. menarik tubuh
orang Arab itu, seraya berkata
kepadanya:


Wahal orang Arab! janganlah
berbuat serupa itu. Perbuatan
serupa itu biasanya dilakukan oleh
hamba sahaya kepada jeragannya,
Ketahuilah, Allah mengutusku
bukan untuk menjadi seorang
yang takabbur yang meminta
dihormati, atau diagungkan, tetapi
demi membawa berita gembira
bagi orang yang beriman, dan
membawa berita menakutkan bagi
yang mengingkarinya.


Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s.
turun membawa berita dari langit
dia berkata:

Ya Muhammad!
Tuhan As-Salam mengucapkan
salam kepadamu dan berfirman:
Katakanlah kepada orang Arab itu,
agar dia tidak terpesona dengan
belas kasih Allah. Ketahuilah
bahawa Allah akan menghisabnya
di hari Mahsyar nanti, akan
menimbang semua amalannya,
baik yang kecil mahupun yang
besar!

Setelah menyampaikan
berita itu, Jibril kemudian pergi.
Maka orang Arab itu pula berkata:


Demi keagungan serta kemuliaan
Tuhan, jika Tuhan akan membuat
perhitungan atas amalan hamba,
maka hamba pun akan membuat
perhitungan dengannya!

kata
orang Arab badwi itu.

Apakah
yang akan engkau perhitungkan
dengan Tuhan?

Rasulullah
bertanya kepadanya.

Jika Tuhan
akan memperhitungkan dosa-dosa
hamba, maka hamba akan
memperhitungkan betapa
kebesaran maghfirahnya,

jawab
orang itu.

  • Jika Dia
    memperhitungkan kemaksiatan
    hamba, maka hamba akan
    memperhitungkan betapa
    keluasan pengampunan-Nya.
  • Jika Dia memperhitungkan kekikiran
    hamba, maka hamba akan
    memperhitungkan pula betapa
    kedermawanannya!


Mendengar ucapan orang Arab
badwi itu, maka Rasulullah s.a.w.
pun menangis mengingatkan
betapa benarnya kata-kata orang
Arab badwi itu, air mata baginda
meleleh membasahi Janggutnya.
Lantaran itu Malaikat Jibril turun
lagi seraya berkata:


Ya Muhammad! Tuhan As-Salam
menyampaikan salam kepadamu,
dan berfirman: Berhentilah engkau
dari menangis! Sesungguhnya
kerana tangismu, penjaga Arasy
lupa dari bacaan tasbih dan
tahmidnya, sehingga lah
bergoncang. Katakan kepada
temanmu itu, bahawa Allah tidak
akan menghisab dirinya, juga tidak
akan memperhitungkan
kemaksiatannya. Allah sudah
rnengampuni semua kesalahannya
dan akan menjadi temanmu di
syurga nanti!

Betapa sukanya
orang Arab badwi itu, apabila
mendengar berita tersebut. lalu
menangis kerana tidak berdaya
menahan keharuan dirinya.

9 MIMPI YANG MENDATANGI RASULULLAH S.A.WBerdoa Jadi Lebih Sihat (bukti saintifik)

Write a comment

New comments have been disabled for this post.