Monday, 1. September 2008, 22:07:17
journal
Salam 'alaikum. It's the first day of Ramadhan. So i want to say Selamat berpuasa to all muslims, may Allah bless us in this sacred month, ameen. And to all my sisters & friends, maaf zahir batin. Hopefully, this Ramadhan will be better than the previous ones. So what's your goal for this ramadhan? To be a better muslim? To khatam the Quran? To hafaz the Quran? Or the Hadiths? Or all of the above?Etc.
What ever it is i pray that you will achieve it insyaAllah~
Hm...for two weeks, i'm going to sit for the big exam (S.P.U.B), starting tomorrow. Huhu..scary nyer~ tapi lepas exam siok!

semoga Allah permudahkan ana dalam menjawab kertas exam nanti..ameen...
Okay, that's all for now. Jaga diri, jaga iman. Wassalam 'alaikum.
P/s: psst...musuh ketat tani nada bulan ani..jadi yg tinggal hanya nafsu inda berteman. 'kawannya' sedang kena gari. Laju tah tani perangi nafsu tani! ALLAHU AKBAR!!
Thursday, 28. August 2008, 23:05:00
journal
salam. okay, here's the story. my classmates & i were punished by the BHEP for not raising the flag that morning. we thought that we were called because of tamrin (cause ustazah yati made the announcement). so all of us brought books. sambil mengafal2 ke pentadbiran. sekalinya kena suruh menyanyi lagu kebangsaan. macam apa?
we bebaris then menyanyi the national anthem, sambil ketawa2. cause we thought it was funny kena denda cematu. plus nyanyian kami sumbang berabis.
ustazah inda puas hati, dorang mau kami nyanyi besar2. so we sang for the second time BESAR2. masa atu tah ramai orang melintas. termasuk ustazah rosnah & ustazah surinah. yang for second time ani kami nyannyi besar2, but SREEEEeeeeChING!!!
ILAAHII SEeelamaaeaeaet kan...
and then the ustazahs weren't satisfied. we wanted us to sing ONCE again. urgh..majal~ ustazah rosnah suruh kami bediri tengah2 (which kalau orang menyubuk memang nampaklah, apatah lagi orang melintas)
yang ketiga ani we did it seriously. Pitching inda lari..hehe.. so pengajarannya, selalu cek jadual di belakang atu. jgn camah mata..haha..
Sunday, 24. August 2008, 05:10:18
renungan
Renung dan fikirlah wahai sahabatku....
Sejauh mana kita mencintai Allah..
Tuhan yang Maha Agung??
Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang
melihat mentari terbit.
Aaah...kecantikan alam ciptaan Allah memang
tiada tolok bandingnya.
Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan itu.
Aku duduk dan terasa kehadiranNya disisiku.
Dia bertanya kepadaku, "Adakah kamu mencintai Aku?" Aku menjawab , '"sudah tentu!
Engkaulah penciptaku,masakan aku tidak mencintaiMu." Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adkah kamu masih mencintaiKu?"
Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki, dan seluruh anggotaku;aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak ku sedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, ”tentunya ia amat sukar bagiku , tetapi aku tetap akan mencintaiMu.”
http://www.sightsavers.org/images/f_1978ind02_007B.jpg
Kemudian Dia bertanya lagi, ”jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?”Bagaimana mungkin bagiku mencintai sesuatu yang tak mampu aku lihat?Kemudian aku terfikir.... ramai yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, ”Amat sukar bagiku membayangkan keadanku yang sedemikian rupa, namun aku akan tetap menyintaiMu ya Allah.”
Dia bertanya lagi, ”jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?”
Bagaiman mungkin aku mendengar jika aku pekak?Kemudian aku tersedar, mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati.
Aku jawab,”walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu”
Dia menyambung lagi persoalanNya, ”jika kamu ditakdirkan bisu, adakah kamu akan terus memujiKu?”
Aku bertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir...Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya.
Kemudian aku menjawab, ”sungguhpun aku tak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu, aku tetap akan memujiMu.”
