Tuesday, 3. November 2009, 09:30:39
Thursday, 29. October 2009, 06:20:31
Monday, 19. October 2009, 17:43:23
Sunday, 18. October 2009, 06:19:51
Dont take it wrong ok...
Just nak kongsi cerita dengan viewers, tentang perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2006.
Tahun itu aku baru habis STPM, tengah tunggu result STPM dan panggilan ke IPTA. Aku duduk rumah my step grandmother, ATOK, duduk jauh dari emak jadi kene belajar berdikari.
Aku dah nekad nak cari kerja, tapi semuanya gagal. Memang time itu aku dah give up.
Pakcik aku cakap, kalau nak cari kerja tunggu lepas Chinese New Year. Aku ikutlah kata dia, betul dapat kerja lepas itu.
Kerja sebagai sales girl, muka masa itu memang muka naif. Aku rasa itulah first time aku terdedah dengan keadaan masyarakat yang sosial. Sebelum ini, hidup terperap dalam rumah.
Dengar cerita, aku antara pekerja yang tahan lama kerja, yang lain baru 1 minggu kerja dah berhenti. Memang kalau nak kerja dekat situ kena ada tahap kesabaran yang tinggi. Kalau kena marah dengan boss, buat muka poyo, buat muka orang tak ada perasaan, memang dia rasa sakit hati. Itu yang aku amalkan untuk tahan lama. HA3
Aku kena ajar dia untuk hormat orang lain, aku pekerja bukan hamba tebus dia.........
Dulu, masa kerja, penampilan aku memang tidak menarik langsung.
Ye la, pakai tudung labuh, baju lengan panjang dengan seluar sukan. Memang tak up to date.
Memang logiklah aku berpakaian begitu, kerja kena angkat barang, susun barang dan kena panjat tangga lagi.
Nak pakai baju kurung????? Tak sesuai.
Boss tanye...."IKA, lu tak panas ka pakai baju lengan panjang?"
Aku jawab..."Tak"
Boss..."hye meh???kenapa lu pakai tudung????sekarang dah moden maaa, dah ramai yang tak pakai tudung"
Aku bermonolog...."macam mana aku nak jawab nih, kang aku cakap sebab aku orang Islam, poyo jek, jawapan yang klasik, orang lain pun Islam, tapi tak pakai tudung jugak, tak kan nk bagitau dia yang aku botak, heh heh heh..."
lantak ko lah.
One day, Boss bawa pembantu rumah dia ke kedai, muda lagi budak ini.
Tapi memang kesianlah aku tengok, budak ni dah serupa family Boss.
Ok, Boss+adik2 Boss+kakak Boss+ipar duai Boss= pakai seluar pendek sampai pangkal peha, baju usah cakap, yang saiz budak 5 tahun ada, pendek kata macam2 fesyen. Baju inilah yang maid dia pakai. Kalau kita kerja untuk orang lain pun tak perlulah kita jadi serupa macam mereka. Biarlah Boss kutuk penampilan aku, sebab itu memang aku....dan hanya aku.
Survive for life.
Kadang-kadang manusia sanggup buat apa sahaja untuk terus hidup, ayat2 inilah yang buat aku marah sangat.
Kerja pun kerja juga, seribu satu perangai aku perhatikan masa bekerja. Kalau waktu siang, aku akan nampak pekerja-pekerja kilang MIT**** berduyun-duyun keluar kerja. Semuanya cun2 dengan make up tebal masing-masing tak mahu kalah. Waktu malam pula, mereka cari extra money. Cuba teka dengan cara apa????..........Prostitution.....
Caranya, mula2 mereka akan diajak keluar makan oleh tokey2 kaya ini. Order saja nak makan apa????Lepas itu mereka pula yang kena makan. EEEEEEeeee...aku geram bukan apa...mereka ini cantik tapi kenapalah pemikiran itu boleh jadi zero. Di manakah nilai harga dirimu wahai WANITA???????
Survive for life hinggakan mengetepikan agama dari hidup. Ingatlah, jangan menjadikan dirimu orang yang sekular.
Life full of scandals.
Dekat sebelah kedai aku kerja ini ada kedai makan, ada sorang mamat playboy ini, hari2 tukar2 awek. Dah tu bawa makan dekat kedai makan yang sama. Mamat ini taklah sehensem mana pun tapi pandai ngayat. One day kawan sekerja kena ngayat oleh mamat ni, maka si minah bendul itu tertipu dan dibawa kerumah si mamat. Next, tak tahu apa jadi. Kepada si minah itu, cinta si mamat umpama PAMPERS.....boleh pakai buang....
Skandal ke-2.
