TINTA NURANI

TArbiyah

Subscribe to RSS feed

HADIS KETIGA

Daripada Abi Abdir Rahman Abdullah bin Umar bin Khattab rhuma., dia telah berkata; Aku telah mendengar Rasulullah SAW, bersabda, ‘Telah dibina Islam di atas lima perkara, (iaitu) bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh Allah, dan mendirikan solat, dan menunaikan zakat, dan menunaikan Haji, serta berpuasa Ramadhan.’

Riwayat Bukhari dan Muslim.


Perbincangan:

1. Binaan Islam:

Lima Rukun Islam adalah ibarat kerangka utama binaan Islam. Tanpa salah satu bererti apapun amalan baik yang lain tidak upaya dilaksana. Selanjutnya binaan ini seumpama sebuah kubu mengelakkan daripada kekufuran dan kemurtadan. Namun lima rukun itu perlu dibuat dengan penuh makna.


2. Asas-Asas Akhlak Islam

Rukun Islam ini adalah asas pertama akhlak seorang Muslim. Dua asas akhlak lagi ialah Rukun Iman, dan Ihsan. Seseorang Muslim ( malah seseorang manusia) tidak akan berakhlak pada erti yang sebenar jika Rukun Islam tidak dilaksana dalam kehidupannya.

Sesudah itu akhlaknya dimurnikan dengan Rukun Iman pula. Umpamanya berimannya pada Rasulullah hingga dia mengikuti aqidah, ibadah dan akhlak Rasul SAW. Keimanannya pada Malaikat membuatnya yakin perbuatan sewaktu kesunyian pun diperhati dan dicatat oleh Malaikat. Ini menjadikan dia sentiasa beramal soleh walau tidak diketahui oleh manusia.

Ihsan adalah keyakinan Ma‘iyyatullah iaitu Allah sentiasa bersamanya, mendengar pujian dan ritihannya. Maka seseorang Muslim berubudiyah dalam keadaan yakin bahawa Allah ada di hadapannya, atau Allah sedang menyaksi ubudiyahnya.

3. Proses tarbiyyah dan tau‘iyyah tidak berkesan tanpa bermula daripada Tauhid, dan amalan (Rukun kedua hingga kelima). Ini adalah kerana kelima-lima ini adalah asas ubudiyah dan hubungan dengan Allah SWT.

Lebih-lebih lagi sesama lima rukun itu saling berkaitan. Kekesanan yang satu mempengaruhi yang lain. Untuk peningkatan diri dalam proses tarbiyyah dan tau ‘iyyah hendaklah iltizam pada kesemuanya.

WASIAT RASULULLAH

Rasulullah bersabda, bermaksud: “Hai umatku, aku b’wasiat kpd kamu sekalian dgn 5 perkara:
Pertama, perbanyakkan olehmu dgn menyebut Allah drp menyebut manusia.
Kedua, perbanyakkan olehmu dgn menyebut akhirat drp menyebut dunia.
Ketiga, perbanyakkan olehmu dgn menyebut kejahatan dirimu drp kebaikannya.
Keempat, perbanyakkan olehmu dgn menyebut mati drp menyebut hidup.
Kelima, perbanyakkan olehmu dgn menyebut kecelaan dirimu drp menyebut kecelaan manusia.

Sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Akan dtg di atas umatku suatu masa, kasih mrk itu pd 5 perkara dan lupa mrk itu juga 5 perkara:
Pertama, kasih mrk itu akan hidup dan lupa mrk itu akan mati.
Kedua, kasih mrk itu akan harta dan lupa mrk itu akan hisab.
Ketiga, kasih mrk itu akan mahligai dan lupa mrk itu akan kubur.
Keempat, kasih mrk itu akan dunia dan lupa mrk itu akan akhirat.
Kelima, kasih mrk itu akan makhluk dan lupa mrk itu akan Tuhan.

Seterusnya, sabda Rasulullah bermaksud: “Adalah syurga itu Tuhan sediakan utk org yg b’buat taat walaupun dia hamba habsyi sekalipun. Dan neraka itu Tuhan sediakan utk org yg b’buat maksiat kpdNya, walaupun dia ketua atau keturunan yg mulia.”

Di sini kita bertemu dan bermesra
menjalinkan ukhuwah yang mulia
persaudaraan kita pupuk bersama
dalam menuju keredhaanNya

Keindahan alam adalah bayangan
Pada syurga yang lebih kehebatannya
Betapa keindahan menanti di syurga
Indah di dunia hanya sementara
Tetapi di syurga kekal selamanya:D

Abbas Assisi Tetap Di Hati

Menjelang buka puasa 11 Ramadhan yang lalu (1425 H) seseorang memberitahu sebuah berita duka. Tiga hari sebelumnya, 8 Ramadhan Ustadz Abbas As-Sisy wafat setelah tidak sedar selama dua minggu dan mendapat perawatan perubatan secara intensif di sebuah hospital di Alexandria.

Jika Allah memuliakan sebahagian tempat atas lainnya. Maka untuk meraih tempat berkah tersebut kita mesti menziarahi ke sana. Selain itu Allah juga meninggikan darjat sebahagian waktu atas yang lainnya. Kita tunggu atau tidak, waktu tersebut akan melewati kita. Dan setelah itu terserah kita. Memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya atau bahkan bersikap tidak acuh dan seolah ia tidak ada.

Apapun sikap kita, Ramadhan telah menemui kita. Ustaz Abbas pun mendapat sebuah kehormatan dipanggil Allah di bulan mulia ini. Meskipun mungkin selama Ramadhan beliau tidak melakukan apa-apa. Tapi bukankah ketika beliau sedar beliau menafkahkan seluruh hidupnya untuk kemaslahatan dakwah Islamiyah. Kerana itu tidak berlebihan seandainya 8 hari beliau di bulan ini dihitung dan dilipatgandakan oleh Allah. Dia lah yang Maha mengetahui. Maha Pengasih yang sangat luas cintanya.

Ustaz Abbas memang tidak sepopular Syeikh Yusuf al-Qaradawy yang buku-bukunya sudah diterjemahkan ke berbagai bahasa.

Lelaki yang tamat usia pada tahun ke 86 ini mewaqafkan hidupnya untuk sebuah idealisme risalah dakwah. Semasa kecil beliau sangat mahir bermain bolasepak dengan lincah. Beliau bahkan mengaku tidak pernah membayangkan akan boleh menulis. Seperti yang diungkapkannya di mukaddimah Fi Qafilah al-Ikhwan al-Muslimin.

Buku setebal 855 halaman ini merupakan sebagian catatan perjalanan hidupnya. Pertemuannya dengan Hasan al-Banna, teman dan sekaligus gurunya yang mengajarkan kekuatan cinta. Beliau meresapi benar petua sang guru, "Perangilah manusia dengan (senjata) cinta."

Saya baru saja merancang untuk bertemu dengan beliau. Kerana lintasan berbagai peristiwa yang beliau rakam dengan goresan tinta benar-benar sarat pelajaran dan ibrah. Saya belum sempat menamatkannya. Kerana ingin perlahan-perlalan menelusuri sejarah beliau. Kisah yang sangat unik, menarik dan bukan fiktif.

Beliau adalah guru cinta bagi dakwah al-Ikhwan al-Muslimun (IM). Ceramah dan tulisan-tulisannya selalu ditargetkan buat membidik hati. Bukan sekadar menebar pesona dan simpati. Namun, kekuatan karisma, cinta dan rasa persaudaraan yang tinggi.

Beliau adalah "sisa-sisa" generasi awal IM yang melalui hari-hari pahit di balik jeriji dan berbagai intimidasi serta tuduhan stigma subversif. Kegigihannya tidak menjadikan gaya hidup beliau menjadi keras. Sebaliknya, lelaki berambut putih itu selalu menebar senyum untuk siapa saja. Dalam keadaan apa saja. Di mana saja. Jelas, keteduhan yang dalam akan nampak di wajahnya yang meski dimakan usia tapi tetap berseri menawarkan semangat hidup yang tidak pernah padam.

Lihat saja dalam tulisan-tulisannya, ath-Thariq ila al-Qulub (Jalan Menuju Hati), Da'wah ilallahi Hubb, al-Hubb fillah Risalah, adz-Dzauq Suluk ar-Ruh dan lain-lain. Bacalah bukan hanya dengan mata. Hati Anda benar-benar telah ditariknya.

Kegigihan dan keberaniannya tidak pernah diragukan. Beliau terlibat dalam perang dunia 1940 di Gurun Barat (Gharbea). Beberapakali mengalami penangkapan. Dan pada awal 80-an menjadi salah seorang perintis dakwah IM di luar negeri.

Saya sebenarnya kecewa. Tidak ada satu media pun yang memberitakan kepergiannya. Mengulas profilnya untuk diketahui perjuangannya dan dijadikan ruh perubahan. Sabtu, Ahad, Isnin pun berlalu. Tidak satu pun menyebut namanya. Sampai akhirnya saya menemuinya di Tabloid Mingguan Afaq Arabia. Tabloid parti pembangkang ini mengulas panjang profil beliau dan komentar tokoh-tokoh penting IM. Termasuk diantaranya, pimpinan spiritualnya, Syeikh Muhammad Mahdy 'Akif.

IM kehilangan salah satu tokoh pentingnya. Dan umat Islam juga merasakannya. Jasadnya memang tertanam dalam perut bumi. Namun, hatinya selalu hadir di tengah-tengah pada da'i, penerus hasratnya. Sebagaimana hasrat para pendahulunya.

Kini lelaki itu telah pergi. Menjumpai kekasihnya. Meninggalkan kefanaan yang kadang membuat terlena. Dan memasrahkan kebijaksanaan dakwah pada generasi setelahnya. Mahukah kita menyambut tongkat kebijaksanaan dakwah tersebut?
May 2013
M T W T F S S
April 2013June 2013
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31