Dan Dia terus bertanya lagi, ”adakah kamu benar-benar menyintaiKu?”
Dengan nada yang tegas dan penuh keberanian, aku jawab dengan yakin, ”ya , benar Tuhanku, aku menyintaiMu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!”
Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanya kpd ku, ”kalau begitu mengapa kamu masih melakukan dosa?”
Aku jawab, kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...dan aku bukan maksum.”
”kalau begitu mengapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh dari Ku? Dan kenapa ketika kamu susah atau mahukan bantuan...kamu terus ingat padaKu; kamu datang dekat dan merayu kepadaKu.?”
Aku tidak mampu berkata apa-apa. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku.
Dia sambung lagi,”mengapa kamu buat begini...kadang kala sujud menyembahKu; dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu?Mengapa kamu meminta dengan penuh tamak dan mementingkan diri sendiri? Mengapa kamu meminta kpdKu sedang kamu tidak setia padaKu?”
Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.
Mengapa kamu malu kpd Ku?
Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu?
Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberi mu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?”
Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan padaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan2 tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan...atau alasan...namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.Dia berkata-kata lagi...
”kamu diberikan sebuah kehidupan . Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu belajar dan menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu tetapi kamu tutup telingamu. Acap kali Aku berikan pelbagai rahmat dan nikmat kpdmu, tetapi kamu berpaling dari melihatnya.
http://www.pahang.gov.my/images/website/gallery/original/Quran2.jpg
Aku turunkan kpd mu PesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaanmu dan rayuanmu kpdKu...dan semuanya itu telah Aku perkenankan dgn pelbagai cara .”kini... adakah kamu menyintaiKu?”
Aku tidak mampu menjawab lagi. Bagaimana harus ku jawab persolan ini?
Dalam tak sedar , aku malu dgn apa yang telah aku lakukan selama ini.aku tidak lagi punya alasan untuk menyelamatkan diriku. Apa yang boleh ku jawab bagi persolan itu?
Ketika hatiku berteriak menangis , dan bercucuran air mata di kedua belah pipiku, aku merintih, ”Oh Tuhanku, ...ampunkan lah segala dosaku,aku tak layak menjadi hambaMu ya Allah...”
”SifatKu pengampun...barangsiapa memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan .... Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.”
Aku bertanya kpdNya, ”mengapa Engkau masih tetap mengampuni dosaKu sungguhpun aku melakukan kesalahan berulang kali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?”
Dia menjawab, ”kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikan kamu. Apabila kamu menangis, aku akan bersimpati padamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabbila kamu melonjak gembira, Aku turut gembira dgn kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberimu semangat.
Apabila kamu jatuh , Aku akan membangkitkanmu.
Apabila kamu keletihan, Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersamamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangi mu selama-lamanya.”
Seingat aku...aku tidak pernah menangis begini, aku sendiri tidak mengerti mengapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini.
Dan...buat kali pertamanya dalam hidupku ini...aku benar-benar solat dalam erti kata sebenar.
=')
Sunday, 24. August 2008, 05:00:29
renungan
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagi-bahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin), orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak mengapa kerana tuan rumah panggil untuk beri makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis, pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila menghadap Allah baik di rumah mahu pun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik?
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibu bapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Al-Qur'an atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Al-Qur'an atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada pengajar Al-Qur'an nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak kita tidak dapat baca Al-Qur'an atau bersolat dari tidak lulus peperiksaan.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, MasyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita
Sunday, 24. August 2008, 04:53:21
nasihat
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama mengamalkannya.
Sunday, 24. August 2008, 04:26:57
game
Mari kita main satu game!
Game ni senang je.. Ok sedia? (jangan buyuk ah? jangan scroll bawah dulu...karang inda tia siuk~)
Tarik nafas panjang2.
Sila ulang perkataan "tikus" sebanyak 25 kali berturut-turut.
