Skip navigation.

M@RHAEN

Bukan Sekadar Blog Pro-Reformasi

Ulasan Pelbagai Isu

Pilihanraya Mungkin Dijalankan Ketika Musim Banjir

Desas desus pilihanraya umum akan dijalankan dalam waktu terdekat ini semakin terasa apabila Pak Lah mengeluarkan kenyataan BN bersedia menyertai Pilihanraya pada bila - bila masa.

Merujuk kepada situasi pilihanraya umum pada tahun 1999. Mahathir Muhamad ketika itu telah membubarkan parlimen ketika musim haji. Ini bermakna ramai rakyat yang tidak dapat mengundi kerana berada di Mekah.

Mahathir Muhamad juga telah menafikan hak 680 000 pengundi muda yang baru mendaftar kerana khuatir mereka akan mengundi Barisan Alternatif. BA ketika itu dianggotai PAS, DAP, Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia.

Ketika ini, terdapat kemungkinan parti SPR akan melaksanakan pilihanraya pada musim banjir bagi memudahkan mereka menangguhkan pilihanraya di peringkat negeri Kelantan.

Dengan mengeluarkan Kelantan dari peta pengundian PRU ke 12 dan melaksanakan pilihanraya negeri tersebut selepas musim banjir, ini bermakna Kelantan akan digempur oleh segenap ketumbukan Barisan Nasional yang datang dari seluruh negara.

Persoalannya, apakah akan terjadi jika Kelantan jatuh ke tangan BN?

Kejatuhan Kelantan secara tidak demokratik kepada BN akan menjadi titik noktah kepada kekuasaan BN selama setengah abad di Malaysia ini. Ini kerana PAS menyertai pilihanraya bagi mempertahankan kerusi - kerusi yang disandangnya.

Jika PAS sudah kehilangan kerusi, maka kita boleh mengagak mereka akan turun ke jalan raya dan banyak perhimpunan raksasa bakal dianjurkan selepas ini. Ketika itu pihak polis sendiri tidak mampu untuk menyekat arus gelombang kebangkitan rakyat. Dan mungkin juga, PAS akan memboikot pilihanraya umum ke 13 nanti.

Benar telahan Hishamuddin Rais, pembangkang perlu 'dirasuah' kerusi bagi membolehkan mereka terus menyertai pilihanraya walaupun menyedari pilihanraya itu dijalankan secara zalim dan tidak adil. Tetapi apa akan terjadi jika Pak Lah terlupa untuk 'merasuah' kerusi kepada pembangkang kerana sifat tamaknya mahu melihat BN berkuasa selama 50 tahun lagi?


Majlis Perasmian Masjid Country Homes, Rawang

Penulis berkesempatan menghadiri majlis yang dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al - Haj pada hari Jumaat lepas. Dalam majlis ini, penulis selaku pemerhati dari Parti Keadilan Rakyat (keADILan) dapat melihat dengan jelas hubungan akrab di antara para pemuka BN dengan pihak Polis Diraja Malaysia.

Di satu sudut, penulis memerhatikan Ahli Parlimen Gombak, Dato' Rahman dan Menteri Besar Selangor yang kacak, Dato' Seri Khir Toyo tidak bertegur sapa walaupun masing - masing berdiri bersebelahan antara satu sama lain.

Khir Toyo memegang payungnya sendiri sambil berbual rancak dengan seorang pegawai Polis, manakala Ahli Parlimen Gombak bergelak tawa dengan dua orang rakan akrabnya.

Penulis juga memerhatikan Sultan Sharafuddin seperti tidak ambil pot dengan Menteri Besar Selangor. Ketika sultan menyampaikan titahnya, penulis terpaksa menumpukan perhatian kerana titah sultan diselang seli dengan loghat English.

Baginda Tuanku berkenan mencemar duli merasmikan Masjid tersebut sempena menyambut ulang tahun keputeraan baginda yang ke 62 tahun. Masjid itu diberi nama Cahaya Iman.


Parti Keadilan Rakyat Bahagian Lenggong Perlukan Sumbangan.

Tidak ramai yang mengenali daerah Lenggong, Perak. Namun bagi pemerhati politik di Perak, Lenggong dianggap sebagai Kebanggaan Perak kerana tidak kurang dari 3 orang Menteri Besar Perak berasal dari Lenggong. Di antaranya Menteri Besar sekarang, Tajol Rosli Ghazali dan ayahandanya Tan Sri Ghazali Jawi.

Keluarga Posto Parlimen, Nazri Aziz juga berasal dari Lenggong. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Lenggong, sila klik www.en.wikipedia.com/Lenggong

Penstrukturan semula ketumbukan BA telah memberi ruang kepada Parti Keadilan Rakyat untuk bertapak dan diberi tanggungjawab untuk menggempur Barisan Nasional di situ bersama - sama Parti Islam Semalaysia.

keADILan diketuai oleh bekas pemimpin UMNO di Kuak. Beliau mempunyai hubungan persaudaraan rapat dan pengaruh yang sangat kuat di kawasan tersebut.

Berdasarkan kepada maklumat risikan, arwah ayahandanya merupakan tokoh agama yang disegani masyarakat setempat. Dan di Lenggong, kebanyakan pengundi lebih cenderung mengundi sanak saudara mereka tanpa mempedulikan parti politik yang disertainya.

Kita menyambut baik kehadiran keADILan di Lenggong dan semoga mereka mampu menggempur keperkasaan parti keris berkarat di sana.

Kepada pendokong reformasi, sila hulurkan sumbangan untuk membantu perjuangan menumbangkan UMNO di Lenggong. Sila klik www.keadilanlenggong.blogspot.com untuk maklumat selengkapnya.

- Penulis Tamu Laman M@RHAEN
Parti Keadilan Rakyat

Poster PRU: Satu lagi Projek BN - Mesin KondomPoster PRU: Seorang Rakyat, Sepasang Gari

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

December 2009
M T W T F S S
November 2009January 2010
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31