Poster PRU: Jutaan Terima Kasih PDRM!
Monday, 10. December 2007, 16:39:05
Teks:
Kami Rakyat Malaysia amat berterima kasih di atas budaya sopan santun pasukan Polis Bermaharaja Lela Di Malaysia selama ini. Segala sepak terajang, semburan air asid, gas pemedih mata, hayunan belantan, tumbukan, siksaan, kata nista, maki hamun, cacian, kejian, carutan, hentakan dan belasahan pasti kami kenang sehingga akhir hayat kami.
Memang kami akui ini semua kesilapan kami kerana cuba menegakkan keadilan di bumi Malaysia ini daripada penghisap harta negara. Walaupun kami tahu sekiranya kami berjaya sudah tentu ianya akan membawa kebaikan juga kepada anda semua tapi kami terlupa yang anda semua rela menjadi ‘barua’ kepada ketua-ketua dan ‘pemimpinpemimpin’ anda yang korup. Langsung kami tak ingat yang anda lebih mementingkan perut anda dari takutkan balasan Allah yang Maha Adil. Kami juga terlupa yang anda tak kisah segala perilaku anda kepada kami dicatat oleh malaikat untuk dibalas di Padang Mahsyar nanti. Ingat... anda kena cari kami sorang-sorang untuk meminta ampun nanti.
Maafkan kami sekali lagi kerana menyusahkan kalian dengan berdemo menuntut macam-macam perkara. Kami tahu anda telah pun hidup mewah. Gaji anda ‘Berbelas Ribu RM seorang sebulan’. Kami lain, miskin tak berduit. Bukan macam anda dan bos-bos anda, kaya raya. Macam-macam kami kena fikirkan, mana nak bayar yuran sekolah, pakaian anak-anak, bayar kereta, bayar rumah, bayar tuisyen.... pening-pening. Sebab itu kami menuntut hak kami. Anda tak apalah, sebab anda polis, gaji mahal......
Apa pun terima kasih sekali lagi dari kami atas kemuliaan budi pekerti kalian. Hanya tuhan saja yang dapat membalasnya. Amin......
Satu lagi hasil Idea & Kreativiti: umno dokpakkagawa
Salinan saiz sebenar dalam format pdf:
http://files.myopera.com/marhaen/pdf/Poster%20PRU%20(terima%20kasih%20PDRM).pdf
Untuk mengakses fail tersebut, download dan install Adobe Reader sekiranya PC/Notebook anda belum dilengkapkan dengan perisian berkenaan.









How to use Quote function: