Saturday, March 3, 2012 11:52:51 AM
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh
bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak
bermunajat,Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di
atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi
Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada
waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hariNabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah
orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah punmenjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung
serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun
dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang
diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai
juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya
bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau
dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuanrumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik
dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar
sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu
didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal
ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu
dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke
dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan
membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga
dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan
dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya
dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa
agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama
Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat
begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu
adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa
yang besar,Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang
hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu
urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan
kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua
ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa
mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.",
sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku
bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia
yang sebenar,tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah
pemuda itu lagi.
Maka ketikaitu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga
nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya.
Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti
juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi
Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah
berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat
doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam
neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulahberkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus
dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga.
Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya.
Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi.
Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat
kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu
bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh
kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga
dewasa.
Walaubanyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga
bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah
S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doaanak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat
tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para
ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui
hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua
ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya
mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Thursday, February 23, 2012 3:50:46 PM
koyo ngene rasane dadi kuli......
pegal kabeh awake rak ono sing mijeti.....
nasiiiib.............
Wednesday, February 15, 2012 4:00:31 PM
dah ngantuk baud.........mantaaafff...........
Monday, July 4, 2011 6:33:22 PM
jare ana bal......dinteni sampe matane sipit kah ora main2......duh salah info kie.........
Monday, July 4, 2011 6:33:11 PM
jare ana bal......dinteni sampe matane sipit kah ora main2......duh salah info kie.........
Monday, July 4, 2011 2:18:54 PM
akhirnya ngopi juga........met malam kawan!!......
Friday, June 17, 2011 3:16:14 PM
hanya sekedar update tox........
1 2 Next »