My Opera is closing 3rd of March

MY QALAM ©2012

Berdoa Jadi Lebih Sihat (bukti saintifik)


Nampaknyaknya mereka yang
lebih kerap beribadat berbanding
orang lain mempunyai tahap
kesihatan yang baik.
Perkara ini dibuktikan melalui
sebuah kajian yang dilakukan di
Amerika baru-baru ini apabila
didapati bahawa mereka yang
banyak berdoa dan bermeditasi
(non muslim) mempunyai tahap
kesihatan yang baik dan panjang
umur (dengan izin Allah SWT)
Kajian di universiti Rochester, New
York mendapati lebih 85% pesakit
memilih untuk berdoa berbanding
menjalani perubatan tradisional.
Penganalisis jantung dari Sekolah
Perubatan Harvard, Dr Herbert
Benson menjelaskan bahawa
seseorang akan menjadi lebih
rileks ketika berdoa kerana ia akan
menurunkan metabolisme,
melambatkan denyutan jantung
dan membuat nafas menjadi lebih
teratur.
"Melakukan aktiviti spiritual pada
setiap hari membantu
mengaktifkan gen yang
mempercepatkan kematian sel dan
keradangan."
"Fikiran mempengaruhi eksperesi
gen seseorang dan ini adalah bukti
bagaimana doa dapat
mempengaruhi fungsi tubuh pada
tahap optimum," jelas Benson.
Kajian lain merumuskan bahawa
berdoa dapat meningkatkan
sistem kekebalan tubuh dan
membantu mengurangkan
kekerapan untuk mendapat
penyakit.
 Sumber: Kosmo! Ahad, 22 Januari
2012 - dengan sedikit tambahan
(dalam kurungan)
--------------------------------------------------------------------
P/S: Kajian di atas mungkin
dijalankan kepada masyarat secara
umum, muslim dan non muslim.
Walau bagaimanapun, kita sebagai
umat Islam sangat beruntung
kerana suruhan berdoa tercatat
secara nyata dalam al-Quran dan
hadis. Surah Ghafir ayat 60
mencatatkan,
“Berdoalah kepadaku, niscaya
akan kuperkenankan bagimu,
sesungguhnya orang-orang yang
menyombongkan diri dari
menyembahku(berdoa kepadaku)
akan masuk neraka jahanam
dalam keadaan hina dina.”

manakala Riwayat at-Tarmizi pula
menyatakan Rasulullah ada
bersabda yang bermaksud;
“ Barang siapa diantara kalian
telah dibukakan baginya pintu doa,
pasti dibukakan pula baginya pintu
rahmat, dan tidaklah Allah SWT
diminta sesuatu yang Dia berikan
lebih Dia senangi dari pada
diminta kekuatan, sesungguhnya
doa itu bermanfaat baik terhadap
apa yang terjadi maupun belum
terjadi, maka hendaklah kalian
berdoa.”

Adab-adab berdoa:
  1. Membuka doa dengan
    hamdalah dan pujian bagi Allah
    SWT dan selawat atas Nabi SAAW.
  2. Mengakui dosa
  3. Bersungguh-sungguh dalam
    berdoa dan berketetapan hati
    dalam meminta
  4. Berwudhu, menghadap kiblat
    dan mengangkat tangan ketika
    berdoa
  5. Merendahkan suara dalam
    berdoa
  6. Tidak membuat kalimat bersajak
    (sesuai dengan nasihat Ibn Abbas
    kepada salah seorang sahabat)
  7. Memilih waktu-waktu yang
    dianjurkan dan saat-saat yang
    mulia
  8. Tidak mendoakan keburukan
    kepada diri, keluarga dan harta. .

Sumber petikan dari:-
ustaz zahazan mohamed

Tangisan Rasulullah S.A.W Menggoncangkan Arasy Sebuah Cermin Cinta Kepada Sayyidina Muhammad S.A.W

Write a comment

New comments have been disabled for this post.