My Opera is closing 3rd of March

dun_meranti

Subscribe to RSS feed

14 korban ribut di Eropah, Russia

LONDON: Sekurang-kurangnya 14 orang mati, lebih 1,000 rumah ditenggelami air dengan beribu-ribu lain terpaksa bergelap selepas ribut ganas membawa angin kencang dan hujan lebat melanda utara Eropah dan Russia, selama dua hari sejak kelmarin. Denmark, Sweden dan Kepulauan Britain adalah kawasan paling teruk terjejas dengan 100 orang dilaporkan terpaksa bermalam di sebuah feri selepas ia terkandas di barat daya Scotland manakala sebuah kapal kargo Belanda pula mengeluarkan amaran meminta bantuan.

Feri penumpang itu bagaimanapun dapat diselamatkan dan ditunda selepas lebih 30 jam berada di lautan dengan tiada seorang pun penumpangnya cedera. Seramai 15 anak kapal kargo Belanda itu yang berdepan kesukaran, dapat diselamatkan.
Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan mati di Denmark dan Sweden, menyebabkan 405,000 keluarga terpaksa bergelap manakala lalu lintas jalan raya dan kereta api terganggu dan mendatangkan kesukaran.

Di Britain, tiga orang ditemui mati di Carlisle, barat daya tenggara England yang menyaksikan ribut terburuk sejak berdekad lamanya dengan angin kencang, kata polis yang tidak dapat menyatakan punca kematian.

Di selatan Sweden, empat orang mati selepas kenderaan dinaiki, dihempap pokok tumbang. Mangsa kelima mati dilanggar ketika cuba mengalihkan pokok tumbang manakala seorang lagi mati dihempap hasil tanamannya di sebuah ladang. Seorang lagi lelaki mati selepas terjatuh dari bumbung rumahnya ketika dia cuba membetulkan atap genting itu.

Angin kencang di barat Denmark mencecah sehingga 151 kilometer sejam dalam ribut yang melanda kelmarin. Di utara Jerman, ketika polis masih mencari dua mangsa yang menaiki kayak yang terbalik.

Di Russia, pihak berkuasa Saint Petersburg terpaksa menutup trafik dan enam stesen kereta api bawah tanah berikutan air sungai yang naik dan boleh menyebabkan banjir melanda bandar lama itu. Beberapa kawasan Poland turut dilanda angin kencang.

Lebih 100 orang terpaksa dipindahkan dari bandar pesisir pantai barat Estonia apabila angin kencang mengganas di beberapa kawasan Lautan Baltik dan menyebabkan banjir. Semua lalu lintas kereta api di selatan Sweden terpaksa digantung berikutan ribut itu. – AFP
February 2014
S M T W T F S
January 2014March 2014
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28