My Opera is closing 3rd of March

dun_meranti

Subscribe to RSS feed

Pesta Maksiat Punca Tsunami - Penduduk Acheh

BANDA ACEH 8 Jan: Bagi kebanyakan masyarakat Aceh yang terselamat daripada gelombang maut tsunami, mereka mempunyai cerita di sebalik tersergam gagahnya masjid walaupun bangunan di sekelilingnya ranap `dikerjakan' ombak besar itu.

Kepada mereka, bencana yang mengorbankan beratus ribu nyawa dan meranapkan bangunan besar dan kecil itu berpunca daripada satu pesta yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

Pesta itu, walaupun dilarang oleh penduduk, namun ia tetap jua diadakan berhampiran makam seorang wali Allah iaitu Teunku Syah Kuala di Kampung Kuala.

Teunku Syah Kuala ini, merupakan seorang pendakwah yang dikatakan membawa masuk ajaran Islam di bumi Aceh ini.

Sebaik sahaja pesta itu berakhir, tragedi buruk Aceh bermula pada keesokan harinya.

Banda Aceh dan sekitarnya ranap dilanda oleh bencana gempa bumi - yang paling kuat dalam tempoh 40 tahun - dan tsunami sederas 700 kilometer sejam.

Bagaimanapun yang terselamat ialah masjid-masjid di Banda Aceh dan sekitarnya.

Lantas ia mencetuskan persoalan - bagaimana masjid itu boleh selamat.

Beberapa orang penduduk Banda Aceh yang ditemui mempercayai, bencana itu disebabkan oleh pesta yang diadakan berhampiran makam tersebut.

Masjid itu pula, kata mereka: "Itu rumah Allah.

Allah yang memeliharanya.''

Walaupun cerita itu agak meragukan kepada sesetengah orang termasuk wartawan Mingguan Malaysia, namun itulah kepercayaan mereka.

Bagi mereka, itulah puncanya menyebabkan Banda Aceh dan sekitarnya musnah dan hancur.

Lebih malang lagi, kesan malapetaka tersebut bukan sahaja menimpa Serambi Mekah tetapi juga beberapa negara lain seperti Malaysia, Thailand, Sri Lanka dan India.

Dalam pada itu, ada pula penduduk yang berpendapat, masjid-masjid berkenaan seperti di Banda Acheh, Meulaboh, Calang, Lamnga dan Ole-oleh terselamat daripada amukan tsunami kerana struktur pembinaannya yang kukuh.

Ketika ditanya kepada seorang ulama Aceh, KH.Rashied, beliau tidak menolak kedua-dua kemungkinan itu yang menyebabkan masjid-masjid tersebut terselamat daripada tsunami.

Apa yang penting, kata ulama itu, pengajaran yang perlu diambil oleh semua pihak daripada tragedi tersebut.

Antaranya, semua pihak perlu menghormati tempat-tempat suci seperti masjid dan makam wali Allah yang terdapat di mana-mana juga.

Mengenai masjid-masjid yang turut utuh walaupun dilanda tsunami, Rashied berkata, keadaan itu seharusnya menjadi pengajaran bahawa kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Ia juga katanya boleh dianggap sebagai satu peringatan kepada umat manusia.

Ketika menyampaikan kuliah Subuh di sebuah masjid di sini, Kiai Hamzah Zainudin pula berkata, Allah telah menunjukkan kebesaran-Nya bahawa sesiapa yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan sentiasa berlindung dengan-Nya pasti selamat dunia dan Akhirat.

Sehubungan itu, katanya, rakyat Aceh tidak perlu berteka-teki mengenai teori yang menyebabkan berlakunya tsunami tersebut.

Apa yang penting, katanya, adalah iktibar yang boleh diperoleh daripada peristiwa berkenaan. //Sumber MM
February 2014
S M T W T F S
January 2014March 2014
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28