Poster PRU: Hindari Islam Hadhari
Wednesday, 26. December 2007, 01:05:51
Teks:
Memberikan undi anda kepada kerajaan BN bererti anda redha dengan segala keputusan yang dibuat oleh mereka. Ini termasuklah membenarkan kilang arak terbesar di Asia Tenggara beroperasi di Malaysia serta penjualan arak ‘berlesen’ yang berleluasa tanpa sekatan.
Kesemuanya mampu memusnahkan keharmonian masyarakat kerana arak ialah ‘ibu segala kejahatan’- hadis.
Lihatlah betapa ramai nyawa yang terkorban di jalanraya, bunuh-membunuh, rogol, zina, ketagihan, pergaulan luar batasan, mabuk dan pelbagai perkara yang menjelikkan. Semuanya berpunca dari ‘arak’. Dan kerajaan Malaysia mengutip hasil berbillion setahun dari hasil arak dan jangan terkejut wang gaji anda juga ‘mungkin’ berpunca dari sumber haram ini.
Mengundi BN bolehlah diterjemahkan kepada kesanggupan serta keredhaan anda ‘Menghalalkan Arak’. Dan itulah
rupa sebenar Islam Hadhari. Halal dan haram semua disapu, yang paling penting poket mesti berisi.
Anda sanggup menanggung risiko?
Fikirlah berjuta kali...
Satu lagi hasil Idea & Kreativiti: umno dokpakkagawa
Salinan saiz sebenar dalam format pdf:
http://files.myopera.com/marhaen/pdf/Poster%20PRU%20(Arak).pdf
Untuk mengakses fail tersebut, download dan install Adobe Reader sekiranya PC/Notebook anda belum dilengkapkan dengan perisian berkenaan.









Anonymous # 1. January 2008, 04:01
Kita juga perlu ingat bukan orang yang zalim sahaja akan disoal diakhirat kelak, tetapi juga orang yang mengamalkan politik yang tidak selari dengan ajaran Allah Dan Rasul juga akan ditanya. Marilah kita sama2 menasihati sesama umat dalam keadaan kasih sayang.bukan hanya caci mencaci dan saling benci-membenci.Wallahualam..saya ingin sangat berinteraksi dengan pioneer blog ni.
email saya=kayangan_84@yahoo.com