Sumpah, aku penat kerja dekat kedai itu. Aku penat tengok orang sekeliling buat dosa. Kakak yang kerja dengan aku ada ramai skandal. Target dia, pemandu2 lori yang singgah untuk berehat dan mamat askar yang desperate. Mesti ramai yang curious kenapa boleh ada askar pula????? Lokasi kedai aku kerja sangat strategik, berada di highway yang menghubungkan sempadan dua negeri...teka2 dekat mana?????? Jadi, kalau askar2 ini ada latihan mereka akan lalu highway ni.
Yang sadisnya, apa yang kakak tu dapat, selalunya kakak tu dapat top up RM10, itu nilai maruah dia. Aku tahu hidup kakak tak gembira, selalu gaduh dengan laki, laki pula perasan ensem siap pasang skandal tapi tak wajar kakak buat macam itu. Dia ada anak, dia patut tunjuk contoh yang baik pada anak2 dia dan pada kami budak2 yang masih muda yang tengah belajar macam mana nak hidup.
So, hidup ini kena selalu beringat. Kata mak aku.
Wednesday, 14. October 2009, 18:11:10
tetiba malam nie rindu sangat kat bie n gjie
rindulah kenangan bergelak ketawa..bergosip bagai
Friday, 9. October 2009, 17:58:34
Sinopsis
Kehidupan dimulakan dengan seorang ibu dan budak lelaki baru berpindah di kawasan baru. Masyarakat hanya tahu mereka tinggal di sebuah rumah pangsa satu bilik. Tetapi, yang mereka tidak tahu ialah sebenarnya mereka tinggal berlima. Akira mempunyai tiga lagi adik beradik iaitu Shigeru; yang sentiasa sahaja lapar dan nakal. Tipikal budak lelaki dari mana-mana masyarakat. Kyoko, adik perempuan Akira yang ditugaskan mencuci pakaian di balkoni rumahnya. Yuki adik perempuan bongsu mereka yang sangat comel dan petah bercakap.
Adik beradik ini terpaksa mematuhi beberapa undang-undang yang pelik di dalam rumah mereka. Mereka tidak dibenarkan keluar dari rumah buat selama-lamanya. Mereka dilarang untuk menjerit dan membuat bising sehingga disyaki oleh jiran-jiran bersebelahan. Ini bermakna mereka tidak pernah bersekolah atau menikmati kehidupan seperti budak-budak normal yang lain. Mereka tidak dibenarkan keluar dengan alasan sekiranya mereka melakukannya mereka akan dihalau keluar seperti yang pernah berlaku sebelum itu.
Ibu mereka Keiko digambarkan bekerja balik ke rumah mereka sesekali sahaja. Tugas untuk menjaga mereka ialah abang sulung mereka yang baru berusia 12 tahun. Akira sahaja yang dibenarkan keluar dari rumah untuk membeli barang keperluan rumah. Akira juga ditugaskan untuk menguruskan pembayaran sewa rumah, bil-bil dan perbelanjaan harian.
Tetapi, Keiko adalah seorang ibu yang dilihat sangat menyayangi anak-anaknya. Tetapi Keiko bukanlah tipikal ibu yang kita tahu. Usianya muda tetapi mempunyai lima anak dari beberapa ayah yang lain. Anak-anak Keiko tidak didaftarkan, yang menjadikan mereka tidak sah dan tidak dibenarkan bersekolah. Keiko asyik mencari cinta dan kehidupan yang lebih baik sehingga pada suatu hari dia nekad untuk meninggalkan anak-anaknya tanpa jagaan darinya.
Filem ini adalah sebuah kisah adik beradik berempat yang telah menjadi anak-anak yang ditinggalkan. Mereka mengatasi kehidupan mereka tanpa disedari oleh orang luar termasuk jiran-jiran mereka. Sehinggalah Akira menyedari ibunya tidak akan kembali lagi, kehidupan mereka telah berubah segala-galanya.
Terus terang saya katakan filem ini cukup 'slow' dan memerlukan kesabaran apabila menonton. Tapi, saya sangat terkesan dengan jalan ceritanya, walaupun saya menonton filem ini beberapa bulan yang lepas, filem ini tetap bermain-main dalam fikiran saya.
Filem ini berdasarkan kisah benar dan saya suka cerita ini sebab memaparkan realiti sebuah kehidupan yang kadang-kadang kita sendiri tidak sangka boleh berlaku.
Monday, 21. September 2009, 13:46:25
Monday, 21. September 2009, 11:19:04
Sunday, 20. September 2009, 09:33:39
Teman......pengubat kesayuan dan kesepian menjelang aidilfitri. Kelmarin, hampir sepanjang hari, masa aku habiskan dengan main game. Semua game dalam laptop telah aku khatamkan, hurrmmmmm~ (mmg xda keje)
Pukul 4 petang dah start memasak, mula-mula masak kuih sagu. Hasilnya, kuih tu tak cukup manis tapi aku tengok si juma tu makan dengan tabahnya, siap bertambah lagi. ~(juma, please makan dengan penuh perasaan..walau kuih tu tak sedap, jujurlah, aku sedia terima kritikan mu)
Lepas maghrib, makan ramai-ramai. Sambil-sambil tu kami intai-intai rumah jiran sebelah. Jiran tu adalah staff universiti. ~(tak balik kampung ke diorang???, tak balik la kot, kampungnya jauh di seberang, ...okeh...esok kita raya rumah diorang...)