...tikus ...tikus ...tikus ...tikus ...tikus... tikus... tikus... tikus... tikus... tikus ...tikus ...tikus ...tikus ...tikus ...tikus... tikus... tikus... tikus... tikus... tikus ...tikus ...tikus ...tikus ...tikus ...tikus...
sudah?
ana kan tanya satu soalan.
kucing takut?
Tikus? Yea!
Secara automatik anda akan menyebut " TIKUS! ". Magic kan?
Inilah "LAW of Repetition"!
Apabila sesuatu pekerjaan itu dilakukan berulang-ulang kali, secara tak langsung ia jadi sebahagian daripada habit kita tanpa disedari..
jadi....law of repetition = istiqamah???
Sunday, 24. August 2008, 02:57:12
journal
Salam 
bowh SPU tinggal 10 hari lagi??? and am I ready for it???!! (soalan balik2)
oral dah abis. my arabic oral exam was okaylah. much easier than i expected. and oralnya pun fun cause the peng-oral atu macam santai2, so ana pun santai2 lah.hoho... yatah before masuk atu, ana inda takut and kabak2 langsung wah. takut pulang ana yang ana inda takut atu (paham kah??
) hopefully my marks will be okay.ameen..
schedule masa detik2 terakhir sebelum SPU ani kira padatlah, tapi inda pulang berapa banar. 
Yaumul Ithnin: Tamrin Tafsir Surah Qalam Ayat 1-17, menghafal Tauhid sofhah 1-24.
Yaumul Thulatha: -none-
Yaumul Arbi3a: Tamrin Tafsir Surah Qalam Ayat 18-33, menghafal Tauhid sofhah 1-24
Yaumul Khamis: Tamrin Tarikh Islam, Tamrin Hadith
Yaumul Sabtu: Tamrin Tafsir
begitulah jadual tamrin seminggu terakhir sebelum SPU...
Sunday, 24. August 2008, 00:11:57
girls
Life is full of crazy obstacles, but the one that will probably bug you the most and always be getting in the way is the opposite gender. Here, from one sister to another, is a Muslim girl's guide for how to deal with guys.
No Touching!
Muslims are forbidden to touch any non-Mahram (Mahram is your dad, brothers, father-in-law, husbands, grandfathers, and the siblings of your parents) person of the opposite gender. That means no patting o¬n the back, no hand shaking, no pushing, no shoving, no holding hands, and obviously no kissing and all that. If you're in a difficult situation where you think someone will try to shake your hand, the best thing to do is just smile and say, 'My people don't shake hands' and then explain why. And why, is because we believe a woman's touch is a privilege and she doesn't just share it with anyone.
No Flirting!
Not even with Muslims, not even in an Islamic school, especially not in a masjid! Flirting means that you're saying or doing things on purpose that make the other person attracted to you. There's no set criterion for what flirting is, but any girl knows what is and how to do it. Muslim women are supposed to behave better than the average woman, who has to be beautiful for all the men around her all the time, who are trapped behind their looks and only judge themselves to be worthy if half the men they know are in love with them. A wise dude once said, 'Don't start the mower unless you intend to cut the grass'. If you don't want a guy's advances, then don't do anything to earn them. There's no point in throwing yourself all over guys and trying to seduce half the world. You really only want to marry one guy, and you want to spend the rest of your life with him, and chances are he isn't going to be some dork you fluttered your eyelashes at in high school.
No Boyfriends!
As a Muslim, you know that having a boyfriend is haraam because it counts as Zina - fornication. Fornication, in easy English, means 'sexual sin'. Allah expressly forbids romantic or sexual relationships outside of marriage. When people go against that rule, then you get the typical western society where people play sexual merry-go-round with each other, giving each other STDs, using and abusing each other, and destroying the sacredness of marriage as an institution. You can't even be sort of engaged to a guy, and then 'date' to get to know each other. In Islam, non-Mahram men and women aren't allowed to be alone together (that includes talking on the phone!), to touch (not even shake hands), or even gaze at each other. It doesn't matter if the guy you like is Muslim, a great guy and the Prince of England, you can't date him.
No Boy—friends!
