My Opera is closing 3rd of March

LAGI AHLI LETAK JAWATAN

PPP Tiada Hala Tuju

PPP kini dilihat hilang hala tuju. Sehingga hari ini, PPP tidak mengadakan sebarang mesyuarat atau EGM bagi melakukan post mortem terhadap kekalahan parti di Kerusi Parlimen Taiping dan Kerusi Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar. Kenapa setelah sekian lama, pemimpin PPP tidak sanggup berhadapan dengan ahli bagi menyatakan kedudukan sebenar dan hala tuju ahli dimasa hadapan. Ramai ahli PPP yang sehingga kini terpinga-pinga sambil bertanya apa akan terjadi pada parti PPP. Tiada sebarang kenyataan dibuat, apatah lagi Presiden yang tidak memiliki sebarang kedudukan didalam kabinet. EGM yang dilakukan setelah pilihanraya dengan membawa seramai 3,000 lebih ahli seluruh Malaysia sebenarnya hanyalah proses melobi Perdana Menteri untuk Presiden dilantik sekurang-kurangnya sebagai Senator. Sehinggakan, ada yang mengirimkan sms kepada ahli supaya ahli semua merayu pada YAB Perdana Menteri untuk memberi Presiden parti jawatan didalam kabinet untuk penyatuan orang India.Jelas melihatkan betapa kemaruknya Presiden inginkan jawatan sehingga sanggup melupakan visi parti iaitu parti berbilang kaum.

EGM tersebut telah digunakan sebagai platform bagi meraih simpati YAB Perdana Menteri supaya dilantik memegang jawatan didalam kabinet. Ahli-ahli telah dipergunakan untuk memberi sokongan dan menampilkan betapa sokongan padu menuntut Presiden parti dilantik. Semua dipanggil untuk menghadiri EGM tanpa agenda yang sebenar. Tiada perbincangan terbuka untuk menyatakan kelemahan dan kelebihan parti. Ianya adalah hanya untuk kepentingan peribadi.

Rasional Disebalik Perletakan Jawatan Dan Penamatan Ahli di Cheras – Pengerusi PPP Bahagian Cheras

Write a comment

New comments have been disabled for this post.

February 2014
M T W T F S S
January 2014March 2014
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28