Poster PRU: Keganasan FRU
Wednesday, 26. September 2007, 17:01:40
Teks:
SESI MARI BEFIKIR: APA SALAH MEREKA?
Yang membezakan manusia dengan haiwan ialah ‘akal’. Guna akal ialah supaya manusia mampu berfikir dengan waras berhubung segala tindak tanduk semasa hidup di dunia ini. Akal yang digunakan dengan jalan yang betul serta mendapat keredhaan Allah akan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan menuju ke syurga. Sebab semua makhluk akan mati. Tak kira walau sekuat mana pun semasa di dunia ini ia pasti tidak terlepas dari menemui mati.
Namun ada segelintir manusia yang tidak mahu menggunakan akal. Bertindak mengikut arahan secara membabi buta tanpa mengira dosa pahala. Setiap perbuatan hasil dari menzalimi makhluk adalah berdosa dan haram. Maka hasil gaji yang diterima adalah haram hukumnya di sisi Allah. Tidak ada keberkatan, keluarga jadi kucar kacir, tidak tenteram dalam hidup, diri penuh kerisauan sebab dosa terlampau banyak. Anda boleh perhatikan keluarga anda sendiri...
Salahkah rakyat protes harga minyak naik? Bila minyak naik semua barang keperluan akan naik. Kalau tuntutan mereka berjaya, bukankah ia juga secara tak langsung baik untuk keluarga anda juga? Sebab gaji anda tidak setinggi mana pun. Yang tinggi ialah gaji pihak atasan yang mempergunakan anda. Mereka dapat macam-macam elaun. Yang bodoh ialah anda. Yang dapat dosa memukul orang ialah anda. Bagaimana anda ingin meminta maaf dengan mereka? Sedangkan anda tidak mengenali orang yang anda pukul. Di padang Mahsyar kelak anda merana ribuan tahun mencari orang yang anda pukul untuk meminta maaf.
Orang yang anda pukul tak rugi apa-apa. Kalau mereka tak ada pahala, pahala anda pula yang terpaksa diberikan kepada mereka. Jika anda tidak ada pahala, anda terpaksa pula menerima dosa mereka.
Sebab itu Allah mengadakan hari pembalasan.
Sebab dunia ini penuh dengan penipuan.
Yang cerdik selalu menipu yang bodoh.
Cukuplah menjadi orang yang bodoh.
Masa belum terlambat untuk bertaubat!
Fail saiz sebenar gagal diuplod

FRU (F*cking Reserve Unit) tergolong dalam kategori binatang... babi dia tak pukul... orang yang dia pukul...
By anonymous user, # 2. October 2007, 06:58:16
adakah anda semua tahu bahawasanya orang yang sokong BN lebih jahat/bodoh jika nak dibandingkan dgn fru/polis
By anonymous user, # 7. December 2007, 12:44:27