The easiest way to ensure that you don't end up falling in love with some guy before you're ready to get married is to avoid making friends with boys. Of course in school you have to interact with boys all over the place, but that doesn't mean you should be best buds with them. Probably 90% of relationships begin from friendships. Chances are you're not ready for marriage, your parents aren't ready to let you get married, you're still in school and your crush is not the sort of fellow you want to spend the rest of your life with, so just avoid being friends with him in the first place. It really is the best formula for saving yourself from needless temptation. When you have to talk to boys in school as teammates, lab partners, group members, and peers, it's best to maintain a distance. That means that you don't confide in them, you don't let down your guard, you don't unnecessarily engage them in needless conversation, don't joke around, and never flirt. Yeah it may be a little hard, but this is your afterlife we're talking about. So many great sisters have put themselves in really sticky situations because they allowed a boy to get to know them, and either ended up liking the boy, or having the boy like them. Once that happens you either end up becoming a pair (which is HARAAM!), or having to end your friendship. Instead of letting it get to that point, and then having to kill a friendship that you probably worked hard on cultivating, you should just stop it before it begins. There are plenty of great girls all around who can be your friends and if you really think only a guy will understand your problem, then talk to your REAL brother, or your father, or an uncle.
No Talking on the Phone with Boys!
In Islam its forbidden for non-related guys and girls to be alone together because there is the chance for physical zina, vocal zina, and zina of the eyes. That means, with no one there to watch you guys except that boogery shaitaan, then you might be tempted to actually DO something, or say gross things, or just stare at each other all lustily. With that in mind, it's also a safe bet to assume that talking on the phone with non-Mahram guys is a no-no too. Why? Because unless you've both got it on speaker-phone and you're chaperoned by a responsible person, then you're still kind of 'alone' with him. The people in your house can't hear what he's saying to you, and his family can't hear what you're saying to him. There's a chance for some bad stuff then, so just avoid it. Not to mention, having some dude saying things into your ear that no one else can hear would be gross in real life, why is it okay for him to talk into your ear via the telephone? For the most part it's just too intimate.
Be Disaffected!
What does that mean? Disaffected means un-affect-able. That means that nothing a dude can say can hit your nerves, make you blush, or get a reaction out of you. It also means that you are uninterested in what they do as well. Imagine yourself being in an airplane looking down on the scenery below. You're a little interested in what's going on down there, and it may look really nice, but you know that to get to the scenery you have to jump off the plane. Like the scenery miles below you, the guy may look really nice, but you know that to get him you have to jump off the plane ...errr...commit spiritual suicide, and though the fall may be fun, you will eventually hit the ground 600 meters below and go splat – on Judgment Day. Maybe even sooner. Short of becoming an ice-princess, being disaffected involves putting up a mental wall between you and all of male-kind. They don't know your thoughts and you don't care for theirs. You can interact with guys at school within the bounds of Islam, but always maintain a formal distance. Don't ask a guy how his infected toe is doing. Don't give him a hug when he looks down. Don't offer to help him with his homework. Don't go out of your way to remind him that you exist, and that you're not half bad looking. Even if you don't feel like behaving, make yourself behave anyway, your afterlife is important enough to discipline yourself for. The safest philosophy when dealing with guys is remembering this 'He's not what I want, so why should I do anything to make him interested in me? That'll just make for a painfully awkward situation and it's not worth the sin anyhow.' Remember that you're always being watched! Would you act all giggly and stupid with boys if the Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) could see you? No, right? Because you'd feel like an ungrateful idiot for disregarding the religion that Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) took so much pain for just to deliver to you. Well, imagine how ungrateful it is to act like a supreme idiot when Allah can see you all the time, and it's really stupid to disregard the religion that Allah prescribed, the favors He's bestowed upon you. How dumb is it to take the eyes that Allah gave you and do things with them that He told you not to? (like goggle at boys?) How much stupider is it that He can see you doing this, and you know it!
You have no secrets!