Malam nanti tak masak apa-apa pun, sebab esok makan kat masjid dulu.
Makan dah, sembahyang pun dah, sekarang time untuk buat make over. Make up untuk hari raya. Ha ha ha ha kena transform esok. ~(bertukar!!!!power rangers pink....)
Hari raya tahun lepas aku kena kutuk dengan kengkawan kerana ketaksuban aku kepada warna pink, kasut pink, baju pink, tudung pink, memang macam power rangers la....
Siap make over, kene iron baju. Iron baju pun boleh jadi masalah, nak cari tudung yang match la, tudung tak cukup eksklusif la(tak ada batu permata..intan berlian yang..liplap2..).
Setelah si bedah-bedah ini siap "ngokngek-ngokngek", pukul 3 pagi baru semua orang masuk tidur. Pesan temanku..Juma...~(kita kena cukup tidur, supaya esok kita kelihatan cantik)....ahhhhh!!!! wekkkkkk!!!!!perasan gila budak ni.....
Friday, 18. September 2009, 19:12:12
Apa yang sedang penulis lakukan sekarang???????
Ha ha ha ha...mendengar lagu nyanyian zaiton sameon-menaruh harapan, sambil melalak-lalak di bilik sahabatnya. Mengingatkan situasi ini, sama keadaan masa aku berduet lagu bunga angkasa dengan Gjie kat bilik air(shower), tapi Gjie dah tak ada, yang tinggal aku je.
Aku berkata-kata dalam diri sendiri ~buatlah apa2 pun shiqah, asalkan ko tak ingatkan rumah, asalkan ko boleh lupa yang ko beraya di perantauan sekarang, lupekan keadaan yang tak best itu~
Hari ini sedikit happy, sebab kami ramai2 masak nasi lemak. Akhirnya, ada juga makanan yang membuatkan aku rasa gembira.
Kelmarin terjatuh, kaki tersangkut wayar, kenapalah aku tidak berhati-hati???~careless tol~
Nasib baik tak ada yang calar-balar, tapi sakit juga tangan nih.
Kenapa dalam apartment aku nih tak ada sorang pun yang nak pasang lagu raya???? Abih sume lagu raya aku nyanyi, dah boleh buat 1 album ni.
Kadang-kadang bila duduk sorang2, terfikir-fikir benda yang aku nak buat menjelang raya ni...macam aku selalu buat dulu masa kat kampung, antaranya:-
1) pergi beli air soya untuk berbuka puasa, selalunya bila balik rumah atok(my step grandmother)aku, dia yang suruh.
2) curi-curi beli mercun, dengan sepupu sepapat.
3) pasang pelita sepanjang jalan rumah atok, selalunya pak ude yang suruh.
4) main perang2 mercun dengan sepupu sepapat.
5) tengok pak uda bakar mercun papan, tiap2 tahun dia beli 8 kaki panjang mercun papan.
6) melepak dengan sepupu sepapat dekat rumah arwah moyang(Onyang).
7) kena tolong iron baju raya adik2, mak long dan Cik Ly aku.
8) tolong Cik Ly pasang langsir.
9) belajar anyam ketupat, tapi sampai sekarang tak reti2 lagi~huhhhh~
10) tolong Cik ly masak kek...~kek koko kegemaranku~ho ho ho ho
Sampaikan satu tahap tu, bila aku dan cousin dah malas sangat nak tolong, kami sanggup panjat tingkap rumah arwah Onyang sebab pintunya berkunci, duduk menyorok dekat situ. Biarlah diorang cakap ada hantu Onyang dekat situ, peduli la...
Rumah Onyang always the best, dah la besar, tiap ceruk rumah boleh menyorok...cakap je dekat mana, semua dah rasa...
1. belakang pintu besar
2. bawah katil
3. atas alang rumah
4. dalam tempayan yang besar, tempat kami berendam masa kecik2 dulu.
5. bawah rumah
6. dalam almari
7. bawah dapur
8. dalam kotak hitam besar yang misteri, tersimpan baju2 lama.
9. dalam gulungan tikar mengkuang Onyang...(kat situ pun leh menyorok)
Memang best masa kecik2 dulu, boleh main lari2 dalam rumah tu, dari dapur lari sampai ke beranda rumah, lepas tu dengar Onyang marah2. Kami lah orangnya yang menjahanamkan televisyen antik Onyang.
.....(cicit2 Onyang yang nakal~aku, usop, yah, amin, nor).....
Rindunya pada semua keadaan itu.
1 2 3 Next »
Showing posts 1 -
10 of 22.