Not because Big Brother (whoever that is…) is watching you, but because every single thing you ever did will become public domain on the Day of Judgment, and you'll be brought to trial to defend what you did. Just don't do anything that you wouldn't want your parents, your siblings, your teachers, your friends, and the whole world to know about, ok?

Tuesday, 29. July 2008, 03:46:33
kalam Allah
salam....i want to share this one ayat in the Quran [30;41]. we can relate it to 'global warming'
Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)
Tuesday, 29. July 2008, 03:14:22
kisah menarik
Salam semua.ni ada satu cerita yang very intersting. baca, jangan tak baca....
Saya, Student Card & Al-Quran
www.iLuvislam.com
oleh: anak singa
Pada satu pagi, saya jadi tidak keruan apabila student card hilang. Setiap penjuru bilik saya tinjau, tapi tiada berhasil. Hati jadi gelabah dan fikiran jadi kusut. Di Australia, student card pelajar antarabangsa berfungsi seperti kad pengenalan. Banyak urusan yang memerlukan student card dan denda yang dikenakan jika terhilangkannya agak tinggi. Sama harga dengan lunch di Knoodle Junction untuk 4 hari berturut-turut. Dalam kegelabahan itu, saya terpandang pada tafsir Al-Quran berwarna hijau muda pemberian saudara Saifuddin. Tiba-tiba hati saya tergerak untuk membacanya. Sebaik saja tafsir Al-Quran itu saya capai, mata saya terpaku pada benda yang sangat familiar.
Student card!Pintu hati saya bagaikan diketuk-ketuk. MasyaAllah. Dia sengaja mahu menguji saya; agar saya ingat kepadaNya. Alangkah malunya saya ketika itu. Kegelabahan dan kesibukan bersiap-siap untuk ke kelas, saya lupa untuk memulakan hari dengan membaca kalamNya. Dalam kekusutan fikiran, saya terlupa bergantung harap padaNya. Saya meletakkan usaha saya sebagai pergantungan utama. Perkara dunia yang kecil pun bisa membuatkan saya jadi tak tentu hala. Oh! Betapa kuatnya ikatan hati saya pada dunia!
Saya mengambil keputusan untuk duduk sejenak, membaca dan mentadabbur sedikit daripada ayat-ayatNya. Lambat ke kelas pun tak mengapa. Namun, Allah Maha Pengasih. Dengan izinNya, perjalanan saya ke kelas sangat lancar. Setiap kali tiba di simpang, lampu isyarat bertukar hijau dan saya rasakan para pemandu di Adelaide pada pagi itu mempunyai belas kasihan yang lebih daripada biasa. Apabila sampai di kelas, rupa-rupanya kuliah masih belum bermula.
Oh, indahnya peristiwa pagi itu.
Pengajarannya, setiap ujian yang Allah beri itu ada hikmahnya. Jika kita sabar, insyaAllah ada ganjarannya. Jika kita sabar, insyaAllah kita akan lebih dekat padaNya. Jika kita sabar, insyaAllah kita akan lebih ingat padaNya. Tapi manusia makhluk yang sangat pelupa. Apabila datang ujian, seringkali manusia jadi tak keruan. Terpekik terlolong ke sana sini. Merintih tak sudah-sudah, mengenang nasib diri yang kononnya paling malang antara semua makhluk di muka bumi ini. Lebih dahsyat, ada yang putus harapan terhadap rahmat Allah, sekaligus berhenti berdoa dan beribadat. Alasannya, Allah tak membantunya semasa dia diuji.
Nauzubillahi min zaalik. Bukankah dalam kitab suci Al-Quran ada dinyatakan;
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar. [Al-Baqarah:153]
Allah berpesan sabar dan meminta pertolongan kepadaNya dengan solat dan kesabaran. Kalau tak habis-habis merintih, tinggalkan solat atau ambil mudah akan solat, macam mana nak dapat pertolongan Allah? Kita fikirkan bersama.
Buat hati-hati yang sedang diuji di luar sana, moga mendapat kekuatan.
1 2 Next »
Showing posts 1 -
10 of
18.